Saturday, April 27, 2013

Apple Tree


A unique approach to shows your gratitude, isnt it?

Friday, April 19, 2013

Double Decker Tramcar


Eh tram pun kena stop kat traffic light juga ke? selalunya, benda-benda yang lalu di atas landasan macam ni, kita yang kena bagi laluan kat dia. Di hong kong katanya, perkhidmatan tram ni telah bermula sejak 100 tahun dahulu dan merupakan antara pengangkutan awam awal yang wujud di HK ni. aku sempat juga merasa benda alah ni, dan ia merupakan satu pengalaman yang baru :)

Tuesday, April 16, 2013

Spatter Painting


"Hai kak, tekun menunggu. abang tak sampai-sampai lagi ke?". Kadang-kadang bereksperimentasi dengan photoshop ni sedak juga. boleh doctoring gambar macam-macam cara, ikut imaginasi masisng-masing. aku takdela sampai nak doctored muka si polan masuk ke badan si polan (superimpose), semata-mata nak buat fitnah. dosa jadinya!

Saturday, April 13, 2013

Aboh


Semenjak dua ni, aboh aku asyik mengeluh kerjanya yang semakin menimbun saban hari. dulu pernah juga aku suruh dia pencen awal, tapi dia kata boring dok kat rumah dan panjangkan opsyen pencennya sampai 60. last-last baru ni, dia ngadu kat aku nak pencen taun depan pulak. mungkin rakan-rakan yang seusia dengannya dah opted untuk pencen, maka takdela kawan-kawan seusia kat pejabat gamaknya. aku ON kan je. infact aku dah sarankan dia pencen bulan 3 tahun ni, tapi dia nak sambung juga :)

p/s: rokok ditangan tu hanyala lakonan semata-mata. hakikatnya, 
kitorang sekeluarga memang bukan perokok tegar, melainkan ipar-ipar ku je.

Wednesday, April 10, 2013

Dulu Kecik


Kurang dari 14 hari, maka genapla anak dara sunti ni berumur dua tahun. dulu tengok dia kecik je. sekarang, petahnya mengalahkan makcik-makcik. brok brek brok brek je mulut dia berborak. semenjak membesar dengan atuk & neneknya di kampung, perangai manjanya semakin menjadi. semua barang dia yang punya. kalau tak bagi dia akan merajuk & berguling, paling tidak dia akan berkata "awan", dalam bahasa pasar takmo kawan kemudian lari menyembunyikan diri. kesian haifa, saban hari asyik bertanya mana ibu, daddy & abang. sabar eh sayang, lagi sebulan je lagi, lepas ibu habis belajar kat kelantan, kita boleh dok kat rumah hitam sama-sama eh!

Monday, April 08, 2013

April Datang Lagi


Bulan 4 datang lagi. sepertimana tahun-tahun lepas, bulan ni bukan sahaja aku terpaksa mengisi e-filing dan membayar cukai atas dasar tangungjawab sebagai rakyat malaysia, tetapi juga kena berbelanja lebih untuk menyambut harijadi rizmi & haifa.



goodies perlu disediakan untuk diagihkan kepada kawan-kawan mereka di taska. budak-budak bila dapat goodies ni memang seronok mereka jadinya.



tidak lupa juga acara meniup kek harijadi. tahun lepas kek pelangi berlatar belakangkan spongebob menjadi pilihan. tahun ni tak tau lagi nak pilih kek apa. SR ok tak? sebab rizi memang pantang nampak kek SR ni. sorang boleh dia habiskan separuh.
© aku, dia & lensa
Maira Gall