Saturday, October 20, 2012

Miniland: Pirates of The Legoland


Black pearl yang tak berapa nak hitam. full armed with water canons. they are ready to sink the interceptor. tapi kalau interceptor nak kejar black pearl ni boleh tercirit jugak jadinya.



the interceptor ready to invade Tortuga. hilang akal apa nak invade Tortuga? pirate's stronghold tu. setakat hantar satu armada, buat lekat celah gigi je. kiranya syurga geng-geng lanun la kan kat sini?



fierce rivalry between commodore james norrington and infamous captain jack sparrow



captain barbossa pursuing the last piece of medallion in order to break the curse that placed upon them by Aztec god in which rendered them undead.



pirates village. ingat nelayan je ada perkampungan nelayan? pirate pun ada jugak. tapi kalau lanun cetak rompak diorang ni kasta paling atas-atas sebab dok kat banglo-banglo mewah.



scouting team di hantar untuk meninjau keadaan keselamatan di pantai. mana tau tiba-tiba ada pirates lain pulak kat sana. sekurang-kurangnya boleh buat "parley" nanti.

Sunday, October 14, 2012

Che Lah Masterchef


"tak tau, ntahla saya tak tau. ermm tak tau..." come onla che lah. berusaha sikit nak jawab tu. kalau tak tau pun tembak je. untung-untung boleh kena. bab-bab control ayu, memang juara :)

Sunday, October 07, 2012

Rumah Hitam: Kitchen Extension II

Dulu aku pernah design guna google sketchUp untuk tambah dapur rumah hitam. bila dah tanya quotation bagai dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan, maka proses renovasi pun bermula. aku suruh jito yang buat bahagian dapur ni. sebab masa kat rumah merah, dia yang renovatekan dapur kitorang. lagipun aku suka workmanship dia. walaupun kadang-kadang delay, tapi quality memang dijaga.


tanah digali dan digembur bagi proses menanam cerucuk. sliding door kena buka disebabkan ada faulty masa pemasangan oleh pihak pemaju.


 besi ditanam bagi buat deep foundation. proses ni diorang panggil piling.



 bila foundation dah solid, depa start ikat besi untuk buat lantai.



lantai dah siap konkrit dan simen. besi pun dah siap ikat untuk buat tiang.


 lepas tiang dah konkrit dan solid kini tiba giliran untuk buat beam pulak. bukan apa, nanti kalau nak rasa nak tambah atas tak payah pening-pening lagi, nak tebuk, sambung besi bagai. cuma tinggal ikat batu je nanti.



sekali lagi besi diikat untuk buat concrete slabs. modern structure orang kabor. kiranya sekarang dijadikan atap, later boleh jadik lantai pulak untuk 2nd storey.hoho!

p/s: aku term-term structure ni tak berapa pandai sikit. kalau ada silap tu, maapla yek.

Friday, October 05, 2012

Sepetang Di Legoland Malaysia

akhirnya berjaya jugak kitorang redeem tiket legoland yang dah lama beli semperna promosi maybank tempoh hari. bila kira-kira dia punya saving boleh buat belanja sebulan makan. yela, dari RM275 dapat diskaun jadi RM195 kalau kali dengan empat lima kepala, boleh tarik nafas panjang-panjang tanda lega. selepas hampir sejam berbaris panjang dan berkipas, ditambah pula boleh tertinggal satu keping e-ticket yang aku print kat rumah (terpaksa mintak tolong staff legoland printkan)-dan giliran kitorang pun sampai.


 ambil gambar lebih kurang (pakai webcam je pun), maka siap pass untuk setahun kami keluar-masuk legoland. lepas ni tiap-tiap petang boleh bawak rizmi pegi tunggang "naga". itupun kalau dia nakla.



mula-mula gi lego city dan tanya rizmi nak masuk junior driving school tak bawak kereta? dia geleng tanda tak nak. ok takpe, kita try main benda lain pulak.



takpe kita naik train dulu pusing satu legoland lepas tu baru decide nak pegi mana. nasib baik petang tu tak berapa nak terik sangat matahari. kira sedap jugala kalau nak bawa berjalan tanpa payung. *rizmi ralit memerhati model-model lego kat miniland.



lepas tu kat lego technic tanya nak main aquazone wave racer tak? sekali lagi rizmi geleng tanda kurang yakin nak naik benda alah ni.



last-last tengok pertunjukkan Mo and the gangs kat city stage. Mo tu aku tengok asyik kenyit-kenyit mata kat "mina" je. hehehe!



kat rescue academy kitorang tolong padam rumah terbakar pulak. dia punya penat, boleh nak pitam "mina" dibuatnya. mana taknya, nak gerak keta bomba gaya nak pam air perigi dia punya susah.



penangan jadik bomba tadi buat kitorang malas nak pergi tempat lain. last-last lepak kat miniland je, tengok lanun-lanun tengah berperang. macam cerita pirate of Caribbean jugak rasanya. **beware of water canon. mau basah lencun nanti dibuatnya.



rizmi sekali lagi terpegun tengok aksi lego-lego tengah menari kat angkor wat.



agak-agak diorang ni tak penat-penat ke asyik menari dengan dendangan lagu hindustan je, tak tau ke shah jahan tengah nak beradu damba kat dalam taj mahal tu



agak-agak dah penat boleh main air jap kat sini. bolehla segarkan badan sikit. paling tidak, baju pastinya basah kuyup.



"mi nak tumbuk daddy jap..", ni gara-gara aku tak beli lego kat dia kat dalam tadi. dia punya geram dari dalam membawa keluar.



tak banyak tempat yang kitorang pergi dan tak banyak juga yang kitorang main. apa susah, kalau rasa teringin esok lusa boleh datang lagi. ye dak? nanti nak bawak haifa pulak. nasib baik dia bawah 3 tahun, maka boleh masuk FREE! yes!!
© aku, dia & lensa
Maira Gall