Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lucky No 1

Posted by afzan On Saturday, October 29, 2011 19 comments



Bukan sembarangan orang boleh jadi yang pertama ni. kalau tak berkampung atau berkhemah kat depan post office, jangan nak berangan la nak dapat. kira aku ni bukan calang-calang orangla hari ni ye dak? baler.. agak-agak sape gerangan yang bukan calang-calang jadik komentar pertama posting ni yek?

p/s: gambo hari ni ada dua kaler, hitam & putih. maka secara automatik aku sokong terengganu malam ni. kamon ganu, peteh ganu peteh! peh dah lama aku tak pegi besut, boleh berjimba kat pantai bukit keluang.

Merajuk

Posted by afzan On Monday, October 24, 2011 27 comments



Alahai hero sorang ni, boleh pulak dia merajuk kat Alamanda Putrajaya baru-baru ni. akhir-akhir ni, boboiboy (panggilan baru rizmi) mudah touching - tak boleh silap sikit terus dia jadi lembik lutut dan terduduk kat mana je dia rasa dia nak. kesian rizmi, nanti daddy belanja aiskrim eh, nak tak?

p/s: punyalah hati dia keras, walaupun kitorang buat-buat tinggalkan dia, rizmi masih terduduk kat situ. aku bajet kalau kitorang gerak dia mesti bangun dan ikut sekali, rupanya tidak. terpaksa aku patah balik dukung dia. alahai!

Gooners became gunners

Posted by afzan On Thursday, October 20, 2011 21 comments



Rizmi,"nak tena ni, nak tena..!" (read: nak kena ni nak kena). itulah yang terjadi pada geng-geng gooners dua-tiga bulan lepas. moral masing-masing berkecai macam kaca pecah. tapi sekarang tak lagi aku rasa sebab depa dah makin stabil. tak gitu adek & tikaleh? kalau nak tukar team sempat lagi isi borang ni. hahaha!

p/s: bilala rizmi nak habis pelat dia ni? makin terbelit-belit jadinya.

Haifa's Teaser 2

Posted by afzan On Monday, October 17, 2011 18 comments



Dulu dah pernah keluar teaser 1, kali ni keluar yang kedua pulak ke? peh, mantap-mantap. teaser kali ni aku nak bagi sneak view bilamana haifa pakai baju ala-ala princess. asyik-asyik tgk dia pakai ala-ala boyish gitu, sekali-sekala nak jugak tgk dia pakai dress dengan rambut tocang-tocang, ye dak. tak sabar? tungu.....

Jalan Sorang?

Posted by afzan On Friday, October 14, 2011 23 comments



Ini sparrow, bukan jack sparrow tapi house sparrow. aku kesian tengok kat dia sebab jalan sorang-sorang. kawan-kawan takde. nak kata kera sumbang, tapi dia burung. mungkin burung sumbang agaknya! tula, orang suruh sokong Liverpool, ko bantai gi sokong Manu. kan dah jalan sorang-sorang. 

p/s: game sabtu ni (esok) wajib tengok. come on king kenny! YNWA!

Haifa dan Buggynya

Posted by afzan On Wednesday, October 12, 2011 27 comments



Haifa memang suka duduk dalam stroller mahupun buggy. tak macam abangnya rizmi masa kecik-kecik dulu, memang pantang letak dalam stroller - terus dia mengamuk. terpaksa aku kendung ke sana ke mari, rizmi rizmi.. tengokla haifa punya suka, sampai kaki naik atas - ek betul cik minah ni yek!



Kalau pegi mana-mana mesti orang tegur rambut dia lebat sungguh. ada sampai yang kata dia ni budak lelaki. aisheh.. ni kalau buat cukur rambut sekali lagi dan timbang rambut tukar dengan emas (amalan sesetengah orang), aku rasa mau habis sebulan gaji. adeh!



Kalau pegi mana-mana jangan lupa teddy bear dia. bukan apa sebagai peneman, takla dia boring sangat dok dalam stroller. aisheh teddy bear tu takde nama lagi rupanya, kena carik satu ni.

p/s: ada orang kabor haifa ada smiling eyes. ye ke? wah mata pun boleh senyum-senyum jugak ye...

Orkestra Cahaya

Posted by afzan On Sunday, October 09, 2011 25 comments


Aku ingat  rtm je yang ada orkestra dia sendiri tapi rupa-rupanya cahaya pun ada kumpulan okestra dia jugak. Orkestra cahaya aka Symphony of Lights merupakan satu tarikan utama kalau kita pegi Hong Kong, yang mana pertunjukan laser dan lampu-lampu pada bangunan-bangunan akan di pancarkan mengikut alunan muzik. sound great eh? yup memang menarik pun, kalau aku yang berjiwa dewasa ni terhibur apatah lagi kanak-kanak kecil sebaya rizmi ye dak? tapi pertunjukan tarian cahaya ni hanya berlangsung 10 minit je. aku syak, kalau diorang buat lama-lama mau tinggi bil-bil elektrik nanti. tak caya tanya orang-orang tnb. yela tiap-tiap malam diorg buat pertunjukkan ni. sape yang tak sempat memang rugi besarla!



Tu dia pancaran laser mengikut alunan muzik. lampu-lampu kat bangunan-bangunan tu pun akan on-off & tukar kaler ikut muzik jugak. memang asyik! dulu masa kecik-kecik,bilamana aku pegi karnival lipis - aku memang cuak giler dengan laser-laser ni. maunya tak, kalau laser tu kena kat badan tak ke berlubang! ceh, ni semua angkara citer superman. dem!



Sori la gambar ada sedikit goyang. ni semua angkara tak bawak tripod. dah aku terpaksa guna divider untuk letak kamera sambil tarik nafas panjang-panjang. maunya tak, salah pegang boleh jatuh kamera dalam laut! naya-naya.. sebenarnya aku nak ambil video mode last-last boleh pulak aku tak khatam baca user manual! tekan button sana-sini, setting bagai nak rak, video tak jugak keluar-keluar. cilake!

p/s: skang aku dah reti ambil video, lepas ni boleh buat siri sinetron pulak. aku tengok sinetron tv3 bukan main hits lagi, haha!

Bajet 2012

Posted by afzan On Friday, October 07, 2011 21 comments



Bajet? apa bajet-bajet..? yang aku tau brader ni "bajet" macho je buat pose ala-ala abang jaga pintu disko ni. kalau nak tau bajet@belanjawan 2012 boleh pegi belek utusan/berita/sinar harian esok. harian metro jangan pulak selak, situ banyak citer-citer hot lucah je. ceh!

Teori tenaga Einstein

Posted by afzan On Tuesday, October 04, 2011 24 comments



Ni sape yang ajar sape ni? si einstein ni rileks-rileks je bila kena tanya soalan. agak-agak dia tengah pikir jawapannya ye dak? tapi aku nengok albert ni pandai jugak berfesyen.



Tula orang suruh masuk kuliah ko ponteng, kan dah kena herdik ngan encik einstein. jangan main-main dia punya tulah aku agak kalah sumpahan mahsuri - ok aku tipu!



Aku ngan si einstein ni kira kawan-kawan sepermainan je. agak-agak teori untuk predict ventricular tachycardia dan ventricular fibrillation dalam ECG yang sedang aku propose ni se"noble" teori tenaga einstein ni tak? aku harap-harap macam tula, kalau tak macam mana nak habis study ye dak?