Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Repost: Earth Hour 2012

Posted by afzan On Saturday, March 31, 2012 22 comments

 
Ni tahun lepas punya poster, sebab aku malas aku recycle untuk tahun ni punya :)


Kalau bukan kita nak sayangkan bumi sape lagi ye dak? so sama-samala kita tutup lampu-lampu walau sejam cuma bagi mengurangkan global warming yang sedang melanda bumi. paling tidak dapat juga membantu menyelamatkan duit poket dari membayar lebih bil elektrik :)


*p/s: aku sejak kempen ni diadakan memang tidak pernah miss tutup lampu. malah kadang-kadang sampai 2-3 jam. maklumla pada waktu tu kitorang gi keluar rumah mencari kawasan terang untuk menerangi kegelapan malam. shopping complex misalnya. ceh!


Jeti Tanjung Pelepas

Posted by afzan On Friday, March 30, 2012 13 comments



permandangan sebuah jeti di Tanjung Pelepas. masa ni aku tengah makan kat Restoran Saujana (orang kabor seafood dia sedap, later aku review). aku ingat gambar ni aku nak print besar-besar and framekan, nanti boleh buat perhiasan kat rumah hitam ye dak? takyah susah-susah nak keluar duit beli gambar perhiasan nanti. genius!

Kincir Air Melaka

Posted by afzan On Sunday, March 25, 2012 9 comments


Kalau rasa nak tengok macam mana bentuk kincir air dan macam mana dia berfungsi, bolehla gi ke muara sungai melaka, ala tempat yang ada river cruise tu. kat situ terdapatnya replika kincir air yang diberi nama Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka, di mana dikatakan dibina untuk melambangkan kehebatan Melaka dan teknologinya pada ketika itu.



dulu dah tengok gambar belakang kincir air bilamana naik river cruise. skang kita tengok bahagian depan pulak.



nampak kecik je aku tengok budak dua orang ni bila ambil gambar sebelah replika yang setinggi 13 meter. baru artis sorang ni tau yang badan dia tak se sasa mana.



masa ni aku suruh rizmi pose tunjuk kepak ala-ala bonzer kelab malam. last-last boleh pulak dia kepak garu kepala. adeh!



Dua orang ni memang model tetap tak bergaji aku masa kat melaka tempoh hari. kiranya memang tak rugila aku usung sana-sini. memang tak banyak cakap.



amboih acu menguap besar nampak. ngantuk ke naik river cruise tadi?

Spenderman

Posted by afzan On Friday, March 23, 2012 8 comments



ah macam-macam perangaila aok berdua ni!

Rumah Hitam

Posted by afzan On Monday, March 19, 2012 19 comments


>

dalam SPA hujung tahun ni siapnya, tapi rupa-rupanya dah dapat CCC dah pun. skang tunggu government release balance je lagi pastu dah boleh ambil kunci. cis baru je nak bersenang-senang kumpul duit sampai hujung tahun untuk renovation, last-last kena korek ASB.


p/s: nampaknya rumah merah dah kena naikkan iklan untuk di sewala nampaknya lepas ni. takpun buat homestay cara jugak.
** rumah hitam represent rumah kaler kelabu kat pulai indah, rumah merah represent rumah aku sekarang kat mutiara rini sebab atap kaler merah - ni gara-gara rizmila yang bagi nama terus lekat sampai skang!

Mengemas

Posted by afzan On Saturday, March 17, 2012 10 comments



Iskh anja ni. dalam senyap-senyap dia boleh pulak buat kerja dia "mengemas" baju dalam bag. taula dah tak sabar nak tolong ibu ye dak?


p/s: congratulations to wife because being accepted to further study in pathology. sorang kutub timur sorang kutub selatanla jawabnya lepas ni ye dak, adeh!

Water dispenser

Posted by afzan On Friday, March 02, 2012 19 comments



Dah ada benda alah ni, tak payahla susah-susah aku nak masak air lagi ye dak? nak air panas buat susu anak tekan je, terus keluar air panas. nak minum air sejuk tekan je terus dapat air sejuk, sesejuk macam air dalam peti ais. kalau rasa nak minum air suhu bilik pun boleh jugak.

p/s: baru je siap install tadi. so takleh nak rasmi lagila nampaknya, kena tunggu tengah hari sikit. aisheh!