Thursday, March 31, 2011

The Reaper



Dulu masa kecik-kecik kalau nampak makhluk macam ni mencirit lari. tapi budak sekarang, rileks je. siap nak pergi dekat lagi tengok apa bendanya. nak kata berani tidak jugak, tapi aku syak mereka buat-buat berani je kot. nak dipanjangkan cerita, selepas aku tengok sequels scary movie, terus aku nak tergelak tengok hantu-hantu yang macam ni. tak ganas langsung, ceh!

Sunday, March 27, 2011

Handy Rizmi



Masuk kelas kemahiran hidup bersama rizmi memang tidak rugi. sebab segala bab-bab pertukangan boleh serahkan kepada dia. dia memang into dengan benda-benda macam ni. tengokla tu, tak toleh belakang. punya khusysuk dia menyiapkan kerusinya.



Ah dah penat guna manual kita guna screwdriver automatik pulak. senang dan mudah. tekan je, takyah penat-penat nak pulas macam sebelum ni. ni kerusi bila nak siap ni? dari tadi sampai sekarang tak siap-siap lagi.


*p/s: tengok gambar ni teringat pulak kena buat projek bangku kayu masa kelas kemahiran hidup dulu-dulu. seronok memang seronok. tapi tak syoknya, bila bangku dah siap dan try dok atas dia boleh pulak collapse! cis, tak kukuh sungguh!


Wednesday, March 23, 2011

Budak Nuklear



Ini sebabnya aku suka tengok kartun jepun. penuh dengan messages dan analogy yang mudah difahami. harap nuclear boy tidak sakit perut lagi! :)

*p/s: terima kasih "doktor-doktor" kerana bertungkus-lumus untuk menyelamatkan budak nuklear dari melepaskan "poo"nya!

Sunday, March 20, 2011

Super Moon



Peh, tak sangka semalam aku berjaya mengambil gambar super moon dengan hanya menggunakan kit lens. actually super moon ni adalah fenomena di mana bulan kelihatan sangat besar dan dekat dengan bumi. cuba bayangkan kalau ada teleconverter ke paling tidak lens 200mm, memang jerawat2 kat bulan tu dapat kita tengok dengan jelas.


*p/s: aku mengaku, aku membuat kesilapan yang besar semalam. sebab aku tembak bulan je instead of jadikan bulan itu sebagai background dan pokok-pokok atau rumah sebagai foreground. kalau tidak, memang kita akan dapat lihat betapa besarnya bulan semalam. cis! terpaksa tunggu lagi 20 tahun untuk tembak super moon seterusnya. last seen in 1993. ayark!


Tuesday, March 15, 2011

Ketika malam berlabuh



Aku bertuah sebab pada masa ini kamera ada di tangan dan aku dapat merakam keindahan warna-warni langit senja. walaupun kat windscreen kereta agak comot di situ, tapi tak mengapa janji dapat kaler senja petang, itu dah lebih dari cukup sebenarnya :)


Saturday, March 12, 2011

Bahaya Tsunami


Berikutan Jepun digegar gempa bumi yang kuat pada skalar 8.8 Richter petang semalam dan amaran tsunami telah di keluarkan oleh beberapa buah negara. walaupun Malaysia tidak disenaraikan dalam kawasan yang menerima tempiasan tsunami kali ini, tapi langkah berjaga-jaga kena ambil juga. precaution org puteh kabor.



ni baru ombak satu kaki tinggi. cuba bayangkan kalau empat meter tinggi. tak terkucil dibuatnya? dasyat!
harap-harap tsunami kali ni tidakla sedasyat macam 2004 lepas.




dinasihatkan tidak bermain & berada di gigi-gigi pantai pada waktu-waktu begini. takpe, sekejap cuma. bila semuanya dah reda bolehla pergi pantai semula ye dak? tgk gambo ni teringat pula iklan raya petronas: ombak jahat!


*p/s: peh selang sehari aku post entry kali ni. kalau tidak nak hantar seminggu 3 posting pun payah. takpe, special entry la katakan. sesekali nak jugak melibatkan diri dalam khidmat masyarakat, ye dak?


Friday, March 11, 2011

Contest: JANGAN pandang kamera!


Aku tak pernah join contest atau giveaway, tapi tetiba je kali ni terasa nak join. bukan apa, saja-saja suka. paling tidak boleh juga tambah bilangan entry. ye dak? contest di anjurkan oleh dyanzjha semperna besdaynya. hepi belated besday! syarat-syarat bolehla refer kat sini atau klik banner di bawah.



contest dateline: 15 march 2011. sempat lagi ni.



ok, ni gambar yang aku nak pertandingkan. memang kena pada temanya tak pandang kamera langsung. actually aku dah pernah up gambar ni sebelum ni. tapi disebabkan rata-rata gambar aku semua pandang kamera terpaksala di recycle :)


dah joined kenala tag 3 orang pulak: nanato, tikaleh & adek sudah besar, you have been tagged. jangan buat-buat tak nampak pulak!

