Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sempadan

Posted by afzan On Friday, February 25, 2011 15 comments



Nun diseberang sana, negara jiran kita sedang memerhati gelagat kehidupan rakyat malaysia. kita menghalang surveillance mereka dengan hanya mengunakan cerucuk-cerucuk besi ini ajakah? ke cerucuk ni digunakan untuk menghalang serangan todak? ha ha ha!




Sebaris cerucuk-cerucuk besi sedang teguh berdiri cuba mempertahankan kedaulatan negara ini. tapi aku syak benda ni gunanya untuk aktiviti penambakan pada asalnya. tengokla jumlah teritip yang menjadi penumpang tegar tu, agak-agak memang dah agak lama la projek mega ni terbengkalai. haish!


p/s: orang kabor tempat ni cantik ambil gambo sunset. nanti aku try test tengok macam mana.

Merenung jauh

Posted by afzan On Tuesday, February 22, 2011 20 comments



Sungguh asyik budak ini melihat air pancuran di depannya. dari raut mukanya tentu dia tengah berfikir bagaimana fenomena air pancut ini terjadi, atau mungkin juga mecongak-congak bilalah dapat terjun dalam kolam ni. apa yang pasti nak ambil gambar candid ni bukanlah semudah yang aku sangkakan. banyak faktor kena ambil kira. silap hari bulan boleh makan kaki. haha!


*p/s: dah berapa entry aku tak post gambar rberorientasikan agam manusia. kadang-kadang rindu jugak nak melihat mimik muka dan karenah mereka. ye dak?

Kehidupan di apartment

Posted by afzan On Saturday, February 19, 2011 18 comments



Sesekali melihat rumah yang mencapai langit macam ni, terngiang-ngiang pulak soalan yang bermain di minda - best ke dok aparment ni? satu ketika dulu memang aku nak sambar rumah macam ni sebijik, tapi di sebabkan orang rumah berkenan rumah yang ada "tanah sendiri" maka terpaksa aku kuburkan saja! senang nak tanam pokok-pokok bunga katanya. sebab ada yard sendiri. - yela "bunga" la sangat, aku senyum nipis.


Ladybird

Posted by afzan On Wednesday, February 16, 2011 21 comments



Ladybird atau dengan nama lain Coccinellidae bukanlah spesis burung sepertimana yang terdapat pada namanya, tetapi tergolong dalam kumpulan kumbang yang mudah ditemui di daun pokok terung. aku masih ingat, semasa kecik-kecik dulu ladybird ni adalah serangga kedua yang aku suka tangkap selain belalang, dan akibatnya tangan berbau busuk dan berwarna kuning. cis!




spesies ladybird ni memang mudah dijumpa kat daun pokok-pokok terung. pada satu pokok terung tu boleh empat lima ekor jugakla yang ada. so no wonderla daun terung banyak berlubang-lubang macam kena bedil M-16. tapi apaadahal, kita makan terung bukan daunnya ye dak? aku masih tercari-cari ladybird bewarna merah, sape tau acer bagi tau sini.


*p/s: semenjak dua ni aku banyak upload gambo binatang, nak jadi zoologi ke apa?

Pukul 9 malam

Posted by afzan On Sunday, February 13, 2011 21 comments



Baru jam 9, malam masih muda lagi. waktu ni kitorang (menunjukkan ramainya orang) baru lepas makan steamboat kat Dataran JB. peh mantap! dalam 4 tahun aku bermastautin kat sini, ini baru first time aku makan steamboat kat sini. apa kes?




Dulu kalau ada function ke, jom heboh ke apa ke mesti akan diorang buat kat Dataran JB ni. tapi semenjak Danga Bay dah beroperasi semuanya dibawak ke sana. tapi bagus jugakla, takdela ambulans terperangkap dalam jammed nak pergi ke HSA dan aku pun senang nak hantar orang rumah gi keje gak!


*p/s: dah dua minggu tak online, punyala seronok bercuti sampai blog pun dah bersawang habis!
**updated: dua tiga ayat telah digubah untuk memperbaiki tatabahasa yang celaru di kala aku posting pagi tadi. punyala lama cuti, sampai nak buat satu ayat pun ambil dua tiga puluh minit!cis!

Cita-cita

Posted by afzan On Tuesday, February 01, 2011 21 comments



Bilamana rizmi mula bermain dengan stethoscope mungkin dia telah memilih kerjayanya di masa hadapan? iskh anak-anak zaman sekarang, tidak macam kita dulu-dulu kalau di tanya oleh cikgu apa cita-cita kamu bila besar, semua pakat-pakat nak jadi askar, polis ataupun cikgu. tapi anak-anak zaman sekarang bila ditanya semua pakat-pakat nak jadi artist? erk, aku berkerut dahi!