Thursday, September 29, 2011

Ini bukan Origami



Selalunya kita sering mendengar seni mengolah sehelai kertas kepada sesuatu bentuk di panggil origami atau papercraft. tapi ada satu lagi seni yang juga melibatkan kertas tapi kita koyak-koyak kertas tu dan tetiba je dapat hasil yang kagum jugakla. aku tak tau namanya apa, mungkin orang-orang seni beritahu nanti.



"Kita lipat sini, kita lipat sana, koyak sini sikit dan koyak sana sikit nah inilah hasilnya" , macam tulah ayatnya lebih kurang lepas ditranslatekan ke BM. kita selalu tengok orang buat love berangkai menggunakan gunting, tapi pakcik ni selamber je koyak pakai tangan. peh!



Gunting-gunting tolak tepi. guna tangan pun boleh buat bentuk olimpik apa. memang aku impress dengan pakcik ni. ntah berapa lama dia bertapa kat tembok besar china aku pun tak tau. dia punya art, bukan calang-calang, art kelas tinggi ni. budak-budak ARTsenal pun tak boleh buat. kah kah kah!



"Sapo nak kepalo kobau ni hah? moie, moie ambil soghang sor", sekali lagi aku cuba translate dari cantonese ke bahasa negori. Ikhram, ekau tolong tunjuk ajar eden ni hah kalau ado yang silap!

Tuesday, September 27, 2011

Geng Kugiran Pantai Klebang



Ni adalah official cover album untuk "Geng Kugiran Pantai Klebang". Lineup: lead vocal - adek (mamat yang pakai baju godzilla), 2nd vocalist - wifey geng mak orang yang sedang dukung anak kecilnya, cik nana - pemain tambourine, abang COD berbaju merah 3 stripes - triangle serah je kat dia (memang pakar), adik rizmi - pemain castanet utama.

Saturday, September 24, 2011

Terbang ke Hong Kong


Last time, aku ada post gambar passport & duit-duit asingkan? seterusnya aku menerima pelbagai spekulasi kemanakah destinasi yg aku tuju. dan ada yg kata china - dan selamber aku balas "sipi-sipi aje". aku pergi tempat ni bukan untuk suka-suka. tapi atas tugas universiti. kalau suka-suka takkanla aku suka-suka tiggal wife sayang, rizmi & haifa ye dak? (tapi aku rasa - banyak aktiviti suka-suka yang kitorang buat compared to aktiviti rasmi universiti. cit poodah!)



"Now Everyone Can Fly". Aku admit, semenjak kapal terbang merah ni start beroperasi aku mampu untuk terbang. nak harapkan MAS, aku mampu melihat & senyum sinis je.



Setting apa-apa yang patut sebelum ambil gambar awan. dia punya setting aku tengok gaya lagak seorang pro je macam bro ejai kita je lagaknya.



Kalau naik kapal terbang tak ambil gambar awan & kepak kapal terbang memang tak sah orang kata. yela boleh tunjuk gambar ni kat orang kampung yg kita pernah terbang ye dak?



Sampai jugak aku ke negara orang. dan buat pertama kali jugak passport aku di cop. kata je dok kat JB, singapore haram tak pernah pegi. cit!



Aku syak budak ni kena tinggal ngan mak dia. tu yang berlari bagai ribut tu. aku dengan slamber pakai escalator dia slamber berlari anak kat fast lane. ya aku tahu, aku malas nak jalan!



Kurang 20 minit je lagi nak berbuka. tapi diorang masih lagi senyum, yela nak merasa berpuasa kat negara orang ye dak? dan kami berbuka kat airport tu dengan makan kurma je :(



Kalau pergi negara orang perkara pertama yang perlu ada ialah peta. tapi orang zaman sekarang peta-peta ni leceh kata mereka. mereka lebih suka tenyeh papago ataupun garmin. senang katanya.