Wednesday, March 09, 2011

Kami di ganyang di Gayang Seafood


Petang itu selepas penat merayau-rayau di Ranau barang seketika kami mengambil kata putus untuk pulang saja ke KK. pelan asal hendak pergi ke Poring Hot Spring & Sabah Tea Garden terpaksa terkubur begitu sahaja atas alasan penat menempuh perjalanan. bukan apa walaupun jaraknya cuma dalam 30km dari pekan Ranau tetapi dengan jalan yang seperti ular kena palu telah melemahkan semangat kami. lagi pun masa tu rizmi ikut sekali dan dia baru je genap 2 tahun, tak sanggup aku melihat dia keletihan nanti. maklumla budak-budak, kalau mereka kepenatan bersiap-sediala malam nanti bersengkang mata. haha!

*****

Dalam perjalanan pulang ke kota, kami singgah kat Gayang Seafood. kata orang harga seafood kat sni reasonable dan sedap. alang-alang dah sampai apa kata kita try ye dak? tak cuba tak tahu. so parking lebih kurang, kami pergi ke tempat yang menempatkan aquariums untuk memilih makanan laut yang kami nak. aku serahkan tugas memilih ni kat wife & ajib (adik ipar aku), sebab aku sibuk teman rizmi melihat ikan-ikan yang berenang bebas kat dalam aquarium tu. macam kat Aquaria pulak aku rasa.



ini sayur yang wife aku pilih. mushroom dan sayur bewarna hijau (aku memang tak tahu apa namanya). tapi memang sedap pada mereka yang vegetarian. aku sawi pun tak makan inikan pulak benda alah ni? tapi mushroom memang aku tak tolak tepi.




butter prawn my favorite.  memang satu kerugian kalau tak ambil udang mentega ni. sampai menjilat jari. aku paling minat serabut-serabut butter itu. udang aku kurang sikit, dapat dua tiga ekor dah cukup untuk aku. jenis tak makan lauk banyak macam ini la. rugi! 




Kim Hiong atau nama lain ketam kari. ini wife aku yang pilihkan. memang sedap dan harga dia pun kira jauh lebih murah dari semenanjungla. wife aku & ajib makan ketam ni memang tak toleh belakang. kusyuk je aku tengok. dan sekali lagi aku rugi sebab tak makan banyak ketam ni. maklumla storage tak besar mana. cis!




 kitorang memang kena ganyang dengan ikan kerapu laut putih ni. memang sangat mahal. dekat RM95 jugakla sepinggan ikan itu. maklumla sekilo dalam RM120 kalau tak silap. aku tak tau pun harga ikan tu mahal macam itu sekali, kalau aku tau tobat aku ambil ikan kerapu sangkar je. murah pun murah RM20+/kg je. tapi apa boleh buat ikan dan jadik lauk. telan je la. cis! siapala yang pilih ikan kerapu laut putih ini agaknya? hmm...(menggaru dagu)




kacang sebagai desert selepas makan. walaupun tak mintak memang diorang akan bagi sepinggan. tapi jangan ingat kacang ni free, tup-tup kena cas dalam bil. ayark! dahla kami buat endah tak endah je kacang ni. ingatkan free. cis lagi. hahaha!


kesimpulannya, makanan kat sini memang sedap dan harga memang jauh lagi murah dari kat semenanjung. **tapi kena beringat, jangan salah pilih ikan pulak macam kitorang. kopak poket jadinya. haha! apapapun total masih lagi dalam RM180. yang menyebabkannya harga macam tu semua gara-gara ikan kerapu putih laut tu la. cis!

**p/s: kalau gambar ada sedikit blur dan kurang sharp jangan tanya banyak. masa ni baru first time aku guna kamera gedabak ni. baru keluar dari kotak orang kata. lepas tu lupa nak set auto fokus. ingat dah sharp dari mata kasar, rupanya2 ada jugak yang dull sikit-sikit.ceh!
***p/s: nanato & tikaleh jgn lupa gi sabah taun depan kena makan kat sini. makan sampai gout orang kata. takpe mintak suruh bapak orang tu belanja. takde hal punya. kah kah kah! :)


Monday, March 07, 2011

Lengang



Seminggu-dua ni aku tengok blog ni lengang je. trafik tidak macam selalunya. kini baru aku sedar, semenjak-dua ni aku agak malas untuk update blog. kemalasan memang menyelubungi diri aku. nak buat ayat sebaris dua dah malas, inikan pula seperenggan tiga? mungkin aku perlu lontar jauh-jauh penyakit malas ini, sejauh yang mungkin - ke tasik chini misalnya. aku tak berani janji, tapi aku berharap selepas ini akan ada entry-entry baru yang akan menyusul. banyak karya-karya yang masih pending lagi ni. eceh~~

© aku, dia & lensa
Maira Gall