Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengintai dari tirai jendela

Posted by afzan On Sunday, May 22, 2011 16 comments



Ni la jadinya kalau dah duduk sorang-sorang ni. serba-serbi tak menjadi. mati kutu dibuatnya. duduk salah, baring salah, tgk tv serba tak kena! dulu paling tidak boleh jugak bawak bergusti dengan rizmi. sekarang intai jela apa-apa yang patut. jangan kena cop stalker sudah.



Godek-godek photoshop last-last jadik macam ni.adeh! takpe org puteh kabor ini ART.

**p/s: rindu kamu bertiga :)

Cumulonimbus

Posted by afzan On Friday, May 20, 2011 17 comments


Dalam perjalanan pulang dari kampung tempoh hari, sempat lagi aku menembak gambar awan cummulonimbus ini. dan sangkaan aku memang tepat, sampai je kat yong peng hujan turun bagai nak rak. ribut petir toksah ceritala. aku suspek inila awan pembawa hujan lebat tu.

**p/s: semenjak dua ni aku memang kerap balik kampung. maklumla orang-orang tersayang ada jauh nun di sana. itu pasal aku jarang benar membuka blog sekarang ni. traveling je dah ambil satu hari. dah tu camne? hahaha :)

Melompat biar tinggi

Posted by afzan On Sunday, May 08, 2011 20 comments



Kadang-kadang (ceh kadang-kadang lagi..!!) kita tak boleh melawan hukum alam ni. tapi kita boleh eksploitasikannya untuk pembangunan diri. peh sejak dua menjak ni, ayat-ayat berciri motivasi asyik keluar je ni. apa ke hal ni?

**p/s: dulu ummie pernah request soh buat gambar lompat-lompat. nah ini dia, walaupun lambat tapi better late than never, ye dak?
*** credits to adek si panas punggung kerana sudi melompat-lompat di situ. jangan kata gua tak belanja lu makan kfc hari tu!hahaha..

Haifa Nur Hana

Posted by afzan On Friday, May 06, 2011 34 comments



Sepertimana yang aku war-warkan sebelum ni (haifa teaser), buat pertama kalinya gambar puteri pertama kami dipertontonkan kepada ramai - "tipula buat pertama kali, yang kat facebook tu amenda?" . actually kat fb tu bukan kerja aku, itu kerja wife aku. hahaha..! kini sudah cukup sepasang. ramai yang kata muka haifa sebijik macam rizmi masa baby-baby dulu. welcome sayang, semoga menjadi anak yang solehah dan cerdik pandai. amin...


**p/s: nampak gaya footnote kat bawah tu kenala tukar, ye dak?


Rizmi 3 tahun sudah

Posted by afzan On Monday, May 02, 2011 27 comments



Ragam rizmi sepanjang tiga tahun. kalau fikir-fikir balik memang banyak suka-duka yang ditempuhi sepanjang 3 tahun ni. selamat ulang tahun ke-3 sayangku :)