Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Durian di Sungai Jerik

Posted by afzan On Friday, August 06, 2010 3 comments

Musim durian tiba lagi. mana-mana pergi mesti citer pasal durian. pergi pasar pasal durian, pergi ngeteh pasal durian, pergi keje pasal durian even gi masjid pun citer pasal durian masih popular. nak buat camne, durian memang sinonim dengan masyarakat 1 Malaysia. yang uniknya, bila musim durian tepi-tepi jalan berlonggok je orang jual durian. cari duit lebih katanya.

Aku pun tidak terkecuali dalam kategori ini. walaupun aku bukan antara peminat tegar durian, tapi aku antara peminat tegar hasil daripada durian - TEMPOYAK! makan gulai masam tempoyak memang cara.. nak-nak gulai ikan patin tempoyak kat kampung melaka. perghh.. kecur air liur (takpe ni kita citer lain hari..haha).


awal-awal subuh aku & pak mertua telah turun ke dusun untuk mengutip hasil. mana tau dapat satu lori, lepas gak buat bayar tol balik jb petang tu



walaupun masa aku turun ni dah kira akhir-akhir musim durian namun masih banyak lagi saki-baki yang masih bergayut di dahan pokok. ni baru kat pokok, belum yang dah jatuh kat bawah lagi. bayangkanla~~



co-tokey durian @ pak mertua aku menunjukkan hasil kutipan yang agak memuaskan pagi tu. itu baru yang katluar belum diambil kira dalam guni lagi tu. perghh~~



bukan calang-calang orang boleh mengikat durian dalam guni. kalau nak belajar memang memakan masa jugak ni



tengok duri pun dah tau camne isi dalamnya. memang terbaik dari ladang sungai jerik. malangnya aku hanya mampu makan 1-2 ulas dalam satu-satu masa. what a waste!



dokong yang menunggu hari untuk masak. ingatkan dah masak, bedal satu terus pejam mata. cis



sesekali masuk dusun memang cara. dapat menghirup udara yang segar. penat? usah cakapla, pikul durian memang kerja yang sukar!



ini baru dinamakan utility & rally car. subaru impreza pun tak mampu nak bawak durian. dengan jalan tanah merahnya, membuatkan aku bangga.


p/s: itu baru seguni durian, dah banyak camtu. ada 3 guni lagi menanti. confirmed tempat duduk belakang menjadi mangsa. perjalanan pulang membuatkan badan aku beraroma perisa durian. ceh~~

3 comments:

adek dah besar said...

cis... mana nak buang kulit durian?
bagi kat pakcik hamzah sebelah rumah gamak nya!!

N A N a t O said...

pergh...banyak gile..bai mai kechau skit...

afzan said...

adek: en azri sblh umah dapatla sikit habuan. tapi pakcik hamzah takde rezeki org kata

nanato: mmg banyak, sampai je umah dah berkoyon-koyon pakcik2 nak beli durian. tangan penuh dengan not2 kaler merah