Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Orkestra Cahaya

Posted by afzan On Sunday, October 09, 2011 25 comments


Aku ingat  rtm je yang ada orkestra dia sendiri tapi rupa-rupanya cahaya pun ada kumpulan okestra dia jugak. Orkestra cahaya aka Symphony of Lights merupakan satu tarikan utama kalau kita pegi Hong Kong, yang mana pertunjukan laser dan lampu-lampu pada bangunan-bangunan akan di pancarkan mengikut alunan muzik. sound great eh? yup memang menarik pun, kalau aku yang berjiwa dewasa ni terhibur apatah lagi kanak-kanak kecil sebaya rizmi ye dak? tapi pertunjukan tarian cahaya ni hanya berlangsung 10 minit je. aku syak, kalau diorang buat lama-lama mau tinggi bil-bil elektrik nanti. tak caya tanya orang-orang tnb. yela tiap-tiap malam diorg buat pertunjukkan ni. sape yang tak sempat memang rugi besarla!



Tu dia pancaran laser mengikut alunan muzik. lampu-lampu kat bangunan-bangunan tu pun akan on-off & tukar kaler ikut muzik jugak. memang asyik! dulu masa kecik-kecik,bilamana aku pegi karnival lipis - aku memang cuak giler dengan laser-laser ni. maunya tak, kalau laser tu kena kat badan tak ke berlubang! ceh, ni semua angkara citer superman. dem!



Sori la gambar ada sedikit goyang. ni semua angkara tak bawak tripod. dah aku terpaksa guna divider untuk letak kamera sambil tarik nafas panjang-panjang. maunya tak, salah pegang boleh jatuh kamera dalam laut! naya-naya.. sebenarnya aku nak ambil video mode last-last boleh pulak aku tak khatam baca user manual! tekan button sana-sini, setting bagai nak rak, video tak jugak keluar-keluar. cilake!

p/s: skang aku dah reti ambil video, lepas ni boleh buat siri sinetron pulak. aku tengok sinetron tv3 bukan main hits lagi, haha!

25 comments:

Tuan Cimot said...

sinetron???tlglah..hahah

bobiedanbad said...

cahaya lampu yg awesome. bro wat cite telenovela lah plak

afzan said...

bukan aok layan sinetron ke tikaleh?

afzan said...

bobie: telenovela geng mak-mak je yang layan

haniaiman said...

mengancam seh...suke2...

wanamira said...

wooooo. best wuu. pegi hongkong eah?

♥Aien Najwa♥ said...

wah..mantap..caya lah!!~~

ch000tz axoera said...

jelesssss >_< pic sungguh cun!~

Faaein Talip Roy said...

pergh.. pic yang macam ni lah buat ceq jeles.. belum pernah dapat amik macam ni.. minta turunkan ilmu dekat ceq.. hahaha..

kuat sangat pengaruh superman tu.. kecian.. hahaha..

SukanSky said...

cahaya...wlaupun indah namun kdg2 boleh mmbunuh...hehe

afzan said...

haniaiman: mengancam? biasa-biasa je ni!

wanamira: a'ah tepat sekali tekaan mu tu

afzan said...

chootz: thanks, tap masih dalam learning mod lagi

faeein: ilmu? ilmu hisab mmg cheq terer!

ejai_ej said...

hahah.. biler bacer part yg ko kater tak boleh record video tu kan.. teringat aku time aku nak wat night shoot dulu.. org laen semua buat bracket, aku sowang je wat manual.. keji dak? huhuhu

Ungu Violet said...

cantik gambar tuh...meletop..hihi

iKhRam said...

indahnya pemandangan kota..

dia kene buat sekejap2 saja.. kalau lama-lama nnt tak suprise la..

betul tak..

tp tetiba terfikir
kalau la rizmi ada sama kan??

iKhRam said...

indahnya pemandangan kota..

dia kene buat sekejap2 saja.. kalau lama-lama nnt tak suprise la..

betul tak..

tp tetiba terfikir
kalau la rizmi ada sama kan??

Nurr Kasih said...

adeh mmg terpesona dgn lampu2 neon di waktu mlm. kat msia kat mana nak shoot mcm ni hihi

Rtp Farra Arisha said...

yup, those are very nice shoots. i wish i could be there too. hehe.

thomas said...

Cantik betul mlm di HK

afzan said...

ejai: buat bracket? cer citer, cer citer. aku nak belajar ni!

ungu: meletop? cam kena bang-bang bom je!

afzan said...

ikhram: ha tula pasal, kalau rizmi ada tak taula dia punya semangat macam mana!

nurr: putrajaya kan ada? i-city lagi cantik org kata :)

~najwa~ said...

nice pics.
(ejai:bracket tu hape?)


agak-agak aku dah tau sape bole jadi watak utama sinetron ko..heheh.

Faaein Talip Roy said...

ahahaha... ilmu hisab pun boleh lah.. belajar kira2 sambil menembak.. huhuhu..

afzan said...

najwa: sape-sape? ehem ko nak jadik mak mertua yang jahat tak? ada kosong lagi ni

faaein: molekla tu, boleh kira berapa kemasukan cahaya dalam sensor ye dak?

ejai_ej said...

hohoho.. aku pon baru belajo.. secara amnyer, bracketing tu adalah satu teknik general untuk amek beberapa siri gambar dengan subject yg sama dengan menggunakan setting camera yang sama atau berlainan. selalunyer org pakai untuk buat HDR. 3 exposure yg berbeza, which is under, normal ngan over. kalo kat Nikon die ader button kecik kat depan tulis Bkt kalo tak salah aku. sekian.. wabilahi taufiq, walhidayah.. Assalamualaikum WBT. huhuhu