Tuesday, December 13, 2011

Sleeping Beauty Castle



 Cuba teka istana apa belakang tu? bagi aku tempat ni biasa-biasa je bagi org yang dah berumur macam aku ni. kalau budak-budak baru nak up dan baya-baya rizmi memang diorang enjoy sakanla - nampak itu nak main itu, nampak ini nak naik ini. tapi brader baju purple tu memang semangat giler bergambar. sampai tembok pun dia panjat punyala nak tunjuk kat orang kampung dia pernah sampai sini. aku? - takde masa nak bergambar macam tu punya semangat :P

p/s: apa kes streamyx buat hal dari jumaat lepas. nak kata x bayar bill, on time je tiap-tiap bulan aku bayar walaupun kadang-kadang ada termiss jugak. dia punya lembab lagi  laju aku pakai dial-up guna modem 56k djaman mirc tengah top dulu-dulu. cilakak, ni nak kena buka report lagi ke apa?

Thursday, December 08, 2011

Pesta Layang-layang


Sabtu lepas (3 disember) aku & family pegila Hutan Bandar Mutiara Rini jalan-jalan nak tengok layang-layang kononnya. jarak dari rumah aku sepelaung je, tak sampai 5minit perjalanan kitorang pun sampai dan aku park betul-betul depan taman permainan kanak-kanak. masa ni rizmi dah tak pandang dah gelongsor gedabak depan mata dia (selalunya tempat-tempat macam ni mmg feveret dia) sebab aku tengok dia dok mendongak kat langit je. tapi tak puas hatinya, masa kitorang sampai pertunjukkan layang-layang dah habis. ada dua-tiga ketul je yang masih terbang kat udara. padahal baru kol 5 petang, cis!



Ini layang-layang ke binatang terbang ni? dia punya besar kalau buat selimut boleh muat dalam 20 orang jugakla. nasib baik kitorang sampai hari tak hujan lagi. tengok awan pun dah tau, kejap lagi mesti hujan lebat.



Ni antara layang-layang yang masih semangat terbang. yang lain-lain dah rebah ke bumi. dari info yang aku dapat, semua layang-layang yg diterbangkan hari ni kebanyakkannya dari Pasir Gudang International Kite Festival. dah lama aku nak gi tengok, tapi sampai sekarang tak jugak sempat pegi. tahun depan gamaknya.



Ni datang nak tengok bola ke nak tengok layang-layang ni dik? tapi takpe, abam tau mesti adik nak tengok layang-layang kemau (harimau dalam bahasa rizmi) kan? dia punya semangat harimau malaya sampai membawa ke layang-layang. ni mesti nak jadik ultras malaya sebab terpengaruh ngan Majalah3 baru-baru ni.



abam baju putih tengah jinakkan kemau dia. manja betul dia, siap baring-baring lagi. rizmi kata kemau tu dah penat, tu yang dia baring-baring manja tu. haha!

harap-harap tahun depan ada lagila pesta layang-layang kat hutan bandar mutiara rini ni. kalau ada kali ni kol 12 tgh hari aku dah terpacak kat sini.

Monday, December 05, 2011

Busking


>

Kalau korang pergi St paul church melaka, mesti korang akan nampak uncle ni berbusking dengan gitar kapoknya bagi memeriahkan suasana. dia punya lagu memang power pemain bass kuala lipis pun tak boleh celen. tapi aku harap lain kali dia nyanyi lagu dondang sayang pulak. baru aku bagi tabik spring.

Thursday, December 01, 2011

Melaka River Cruise


Rizmi sudah tidak sabar. dari semalam lagi dia beriya-iya nak naik. melihat bot-bot yang ke hulu ke hilir menongkah arus sungai melaka membuatkan hatinya makin membuak-buak. haifa? ah masa tu dia tak tau apa-apa. masih kecil, yang dia tau senyum dan ketawa bila kita menyakatnya. paling tidak menangis hendakkan susu bila lapar.

* * * * *

aku keluarkan not 50 sekeping dan 10 dua keping - 6 dewasa dan 1 kanak-kanak. matematiknya korang kira sendiri. baki wang kertas bewarna hijau aku selit dalam poket rizmi. senang dia nak beli aiskrim kedai (ayat sinonim rizmi bila hendakkan aiskrim). matahari terpacak kat atas kepala. bot masih tak sampai-sampai. apa gila naik river cruise tengah-tengah hari buta ni? dengar orang kabor, malam baru sedap naik bot perlahan ni sebab dapat tengok lampu-lampu. cit setakat nak tengok lampu-lampu baik pergi i-city ye dak?



sampai kat dataran, orang tak berapa nak ramai lagi. senang sikit aku nak beli tiket takyah nak beratur panjang. yela tengah-tengah hari buta ni sapela yang nak naik river cruise? 



punyala boring dok tunggu boat tak sampai-sampai last-last rizmi & acu main tarik-tarik telinga. cis, acu punya tarik boleh capang telinga rizmi jadinya.



Bila dah dapat naik boat hati yang tadi panas sebab menunggu kat tengah panas terus jadi berangin. walaupun boat tu tak laju mana, boleh jugakla sejukkan badan tengah-tengah hari ni.



oooo ginu rupanya belakang kincir air ni. takdela seindah mana ye dak? tapi kalau tengok dari depan memang unik dia punya senibina.



Anja ni kalau gi jalan memang dia sangat suka. no wonder kat tapak kaki dia ada tahi lalat. orang-orang dulu kabor, kalau tapak kaki ada tahi lalat nescaya kuat jalan. ye ke ni?



agak-agak kalau nak rasa eye-on-melaka macam mana, boleh pegi kat sini. kat tepi sungai melaka ni je. tapi jangan pulak kecewa kalau benda alah ni tak tinggi mana. nak main pirate pun boleh



jangan sangka melaka takde Putra/Star LRT kata Melaka Maju 2010. aku lupa nama benda alah ni apa, tapi yang pastinya LRT ni takdela laju mana. macam siput sedut dia punya laju. kalau rasa nak dating dalam ni memang highly recommended la. hahah!



u snap me i snap u. aku ingat naik boat ni dapatla makan mamee free. rupanya haram takde. kilang sikit punya besar kat air keroh. setakat mamee 20sen tu pejam mata jela sponsor.



ni bank ke apa? haha... the beauty of english orang putih kabor.



lambang negeri melaka, bangunan merah. negeri-negeri lain mana boleh pakai kaler ni.

dekat 45 minit jugakla kitorang naik river cruise ni. memang berbaloi. tak rugi pun bayar rm10 semata-mata nak meranduk sungai melaka. selain dapat tengok kampung-kampung terawal yang ada kat melaka ni, macam Kampung Morten serta keuninkan bangunan lama dan baru, dapat juga kita tau sejarah-sejarah pasal melaka  ni. tapi awas, mulut jangan ngada nganga luas-luas. mau kenyang minum air sungai!

© aku, dia & lensa
Maira Gall