Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masterchef 3

Posted by afzan On Saturday, December 29, 2012 5 comments


Disebabkan orang rumah nun jauh di kelantan sana, dan bibik aku (nanato) yang seronok berjimba ke KL hari ni, maka aku terpaksa memotong bawang mengasah pisau bagi menyediakan sajan makan malam aku dan rizmi malam ni. menu tak gah mana, cuma ayam masak kicap black pepper, telur hancur (fevret rizmi), handmade popcorn chicken :), jalapenos cheese sauces, thai dipping sauce dan sambal lada gesek garam (fevret orang lepih ni yang mana aku berjaya kutip dalam 10 biji lada merah tepi rumah hitam petang tadi). peh boleh tahan jugak aku masak, agak-agak bolehla try ujibakat masterchef 3 nanti ye dak?

Steamboat Dataran JB

Posted by afzan On Wednesday, December 26, 2012 0 comments


Dah lama rasanya tak pekena steamboat kat Dataran JB ni.dapat makan meat balls dengan tauhu bakar, punyala sedap. harga pun ok, tak mahal mana. tapi kena pandai pilih kaler lidi la. jangan pilih kaler yang mahal, memang kopak nak bayar. haha :)

Penangan Durian Crepe

Posted by afzan On Sunday, December 16, 2012 8 comments


semenjak dua ni, scenes DC (durian crepe) makin menjadi-jadi. sana orang cerita DC. sini DC, situ DC. pendek kata mana-mana pun sibuk pasal DC. taula musim durian tengah lebat, maka senangla aokme nak dapat durian ye dak? DC ni biasa-biasa je bagi aku yang tak berapa nak minat durian ni. tapi dah 5-6 kali jugakla beli benda ni.

p/s: teringat masa first time abah aku makan DC ni 6 minggu lepas, dia dengan selamber buang kulit kaler kuning (crepe) tu. dia ingat tisu.kadang-kadang lawak jugak abah aku ni.hehehe.

Penangan Ombak Rindu

Posted by afzan On Tuesday, December 11, 2012 2 comments



pu..pu..pu..~~, kedengaran lagu Ombak Rindu dendangan Hafiz & Adira berdendang di corong radio dan pada tiba-tiba... "ibu~~~....", rizmi memecah suasana di dalam mobil sambil menggosok-gosok mata yang tak gatal. "kenapa mi?..", ....senyap. "kamu rindu ibu yek?...", rizmi angguk kepalanya tanda setuju. cepat-cepat aku picit nombor dail nombor telefon.