Saturday, July 21, 2012

Jadual Berbuka Puasa Johor 2012


Selamat menunaikan ibadah puasa!

Rumah Hitam: House Defects


Dua hari lepas aku dapat call dari pemaju yang defects rectification process dah pun siap. needle cracks di segenap pelusuk rumah (luar dan dalam) dah pun di tampal. leaking di bathroom 2 (bilik atas) juga dah di baiki. yang penting dented sliding door telah ditukar baru. pada masa yang sama kitchen extension process dah pun bermula. petang ni, aku nak bawak jemi tgk apa yang dah siap. last time, piling & floor concrete dah siap. tapi disebabkan sekarang musim hujan, proses jadi sangat slow. adeh!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!


Tuesday, July 17, 2012

JB Burger Bakar

Tertarik dengan burger bakar yang aku tengok dari "Best In The World" di 8tv, aku pun cubala  google kalau-kalau ada scene burge bakar di johor bahru ni. yela takkan aku nak gi wangsa maju kot semata-mata nak merasa. nasib aku baik, aku jumpa satu. kedai ni terletak kat Jalan Impian Emas 3, Taman Impian Emas, tak jauh dari Mutiara Rini - dalam 10km je perjalanan. So tadi aku, jemi dan mina pergi carik kedai tu. tak susah mana, tenyeh papago mesti jumpa punya.


ada tujuh jenis hidangan kesemuanya. pilih mana satu yang korang suka. yang ni namanya smoke BBQ. harga dalam RM6.50.



aku pilih dengan sos teriyaki, sebab sos ni manis-manis. sesuai untuk selera jemi. harga pun RM6.50. yang tak bestnya, jemi makan semua roti dengan sos. tinggalkan aku dagingnya je. cis!



sebab kitorang sampai dalam kol 6 ptg. so tak banyak lagi order masa tu. takla jenuh nak menunggu ye dak? rata-rata orang datang kat kedai ni nak makan beger bakar je. pastu diorang amik gambar hantar kat fesbuk. haha!



grill yang digunakan untuk bakar daging yang dibuat sendiri. silap hari bulan boleh nampak api menyala kat atas daging. betul aku tak tipu.

verdict: sebab aku cuma dapat makan daging je, so takleh nak bagi bintang kaw-kaw. tapi yang penting rasa beger bakar ngan beger tepi jalan tu mmg berbeza. sebab ada rasa arang sikit.hehehe..agak-agak kalau nak merasa bolehla datang ke jalan impian emas 3, taman impian emas. kedai corner lot. memang senangla nak jumpa.

Tuesday, July 10, 2012

Rumah Hitam: Windows Tinting


masa aku snap gambar ni, kontraktor sedang buat tinting. yang kaler silver dua kat tingkap atas tu hasilnya. yang lain-lain tak siap lagi. kitorang pilih silver-black. silver outside black inside. takdela reflective sangat bila pasang lampu masa malam nanti :)

Sunday, July 08, 2012

Rumah Hitam: Plaster Ceiling

Alhamdulillah, proses renovasi rumah dahpun officially bermula hari ini. aku kira-kira dalam dua bulan baru boleh siap. lepas rayala gamaknya baru boleh rasmi. aku rasa proses renovasi rumah agak lembab takkala ini. tak macam rumah merah dulu. sebulan lebih dapat kunci dah boleh duduk. sekarang dah 3 bulan tiang pun tak naik lagi. tapi dalam pada itu proses-proses lain dah pun bermula (plaster ceiling, windows tinted, grills, defects & etc.)

pada awalnya aku dan wife decided nak buat ceiling yg kira simple saja untuk hall rumah. dah tak mahu yang ada cornices lagi (rumah merah), terlalu bunga-bunga. sebelum dapatkan quotation buat design lebih kurang dulu. dah puas hati gi baru carik kontraktor ye dak?



ni hasil untuk ceiling kat living hall. ada satu L-box kat tengah, dua bijik kipas kiri dan kanan, curtain rails punya tempat, dan boxes menuju ke dapur. aku design guna google sketchup je. mula-mula tu memang terkial-kial jugakla. tapi bila dah 2-3 jam bolehla buat laju sikit.



living hall sebelum diplaster ceiling. memang sangat banyak alang konkrit kat atas tu. so terpaksala cover ngan plaster ceiling. tapi sebelum tu kena buat looping ngan tarik wayar dulu. takla haru biru wireman nak tarik bila dah siap nanti.



hasilnya. cis tak cat lagi rupanya. terpaksa aku cat dulu sebelum pasang lampu dan kipas. tapi aku rasa, cat-cat ni biar semua proses renovasi dah siap, ye dak? takdela comot sangat nanti.



tempat suruk curtain rails. dah buat macam ni tak payah nak scallop-scallop sangat langsir nanti. jimat dah kat situ.

p/s: esok jerry nakbuat windows tint. dah siap tinted baru boleh pasang grill. tips: sebelum tinted, better buat plaster ceiling dulu. takdela comot jadinya tinted kita nanti :)

Wednesday, July 04, 2012

Pillar of Shame


Pillar of shame bergitulah bunyinya batu tanda yang memperingati kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square, Beijing pada 4 June 1989.

"This original sculpture has been mounted to perpetuate the memory of the massacre that took place in Beijing on 4th June 1989. The Tiananmen movement that was so violently suppressed was fighthing for the basic human right of freedom of expression and for the right to participate in the decision making processes affecting the future of its own country.
We honour the memory of those whose peacenik protests were crushed by soldiers and tanks. May the never be forgotten.", Jens Galschict

Masa aku pergi tahun lepas, University of Hong Kong tengak buat renovation bangunan sekelilingnya. tu yang nampak kren, zink bagai tu.

© aku, dia & lensa
Maira Gall