Thursday, November 04, 2010

Rizmi berbaju tidur



setiap kali pulang dari taska pada sebelah petangnya, pastinya rizmi sudah bersiap-siap dengan baju tidonya. harap-harap dia tidak berlari ke sana-sini kelak bajunya perlu ditukar kerana berbau peluh : )
dah besar rizmi sekarang ni dan sudah pandai beraksi di depan lensa!

p/s: rambut sudah panjang, minggu ni kita pergi gunting. raya kenala rambut kemas ye dak?

Wednesday, November 03, 2010

Bienvenue à Paris!


Bonjour...! wah tajuk dah gempak, ingatkan betulla dah sampai paris last-last eiffel tower miniature je. ceh buang karan je, ye dak? wife aku dah sampai, aku & rizmi bila lagi? harap-harap kami akan sampai jugak kat sini satu hari nanti. mana tahan tengok gambo je! :P

Monday, November 01, 2010

Kuala Lipis bandar bersejarah


sebut je kuala lipis, memang batu ni jadi semacam tanda kemasyhuran lipis itu sebenarnya. kalau batu bersurat famous di terengganu, lipis pula terkenal dengan batu tanda 0km ini. sampaikan mat salleh pun dok berebut nak bergambar tepi batu ni



macam mana tidak digelar bandar bersejarah, tengokla masjid jamek ini kukuh berdiri semenjak 1888 dan masih diguna-pakai. masih teringat kecik-kecik dulu aku berulang-alik belajar mengaji di sini : )




istana hinggap, jangan tanya aku apa ada di dalam sebabnya aku pun tak pernah masuk lagi. nak cuit pagar pun tak berani inikan pula nak menapak ke dalamnya. aku taknak cari pasal!




nadi bandar kuala lipis dulu, kini dan selamanya. kalau takde pejabat pos ni takde maknanya kad-kad hari raya korang akan sampai kat destinasi yang tertera. itu dulula, sekarang dah canggih - pakai e-mail & sms! tapi kalau nak renew roadtax ngan lesen sure datang sini lagi ye dak?




bangunan tm tu bukan bangunan lama, sekadar selingan je tu. tapi transmission tower tu memang dari aku lahir dah terpacak kat situ, sejak zaman RTM lagi.
© aku, dia & lensa
Maira Gall