Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dari Liberpool ke Sekudai

Posted by afzan On Saturday, March 30, 2013 0 comments


Dulu masa aku masih culture shock dengan kehidupan di universiti djaman 2001, member aku ada beli cd 'Dari Jemapoh ke Manchestee'. jalan cerita yang sempoi, kira boleh layan jugakla cerita-cerita underground macam ni. mengisahkan dua budak kampung dari jemapoh hendak pergi ke england. sorang nak tengok pasukan kegemarannya, Manchestee United dan sorang lagi nak carik ayah dia kat liberpool.



Setelah seminggu menunggu, hari ni (selang beberapa jam yang lepas), berjaya jugak barang yang aku order sampai kat rumah. ini kali ketiga dalam tiga tahun kebelakangan ini aku beli LFC kits dari Liverpool FC store, semenjak Standard Chartered ambik alih sebagai sponsor. Bukan apa, kadang-kadang diorang ada buat sales yang memang berbaloi-baloi daripada beli dari butik-butik kat malaysia ni.



Justice for 96!



LFC hologram. setiap jersey ada nombor uniknya tersendiri yang tercatat kat hologram ni. kira macam IC untuk LFC kits yang genuinela. so, korang ambil no kat hologram ni dan register nombornya, so korang eligible untuk memenangi goodies dari LFC. great kan? bukan saja dapat barang ori, malah boleh menang lagi :)


p/s: lepasni bolehla merajinkan diri re-update. sbb dah lepas viva-voce :)

0 comments: