Wednesday, June 29, 2011

Merenung tajam



"Apa pandang-pandang?" pehhh, bekeng sungguh mamat ni. ni kalau dia dah buat muka macam ni baik cepat-cepat angkat kaki. takut-takut silap haribulan orang makan mee kari kita makan kaki. rizmi semenjak ada adik ni lain macam dia punya perangai. tapi dia sayang adik dia :)

Saturday, June 25, 2011

Buai laju-laju


"Buai laju-laju sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab", aku rasa sebab lagu ni la rata-rata ibubapa kat luar sana nun suka sangat anak mereka berbuai. yela, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab. sape yang tak nak ye dak? kitorang tidak terkecuali. biasala nak mengekalkan tradisi turun temurun orang kata. dulu-dulu kalau pegi umah jiran kat kampung-kampung, pastu nampak ada tali terikat kat alang rumah, mesti dah dapat tau mesti ada anak kecik.



kaki yang mulus terkeluar dari buai. ni kalau tak masukkan semula ni boleh terjungkalak ni. pandai juga aku bersurah banjar. belajar sikit-sikit dari orang rumah. takdela kalau pegi teluk intan nanti melopong tak faham apa. haha :p



haifa dah tak pakai sarung tangan. bukan apa, nak bagi dia belajar pegang barang-barang. kalau duduk dalam sarung tanggan, genggam penumbuk jela jawabnya



kadang-kadang seronok jugak bermain dengan kaki bayi ni. rasa lembut dan mulus je. nak main dengan kaki rizmi? keras dan kasar dah jadinya. silap hari bulan boleh makan kaki. haha.



yeay, saya dah bangun. bangun-bangun terus minum susu. boleh plak ambil gambar dengan mulut berlemi. lupa nak lap tadi agaknya. budak ni pantang dapat susu lambat sikit. boleh merajuk dibuatnya

Wednesday, June 22, 2011

Kereta Nani



Mesti korang terpana seketika apa tu kereta nani kan? nah ni dia kereta nani. tapi yang ni namanya nani polis. kalau ambulans namanya jadik nani sakit, kereta bomba pula jadik nani api. nama-nama ni semuanya hasil cipta rizmi. apesal dipanggil nani? cuba korang dengar bunyi siren kereta-kereta ni, tidak ke ala-ala bunyi NANI. tu pasal dapat nama macam tu.



yang ni bukan habuk ye. ni namanya salji. habis sebotol bedak johnsons baby rizmi jadikan salji. dia kata bila ada salji, jalan licin. so kereta banyak eksiden. banyakla dia punya eksiden, aku yang tak pasal-pasal kena lap salji-salji dia nanti. cis!

Sunday, June 19, 2011

Bila mereka senyum


Bilamana mereka berdua senyum macam ni, dada yang tengah berombak boleh jadi ada taman. itulah penangan senyuman namanya. last-last kita pun turut tersengeh bagi membalas senyuman. kira senyum ni cara bertegur sapa yang paling mudah. tak perlu membazir air liur untuk berkata-kata, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sesiapa sahaja. peh!


si abang yang suka benar bermain dengan bantal-bantal dan kusyen-kusyen. jap je aku kemas, lepas tu dia buat pondok-pondok semula. bila nak marah, dia senyum macam ni terus boleh jadi u-turn.adeh!



si adik yang baru belajar nak senyum. apa yang buat dia geli hati aku pun tak tau. kalau dia tgk maharajalawak ni boleh terbahak-bahak dia ketawa ni. haha

Friday, June 17, 2011

Kembali bersinar

Semenjak dua ni, aku dah jarang amik port dengan blog aku ni. bukan sudah hilang minat atau apa, cuma akhir-akhirnya kesibukkan menguasai jadual harianku. ada macam-macam benda nak dibuat. dengan journalnya, writing paper, jaga anak dan segala macam lagi. kalau aku listkan kat sini, berjela-jela jadinya. tapi hari ni aku gagahkan juga menulis di sini. bukan apa, takut jugak bulan 6 lopong takde entry. hahaha!



kadang-kadang bukan mudah nak selalu update blog ni. kalau kemalasan menguasai, bersawangla jawabnya. tapi hari ni, aku menemui sinar untuk kembali separa aktif berblogging ni :)

© aku, dia & lensa
Maira Gall