Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ruins of St. Paul - Macau

Posted by afzan On Monday, February 20, 2012 8 comments


Last time aku ada sentuh pasal St. Paul kat melaka. aku ingat cerita tu habis kat situ je. rupanya sangkaan aku meleset jauh - bila aku jejakan kaki kat Macau, pun ada jugak St. Paul Ruins rupanya. jangan tak tau, Jalan Melaka pun ada kat Macau yer, namanya Road de Malacca. peh!



kalau tengok memang ada iras-iras sikitla senibinanya dengan yg kat melaka nun. kata data dari architecture yang sama ye dak?


 
kalau tak silap aku pintu depan ni je yang tinggal. yang dalam-dalam dah runtuh. nama pun ruins of st paul ye dak? tapi aku takdela plak sampai nak masuk dalam. sebab masa sampai tu dah nak berbuka puasa. so kena cepat-cepat cari kedai untuk berbuka.



agak-agak kalau mata korang power bolehla baca latar belakang bangunan ni. mata aku terlebih power, tu yang kena pakai spek tu.



kusyuk akak ni ambil gambar. sampai tak toleh kiri kanan


p/s: pusing punya pusing punya pusing takde pun kedai makan yang halal. penat berjalan satu hal. tadi berbuka minum air kosong je. last sekali masuk super market pastu carik meggi. luckily ada megi yang diorang import dari malaysia. berbuka makan megi jela aku hari tu + makan oreo. nasib badan :)

Fisha & Razif : Akad Nikah

Posted by afzan On Monday, February 13, 2012 7 comments


Sabtu lepas aku & keluarga menghala ke ulu yam untuk meramaikan majlis perkahwinan adik ipar aku, ajib dengan gadis pilihan dia. aku macam biasa ambil gambar lebih kurang sebab seperti biasa jugakla hero aku dok mengekor ke mana sahaja aku pergi.



Haila bakal pengantin, boleh pulak sehari sebelum majlis rambut tak gunting bagai. dah kena marah ngan kakak-kakak baru sibuk nak potong rambut ye ajib?



mak andam ni memang terkenal dalam family wifeku kalau bab-bab touch up muka orang ni. tapi tak boleh lawan anak diala uyin - baru darjah dua tapi mak aih dia punya skill make up kalah bini aku.



boleh tahan jugak ko yek jib guna lipstick!



dah bersiap sedia untuk babak pertama kejadian hari tu - akad nikah



sekali aku tengok ada gaya Do (watak p.ramlee dalam filem laksamana doremi) pula lagaknya dengan tikar terbangnya.



pengantin perempuan buat kali pertama dipertontonkan. akak sebelah tuh orange sungguh :)



majlis akad pun bermula. steadylah ayah pengantin perempuan, dia sendiri nak akadkan untuk anaknya.



tandatangan diturunkan tanda sudah rasmi menjadi suami orang. lepas ni no more dota la yek ajib. kang bini merajuk boleh buat tidur luar malam nanti.



"Psst, hebat eh suami ko jawab tiga patah perkataan je (aku terima nikahnya). terus sah!"



anak sapala yang selalu buli rizmi ni. jangan kata rizmi abang & kakaknya pun surrender dibuatnya.



dengar cerita pengantin laki menangis masa baca taklik. sempat rakam ke pokcham? boleh buat modal cerita masa kenduri kat jengka nanti ni.



ajib solat sunat selepas berjaya mengharungi babak pertama. malam pertama tunggu malam karang. jangan nak gelojoh sangat.



patutla aku hari ni tak berapa nak ada ekor. rupanya budak ni masa orang tengah sibuk nak akad nikah dia boleh pulak sibuk dengan gamenya. pastu tau pulak dok kat penjuru sana.



ni apesal mak dara ada kat sini sekali ni? haish, kacau daun beter! ingat nak ambil gambar geng-geng dara je. 


Cinemagraph

Posted by afzan On Thursday, February 09, 2012 13 comments


Aku kini tertarik dengan satu teknik fotografi yang baru, cinemagraph (introduced a year back) bilamana still photographs digabungkan dengan sedikit pergerakan yang berulang-ulang. gambar yang dulunya ditembak kaku kini mula hidup. aku harap satu hari nanti aku dapat aplikasikan teknik ni pada gambar rizmi dan haifa. idea dah ada cuma kena tunggu aku tak berapa busy dulula :)



Agak-agak berapa frame kena ambil ni baru jadik macam ni eh? (image source: From me to You)



udah-udahla tu akak pusing globe tu. memang tak jumpanya kuala lepih kalau peta besar tu! (image source: From me to You)



ini kalau dah asap macam ni punya banyak, duduk sebatu jauhnya boleh rasa lapar lagi ni (image source: From me to You)


p/s: thesising mode ON. ayark!!!!