Thursday, December 09, 2010

Sepetang di mersing



bot-bot berlabuh selapas beberapa hari meredah lautan bagi menampung keperluan ikan negara. waktu-waktu bergini, mereka (nelayan) akan membaiki pukat-pukat dan segala peralatan sebelum bergerak untuk misi seterusnya




air yang kehijau-hijauan menambahkan lagi keindahan suasana sekitar jeti bot-bot kecil di mersing. suasana seperti ini sukar untuk dikecapi di kawasan bandar. priceless!




bot dah ada, bila pula nak pergi belayar ke lautan biru ni? mencandat sotong misalnya. jangan lupa bawak minyak angin, takut pula mabuk laut nanti. haha..

Tuesday, December 07, 2010

Kanak-kanak masa kini


Budak-budak zaman sekarang mana-mana pergi mesti kena ada hiburan. dulu masa kita kecik-kecik nak tengok kartun punyala susah, kena tengok kat tv je. itupun kena berebut dulu dengan orang tua. tapi sekarang, mana-mana pun boleh. asalkan ada sebiji laptop dan broadband, nah streaming je. semua jenis kartun pun ada. 

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Saturday, December 04, 2010

Cahaya malam

Tik tok tik tok, dah masuk bulan disember. cepat sungguh masa berlalu, tanpa kita sedari tup-tup dah hujung bulan. tak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru - awal muharam, bukan 1 january je tahun baru :P hujjung-hujung tahun ni a.k.a cuti sekolah mesti banyak kenduri kahwin sani sana-sini sampai tak terkejar nak pergi mana satu. apa relevennya hujung tahun ni dengan tajuk entry kali ini? jawapannya - tidak! cuma hari ni dalam tengah tunggu org pasang kabinet, mengarang seperenggan dua tidak menjadi masalah kan? paling tidak dapat juga mengasah bakat membuat karangan yang telah lama aku tinggalkan, kali terakhir masa aku form 5 dulu. itupun sebab ada subjek penulisan. 



waktu malam adalah waktu yang paling leceh untuk mengambil gambar especially kepada yang suka ambil gambar tak pakai flash macam aku - ini membuktikan yang aku bukannya flasher! :) yela nak beli flash-gun masih tak mampu. haha.. banyak aspek yang kita kena ambil peduli - shutter, iso dan aperture misalnya



oho, begini rupanya sumber cahaya tu. barula tau ambil kat mana. sapela yang beli lampu dinding macam ni. aku tengok macam tak efisyen je dari sengi lighting distribution kat situ :) 
 
p/s: keadaan terlalu bising dengan bunyi drilling yang amat menganggu frekuensi pendengaran manusia normal seperti aku. cis!
© aku, dia & lensa
Maira Gall