Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Silhouette: Sayang Kamu!

Posted by afzan On Monday, April 16, 2012 16 comments



Dah lama aku nak post gambar ni semenjak pergi makan-makan kat ptp tempoh hari. tapi aku simpan. rugi publish awal-awal. nanti dah takde modal. budak kecik dalam gambar ni kurang 8 hari nak satu tahun :). dah besar anja ni yek!

Rumah Hitam: Kitchen Extension

Posted by afzan On Monday, April 09, 2012 18 comments

Kunci rumah hitam baru je kitorang dapat minggu lepas. bila dah dapat kunci mulala selalu nak pergi buat visit. bukan buat apa pun, masuk rumah, tawaf lebih kurang lepastu balik. tapi tak bestnya setiap kali buat home visit mesti ramai kontraktor yang ikut. sampai rimas aku ngan wife dibuatnya. tak dilayan kang takut ada apa-apa berlaku, kita tak tau kan yedak? so layankan jela, dengar telinga kanan telinga kiri keluar. haha!

nak dijadikan cerita semalam dengan semangat aku download google sketchUp. konon-konon nak tengokla hasil dapur yang bakal kitorang ubah-suai nanti. 3-4 jam jugakla aku ngadap benda alah ni nak mahirkan diri. last-last jadik macam bawah ni. boleh tahan jugak yedak?



pandangan dapur yang bakal kitorang besarkan dari tepi. design ni kitorang tiru-tiru sikit dari owner first phase. kira tambah dalam 8' jugakla lebar dia. so ada 2' kaki lagi balance dari pagar tepi. kira muatla sorang dewasa nak lalu celah tu agaknya.



Ni pulak dari depan. aku saja buat atap konkrit and extend sampai depan. sebab in future maybe nak besarkan bilik atas pulak bila ada duit lebih. semalam jito (kontraktor indon) dah call bila nak panggil dia buat. aku kata dalam minggu ni nak quote harga dulu.


agak-agak kalau tambah tepi berapa kos eh kena nak dapat approval dari PBT? dengar citer macam makan riban-riban juga, dengan bayaran lukis pelanla, bayaran perunding atau arkitekla, processing fee la, tong sampah alam florala, etc. sebab dari pembacaan,kalau tak dapat permit nanti kena samanla, pastu masa nak jual harga yang kita renovate tu tak akan diambil kira (kiranya undervalues la nanti rumah ni), apa-apa kemalangan insurances tak cover and etc. kepada sesiapa yang pernah buah extension rumah boleh enlighten regarding this PBT's permit issues? sebab last time rumah merah kitorang tambah tembok & awning kat belakang rileks-rileks je. nampak gaya bertambah lagi budget macam ni, cis!

Sepetang di Restoran Saujana, PTP

Posted by afzan On Tuesday, April 03, 2012 17 comments


Dah dekat 5 tahun aku dok kat JB, inila kali pertama aku pergi berjimba kat Restoran Saujana di Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP). dulu asyik dengar nama je. alang-alang dah wife aku kerja kat KK Gelang Patah, balik dari ofis terus bawak dia gi makan seafood kat sini - lagipun nak celebrate sebab dia dapat buat Master kat USM Kubang Kerian.


Dah nama pun jalan-jalan cari makan, bergambar kat papantanda restoran adalah satu kemestian. eh mana anja? anja apa lagi akula yg tengah dukung sambil ambil gambar. power dak?



Kena lalu jejambat dulu nak pergi restoran ni. sebelum masuk restoran cari dulu ikan belacak ada berapa ekor. kalau nasib baik biawak pun boleh nampak.



Anja dan ibu boring menunggu makanan sampai. apa kata ibu main games dulu. masa ni rizmi pun dok sibuk main games jugak.



Tu dia ikan siakap tiga rasa dah sampai. harga ikut kilo. sekilo RM 70 - kitorang pilih yang cukup-cukup makan untuk 3 orang je. perut tak besar mana orang kabor.. nak beli kerapu takut jadik macam kat Gayang hari tu. menggaru kepala bila bayar nanti.



Ni pulak cendawan goreng tepung. kira feveret jugakla benda ni. kalau tak silap dalam RM5-8 sepinggan. ni pun dah 1/3 kitorang bahan.



Butter prawn dan sotong goreng tepung pun tak ketinggalan. RM 15 sepinggan (hidangan kecil) untuk setiap satu. sebenarnya masa mula-mula hidangan sampai aku lupa nak ambil gambar. tu yang kadang-kadang tinggal separuh je tu :)



Last sekali kailan ikan masin. ni aku tak berapa ingat berapa hinggit. aku kalau sayur kurang sikit. tapi kalau kacang panjang/buncis/bendi tu memang feveret aku.



Ni la yang orang kabor bila kenyang perut suka hati ye dak? tengokla dia punya suka, senyum sampai ke telinga. anja ni suka sangat ngan sup. so kitorang order bihun sup kat dia. next time nak bawak makan Ani Sup Utara pula. agak-agak sedap tak? Kat Taman U ada satu cawangan dia.



Ok dah kenyang bolehla tengok sunset kat PTP ni. kalau nasib baik boleh nampak kapal docked kat perlabuhan tu. jangan lupa pulak ambil gambar jeti depan restoran ni jugak. boleh buat hiasan rumah nanti :)

Total bill dalam RM80+ jugakla abis untuk tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak. makanan dia ok cuma aku tak berkenan siakap tiga rasa tu je. terlalu banyak cili. berdesing jugakla telinga kalau tak tahan pedas. kalau nak pergi jangan pulak lupa bawak kamera. mana tau boleh ambil gambar langit kaler hijau ke nanti :)