Tuesday, November 09, 2010

Kesian Rizmi..

Masuk hari ni dah genap 3 hari rizmi kena cacar air, orang putih panggil chicken pox. dan dalam masa 3 hari ni juga rizmi tidak berselera untuk makan. kesian melihatnya, dia lebih banyak menghabiskan masa berbaring tidak seaktif sebelumnya. paling aktif pun mengajak aku bermain gusti-gusti. itu memang favorite rizmi! 

setiap hari rizmi akan mengadu, "ma,ma,ma cakiit..", "aduii, cakitnyaa..", "ciaann cakiitt..". aku berdoa semoga rizmi cepat sembuh dan ceria seperti sebelumnya.



Rizmi sedang melayan kartun di youtube. budak zaman sekarang selain disney channel, nickelodeon, ceria kini youtube pula menjadi tempat hiburan mereka melihat kartun. calamine lotion kelihatan di segenap ceruk badan rizmi




rizmi lena diulit mimpi selepas kerap bangun di tengah malam kerana kegatalan. setiap malam pasti begitu. moga-moga dia cepat sembuh, paling tidak sebelum raya

p/s: sesiapa ada petua regarding chicken pox bolehla dikongsi di sini. selain pantang makan & minum air kelapa apa lagi ye?

Monday, November 08, 2010

Warna malam Diwali


tunggu punya tunggu punya tunggu, orang bakar bunga api tak muncul-muncul. adeh!




lepas jam 12.00 tengah malam barula diorang start menconteng langit. cis, macam menyambut merdekala pulak lepas countdown baru orang bakar! buat penat aku tunggu seawal isyak!




asap dah menyelubungi segenap pelusuk troposphere. mungkin ini adalah salah satu punca jerebu melanda negara baru-baru ni ye dak? hahaha.

Thursday, November 04, 2010

Rizmi berbaju tidur



setiap kali pulang dari taska pada sebelah petangnya, pastinya rizmi sudah bersiap-siap dengan baju tidonya. harap-harap dia tidak berlari ke sana-sini kelak bajunya perlu ditukar kerana berbau peluh : )
dah besar rizmi sekarang ni dan sudah pandai beraksi di depan lensa!

p/s: rambut sudah panjang, minggu ni kita pergi gunting. raya kenala rambut kemas ye dak?
© aku, dia & lensa
Maira Gall