"Train to Tsing Yi, Kowloon and Hongkong will arrive in 3 minutes", begitulah sedikit sebanyak bunyinya. peh baru beberapa minit sampai dah reti baca cantonese. baler!



MTR (Mass Transit Railway) adalah pengangkutan awam utama di Hong Kong selain bus nagn taxi. nak jumpa keta-keta kat jalan-jalan HK memang tak banyak macam Malaysia. diorang lebih prefer public transports daripada kenderaan sendiri. yela gila apa parking sehari sampai 300 HKD? 

Wednesday, September 21, 2011

Asam Pedas Selera Kampung


Bab kata rizmi, "terbaekk...!!". itulah yg aku dapat ungkapkan bilamana aku try makan asam pedas kat restoran ni. memang menjilat jari habaq hang. tapi poket nak kena tebal-teballa. takut nanti berpeluh dahi bilamana nak membayarnya. tapi kalau dua hari berturut-turut makan kat sini nak kata apa lagi ye dak?



tengok dia punya asam pedas kepala ikan. memang nala orang penang kabor. aku dari tak minat makan asam pedas boleh pulak aku terjebak makan sekali. cis!



udang masak lemak cili padi ni memang feveret aku. nak-nak bila makan tang kepala tu. peh, kecur dah air liur ni. rizmi pun boleh terjebak sekali makan masak lemak ni. tapi dia minat tang kuah je, udang dia tolak kat aku. rezeki!



tengok dia punya penangan asam pedas sampai tak toleh kiri-kanan dah. makan nak kena laju-laju. takut lauk-lauk lain orang sapu. haha..



lepas makan semua tulang temulang berselerak dalam pinggan. lepas ni sessi kumpul hasil duit raya sikit sorang buat bayar bil.



memang terbaik. lepas ni kalau pegi melaka lagi memang kena pergi lagi kedai ni. tak jauh mana dekat area dataran pahlawan je. lepas penat naik menara taming sari, bolehla singgah menjamu selera ye dak?

p/s: agak-agak tokey kedai bagi diskaun tak lepas aku promote lebih-lebih ni?


Monday, September 19, 2011

Beraya di Rumah Kuning

Aku kalau dah nama cuti raya tu, memang cuti sesungguh-sungguhnya. takdela nak bukak itu ini. sampai si ejai dok bunyi dah bersawang bagai. takpe bro, sebab ko pun aku nampak baru post gambar raya 4-5 minit lepas, aku pun nak ikut jejak langkah ko jugakla :)



Abang di tengah dok tenang kuih raya. tapi itu tak penting, yang penting benda alah kaler merah dalam poket tu. bila nak agih-agihkan ye dak?



Kali ni cukup satu satu family bergambar. patutla raya tahun lepas nampak sikit je org dalam gambar. rupanya geng baju maroon ni beraya kat kampung lain. tapi tengok pada bilangan anak-anak kecil tu masih kurang lagi, bilala mereka-mereka ni nak tambah quota agaknya.



ni macam posing taun-taun sudah je. tapi takde hal, kemesraan tu yang penting. ye dak?



geng baju maroon sekeluarga. ni geng perempuan ramai namanya. agak-agak bila nak tambah bilangan hero dalam geng ni? kesian ablong takde kawan.



geng serba biru. cukup dua lelaki dan dua perempuan. kira dah berpasangan la geng ni ye dak? haifa bila minyakkan rambut, memang macam ni la jadinya. adeh! lepas ni takyah pakai minyak lagila baru nampak macam korean.



geng-geng yang masih bujang trang tang-tang orang kabor. adek cuba membulatkan matanya, konon nak bagi nampak macam puss in the boot le tu. ceh!



boboi boy kuasa tiga katanya.. terbaekkk...!!



Aksi free style dari mereka-mereka sebelum edisi makan lemang secara besar-besaran bermula.



kecik-kecik dah pandai pegang tripod. bila besar mau kalah saiful nang ni.

© aku, dia & lensa
Maira Gall