"Dah lambat ni", bisik akau sebaik mengerling jam di tangan yang memperlihatkan angka 8:22 pagi. orang sekarang dah kurang pakai jam analog, rata-rata pakai digital. bukan malas atau tak reti tengok jarum jam, tapi lebih tepat, cepat dan modern kata mereka. sekali tengok dah tau pukul berapa. tidaklah terkial-kial membaca jarum jam panjang dan pendek. aku tidak terkecuali, namun aku masih mengetengahkan sentimental lama dengan membeli jam yang mempunyai fungsi analog dan digital sekali gus!
Bunyi motor yamaha sport 2 (lebih dikenali sebagai CAY) mula memasuki perkarangan rumah kuning. kelihatan nanato tersengeh menandakan misinya untuk mengikut kami ke Cameron Highland pagi itu sukses selepas berjaya meminta day-off dari guru besar sekolah tempatnya mengajar. apa alasan yang diberinya aku pun tak pasti. yang pastinya dia berdo'oh je lebih! cis..!
amboi punyala jauh gi ngeteh sampai naik ke cameron. taula sejam je perjalanan dari lepih, janganla aok "ek" sangat!
brrrrr.. sejuk bukan main sini. nyesal pulak rasanya tak bawak jaket. cis! tengok kabus kat belakang pun dah tahu berapa suhunya
dua orang pekerja tengah gusar menunggu shift nak pergi memetik daun teh. tak sabor dah tu lagaknya!
shift dah bermula. cargas... cargas..! baik-baik kak, licin je jalan tu, kang tergolek terus hilang dalam daun-daun teh tu
macamla tak nampak siapa di sebalik rimbunan daun-daun teh tu ye dak? takpe, satu percubaan yang agak baik dari model ladang teh kita
nun menghijau daun teh di lereng-lereng bukit. kalau kutip jual kat kedai runcit berapa kira agaknya?
lepas penat mengutip daun teh apa kata kita pekena secawan teh dulu. tapi jangan dok gatai pulak nak merasa masala tea, lain benor rasanya! akibatnya, angin tak henti-henti keluar nanti
dah lama menunggu, akhirnya rizmi muncul juga. yela tadi masa kitorang dok berkinja kat ladang teh dia boleh plak tido. so terpaksa tinggal dengan atuk dalam kereta :) amboi mommy kita sorang ni hepi lebih nampak
bersambung....












