Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rizmi melangkah ke zoo lipis

Posted by afzan On Saturday, October 16, 2010 9 comments

Last entry aku ada bercerita tentang zoo lipis, tapi tak sempatla pulak nak upload gambar pada entry tu. yela entry tu pung pang pung pang aku citer pasal zoo last-last gambo pasal rumah lama kat bukit bius. tu yang tak syok sikit tu. takpe entry kali ni, aku janji tiada gambar pasal rumah lama tu lagi :)

* * * * *

Tiket dah di bayar, RM2 satu kepala. "murah juga, ni kalau bawak satu kampung pun tak ada hal", bisik aku. takpe kita masuk dulu tengok apa yang ada kat dalam. rizmi dah tak sabar-sabar berlari ke sana ke mari. punyala hepi, dapat tengok haiwan katanya! selalunya kalau kat utm, tak ikan talapia, rusa. dua haiwan  tu je yang dia dapat tengok dengan jarak dekat. ada juga haiwan lain yang dia tengok pada jarak dekat, tapi kat channel animal planetla. mana syok, tak boleh pegang-pegang. tak real!

cis! tak banyak mana pun haiwan. adala beruang, rusa, seladang, merak, monyet, memerang, arnab, buaya, helang, burung-burung, pygmy marmoset dan lain-lain (kalau list sampai sudah tak habis cerita). tapi berbaloila dengan RM2 yang di bayar. apa yang penting, dapat tengok kepuasan rizmi melihat & belajar mengenai haiwan-haiwan di sekelilingnya. itu sudah cukup!



aik, belum apa-apa dah duduk ke kak? penat kot sebab kena kejar rizmi ke sana ke mari. bukan tau duduk diam anak bertuah tu




tengokla, dari satu sangkar ke sangkar lain di berlari. memang tak menang kaki macam ni. walaupun kami berempat (aku, mommy, nanto & adek dah besar) tapi masih belum cukup kuat untuk melawan kederat rizmi yang satu!




melihat haiwan dengan jarak yang dekat. kali ini rizmi mampu di kawal. mungkin dia sudah penat agaknya. ataupun mungkin dapat "upah" dari ibunya tadi. haha




dalam banyak-banyak zoo, zoo ini yang sangat unik. kena panjat bukit yang maha tinggi. memang semput lepas ni.  p/s: dalam banyak-banyak gambar baru sekali aku interframe itupun gambo belakang je. cis!




mereka bertiga sangat kacip! kacip fatimah tak boleh merapat macam ini sekali




aku tak bedooh bukan. memang kat lipis ada zoo dan inilah buktinya!

9 comments:

Cik Bulat said...

wwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaa~ bestnye rizmi lompat2! hehehe.

afzan said...

nak lompat sekali ke cik bulat? banyak ruang kosong lagi ni :)

nurr kasih said...

happynya rizmi dpt pi zoo..tak ada upload pic binatang?

afzan said...

rizmi memang suka tengok haiwan. tak sempat nak ambil gambo binatang. baru nak ambil kena kejar rizmi lak

N A N a t O said...

wa kacip ngn rizmi..itu kira pencapaian terbaik abad ini...hahahhah....tapi syg la kat bdk cute itu...

afzan said...

nana: boleh di eratkan lagi tahap kekacipan itu. apa lagi belikanla rizmi miniature :)

sakura said...

comeynya adik rizmi tuh..bpe taun dh? geramnya tgk.. =)

afzan said...

sakura: baru 2 tahun 5 bulan. sangat ligat. penat di buatnya :)

adek dah besar said...

keh letih nok mengejor anak aok teh..
eh mana gambar beruk porno??