Tuesday, January 31, 2012

Sudah Merangkak




Anja ni dah laju merangkak sekarang. meniarap-meniarap dah tak main lagi aa. dulu bukan main eksyen nak skip merangkak terus nak belajar jalan. tapi kalau bab-bab memanjat sofa atau meja serah kepada dia.

p/s: kesian anja sebab kena demam campak :(

Thursday, January 19, 2012

Hong Kong Disneyland


Dulu aku pernah keluarkan entry pasal sleeping beauty castle dan semua dok tanya kat mana istana tu. so inilah jawapan dia:- hong kong disneyland. pegi HK disneyland masa musim panas+bulan puasa memang mencabar. orang lain syok je sedut air sejuk bila penat, yang kita ni cuma dapat telan air liur jela. dahla perginya pulak hari sabtu, memang berduyun-duyunla orang datang. nak naik satu-satu benda pun kena beratur mak aih sikit punya panjang. cis!



Ni rupanya tiket nak masuk dalam, dia punya harga boleh telan air liur jugakla - HKD 399 kalau tolak tambah bahagi darab dalam ringgit malaysia lebih kurang RM160 jugakla



Lepas check-in tempat pertama yang kitorang pergi ialah naik train. bulan-bulan puasa better kita gunakan segala kemudahan yang ada. tak payahla nak tunjuk handal berjalan kaki. kelak melepek dibuatnya nanti



queue untuk naik train pun makan masa dalam 30 minit jugakla lamanya. mula-mula dah nak keluar baris dah. tapi disebabkan malas nak berjalan kaki, maka tunggu jugakla dalam panas terik ni. nasib baik kekerapan train ni banyak jugak. macam tunggu nak naik lrt je.



inilah antara hero-hero melayu yang pergi termasuk aku. kira kental jugakla sebab tak bukak puasa di tengah-tengah jalan. 



Pergh tinkerbell ni dia punya dress-up buat pahala puasa aku hari tu kurus je. cis! nasib aku tak bergambar sekali. bukan tak mau, mahu tapi aku ni jenis malas nak beratur panjang.



Tengok dia punya orang yang datang berapa ramai. tengah panas terik pun diorang sanggup ke sana ke sini. masa ni aku dah give-up. aku dok je kat kerusi sambil pandang-pandang karenah orang ramai.



Agak-agak kalau nak rasa sejuk bolehla dok bawah aerospace tu. dia punya bahan bakar yang keluar dari ekzos tu boleh buat korang sejuk. betul aku tak tipu.



Yang ni aku paling terkilan sekali. bila aku sampai je kat Fantasyland, parade dah habis. tinggal toys story punya parade je yang aku dapat tengok. lain-lain macam cinderella paling tidak pun snow white aku terlepas. itulah akibatnya kalau tak ambil port tentative kat situ. cis!



Dapat jumpa buzz versi pompuan pun kira ok ye dak? siap dia main lambung-lambung bola lagi kat penonton.

bersambung..

p/s: suka betul aku buat entry jenis sambung-sambung ni. hahaha!

Friday, January 13, 2012

Ika & Harris: Bertunang & Akad Nikah


Aku kalau ada orang offer job untuk gambar kawin memang aku tolak dulu. bukan apa, maklumla ada pengekor sejati di belakang ni - rizmi. mana aku pergi dia mesti ikut. memang gambar kemana la jadinya. tapi disebabkan adik aku sorang ni, aku gagahkan jugakla. ini pun tak berapa nak banyak aku ambil. sekejap-sekejap aku petik kamera, sekejap-sekejap aku dukung rizmi. so how? insyaAllah mana tau satu hari nanti bila rizmi dah besar boleh aku concentrate ambil gambar, ye dak?



Dah siap make-over bagai mulala berangan nak bergambar dengan bunga ros ye dak? takpe, sbb hari ni hari kamu, tak kisahla nak posing macam mana



Theirs wedding tree. ni hasil thumbprint dari belah keluarga kitorang. aku sekeluarga ada empat kesemuanya - aku, yayang, rizmi & haifa. cuba teka ranting yang mana satu? harap benda ni tak disalah gunakan. mana tau tetiba aku terlibat jadi penjamin sapa-sapa, yela thumbprint dah ada kat situ. cis!



Dia punya ayu konon nak lawan maya karin le tew, hehe!



Hantaran dari belah perempuan, bertemakan warna pink dan krim. bunga ros ni macam kenal je, macam bunga budak-budak pakai untuk konvokesyen :)



Bakal pengantin buat pertama kali dipertontonkan kepada orang ramai. dia punya berdebar sampai makcik aku kena tolong buat postur badan. kalau tak memang nampak rigid.



Cincin di sarung ke jari tanda pinangan diterima.



posing sket sama mok mertua



siap bertunang terus acara akad nikah. tok kadi ni tak power betul, tanya soalan senang sangat. ada ke soalan rukun nikah ditanyanya. tanyala soalan mencabar sikit. tapi dalam dia berpeluh jugak bakal pengantin lelaki malam tu. keh keh keh!



Rileks bro, jangan gusar. rileks-rileks. tarik nafas dalam-dalam dulu. pastu baru akad eh? baru pukul 10 malam, malam masih muda lagi.

lepas akad nikah aku terus stop ambil gambar. sebab lepas tu bapak aku buat majlis tahlil. takpe, gambar-gambar sessi batal air sembahyang pakcik aku cover. dia memang buat job untuk malam ni sebenarnya. aku kira backup je ni.

Monday, January 09, 2012

Budak Mata Bulat!



Anja ni, mana pergi mesti orang akan tegur pasal mata dia. dia punya bulat memang lain macam. aku syak dia mewarisi mata aku gamaknya. hahaha.. dengan gaya rambut yang baru bangun tido memang sesuai dengan bentuk mukanya. kesian anja baru je baik dari demam.

Friday, January 06, 2012

Penangan Sate Gelang Patah



Aku rasa setakat ni, inila antara sate yang paling mantap aku pernah makan selain dari sate kat tangkak (sate babat). dia punya rasa memang terangkat habis - cukupla rempah ratus orang kabor. dulu orang mesohor sangat ngan sate haji samuri. tapi bagi aku sate hj samuri/kajang tu biasa-biasa je, takla sedap mana pun. keras je lebih! setiap hari selasa petang, mesti aku singgah pasar malam gelang patah semata-mata nak beli sate ni! peh, minggu depan nak kena beli lagi ni. nak makan sate, nak makan sate...!!

© aku, dia & lensa
Maira Gall