Wednesday, January 02, 2013

Rajin Adik Rajin

Hari ni, pertama kali Rizmi melangkah menuju ke sekolah (Tadika Ihsan UTM). dengan berseragam serba maroon dan berkasut putih, tampak kehenseman di wajah budak berusia 5tahun ni. awalnya, memang liat dia nak bangun. maklumla sebelum ni asyik bangkit pukul 8+ sahaja. tapi nak tak nak, terpaksa berkeras juga.


peralatan sekolah sudah awal-awal lagi kami sediakan. dengan beg skolah boboiboynya, pencil case lightning mc queen, pensel kaler luna, dan buku belajar menulis dan mewarna. semuanya diborong ketikamana ibunya balik ke JB. baru boleh 50-50 beb :)


tadaa, setelah minum susu dan berbekalkan roti di tangan rizmi tampak bersemangat hendak memulakan hari pertama sekolahnya. tengokla muka dia, punyala ceria & tak sabar nak pergi ke sekolah.

tapi, panas tidak sampai ke petang. sampai di sekolah hujan membasahi pipi rizmi. aisyeh, ni yang aku lemah ni. lima enam orang budak pun buat perangai yang sama. pujuk punya pujuk punya pujuk berstertakan pelbagai janji-janji manis ditaburkan akhirnya dia mengalah jua. tapi mulutnya masih tak lepas perkataan "nak ibu...". alangkah baiknya kalau ibunya ada di sini menemani, adeh :(

4 comments

Hida Kadiso said...

sedeynyeeee.. ibu jauhhh..

Tuan Cimot said...

pencil case power..hahah..nmpk matured la rizmi berpakaian sekolah..slmt bersekolah rizmi!!kopiah mana kopiah??kehkehkeh

ildaf_abetorieus said...

ari ke-2 nngis ke tok die tue?? hohohooo

MommyRizmi said...

rizmi..rizmi..

hari pertama: menangis tersedu-sedan..masa telefon nangis soh ibu balik (mungkin dia fikir..if ibu balik, dia takyah gi skolah gamaknya..)

hari kedua: dah tak nangis..tapi dia pesan.."rizmi tak nak buat apa2 kat sekolah..mi nak tido jer"..

anak ooo anak..jgnlah penyakit malas kamu datang..

© aku, dia & lensa
Maira Gall