Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Air Terjun Kota Tinggi

Posted by afzan On Thursday, January 06, 2011 23 comments

Sepertimana yang aku pernah cerita, aktiviti pertama kitorang tahun 2011 ni ialah pergi berkelah di Air Terjun Kota Tinggi. lepas subuh, aku dan orang rumah bersiap-siap menyediakan juadah bagai untuk berkelah. aku  seperti biasa tugasan aku adalah membuat sandwich manakala wife pulak tung-tang tung-tang menyediakan nasi lemak. nanato dan rizmi masih lagi enak di buaia mimpi.

* * * * *

bersiap lebih kurang, kami bertolak 15 minit sebelum pukul 10. dalam lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya sampai jugak ke tempat nak dituju. terima kasihla kepada GPS handphone ku kerana telah banyak membantu dalam memberikan direksi. tanpanya mungkin aku sesat di ladang kelapa sawit. haha! 

sampai-sampai orang masih tak ramai. bagus! agak terkilan kerana bayaran masuk agak mahal, aku melabur kira-kira RM27.50, RM7.50 untuk dewasa & RM5 untuk parking. tapi takpe, alang-alang dah sampai masuk jela kan. apala sangat RM30 kalau nak banding dengan pengalaman yang bakal rizmi dapat buat pertama kalinya mandi-manda kat air terjun, ye dak? 

atas faktor wife aku yang sedang berbadan dua, kitorang just lepak kat bahagian bawah je, malas nak panjat bukit naik sampai air terjun ke tingkat berapa ntah. dan untuk kali yang keduanya aku terkilan, boleh pulak periuk nasi lemak tertinggal kat rumah. sambal, telur, timun bagai ada, tengok-tengok nasi pulak yang takde. cis! nasib baikla sandwich yang aku buat dapat menampung kelaparan kami yang tidak breakfast pagi tu. ceh!



 sekumpulan geng-geng remaja cina sedang seronok bermain air di situ. memang seronok, tapi tak tahannya batu-batu kat sini licin amat. aku berapa kali tergelincir jatuh.




rizmi memang tak suka mandi kat tempat air yang mencurah laju ni. berapa kali aku ajak dia masuk, dia tak mahu katanya. sedangkan shower dalam bilik air pun dia tak nak, ini kan pula air terjun. ceh!




amoi sedang mengambil gambar pasangannya yang bertenggek di atas batu betul-betul di depan aku, dan pakcik berbaju merah tu pula sibuk mencari gambar menarik agaknya. ah jangan macam-macam, dia ambil gambar anak dia la kat bawah tu. betul aku tak tipu!




memang kami 1Malaysia hari tu. tak kira jenis kulit dan bangsa, semuanya mandi-manda di tempat yang sama. sesekali awek india ni (aku agak kalau tidak singh) sempat menjeling ke arah aku. ceh kan kantoi di situ.




tidak hanya terikat nak mandi air terjun sahaja, sape-sape nak main water sliding ala-ala bukit gambang atau sunway lagoon pun ada. tapi takla segah taman tema air yang aku sebutkan tu :)




nak balik barula aku sempat merakam gambar pintu masuk ke air terjun ni. maka betullah kepada sesiapa yang meneka air terjun kota tinggi pada entry aku sebelum ini. nak hadiah tak, nak? haha.


p/s: kepada sesiapa yang gambarnya ada di sini dan tak mahu aku menyiarkannya, bolehla bagitau. nanti aku turunkan gambar tu. gambar aku dengan keluarga? itu biar kami je yang simpan dan tengok. haha!

23 comments:

ejai_ej said...

banyak dah berubah ek kat situ.. dulu aku ge takde lg tempat water sliding tu..

tp banyak2 mender, yg aku tak bley tahan bab periok nasik tinggal?? hkahkahkahka.. kelako derr... sampai melelh air mata aku tahan gelak.. hahahha...

Izan Ishak said...

alahai camnelah boleh tertinggal periuk nasi lemak tu. seb baik ada sandwich...

tak pernah lagi sampai sini. mcm tak berani nak bawak anak2 pegi air terjun. selalu bawak pi pantai2 je~

afzan said...

ejai: oo yeke? aku first time datang situ. ada berapa tingkat semuanya eh? aku yakin ko mesti panjat sampai tingkat atas punya. maklumla waktu tu bujang lagi

afzan said...

izan: itu kena tanya mem besar yang buat nasi lemak. last-last balik dari air terjun semua ketar perut carik nasi lemak! haha!

tgk tempat jugak, ada air terjun yang dia buat khas untuk budak-budak

Red Apple said...

seronoknya if dapat pergi. Da lame tak pergi even umah saya dekat jer. :)

nadzirah aqilah said...

waaaaa.... betol kan.. mahal nak masuk sana.. saya pun sebenarnya lepas dah berbayar tak pernah pergi.. cuma lepak kat desaru je.. freee.. hahaha.. en. afzan.. cantik gambar! saya suka.. hehehe

errr... ada hadiah ke jwb betol? hahaha

NOOR FATIN said...

tak penah sampai lagi..waa.. mesti best. tgk gambar pn dapt rasa best!

Hafizuddin Jasmi said...

kali terakhir pergi masa darjah 4..
after pndah negeri sembilan,dah lupe camne rupe air terjun tu..hehehe..

white rose said...

teruja aku tngok pic first tu...
ramainya lelaki, seksi2 belaka...

naseb baik kau blurr kan...
kalo tak, aku duk tengok lama2 & puas2...

miahahaha...

GATAL plak telinga aku nih...

kalau aku ade kat dalam gambar tu, aku buat pose paling seksi ala2 angelina jolie...

i am S!L4H.. said...

haaa klua dh gmba air terjun pkcik yg cun2..ahahah
aritu intro je erh???ngeee

eh pkcik tnye ke yg teka btol tu??nak2.....haha

ejai_ej said...

hahahha.. aku ge mmg time bujang.. time tu ge ngan budak2 klas aku.. kitaorg ge atas skali.. tp igt baper tingkay.. pt yg aku igt tempat tu ader net. die dah tak bagi org ge lagi atas. hahahhaha

adrenalina said...

cerita pasal tertinggal periuk nasi lemak tuh lawak2x...hahaha... tapi gambar tetap mantop!!! suka gmbar air terjun yg ada awek menjeling tuh

iKhRam said...

bestnyer..
rasa nak g la kat johor.. nak mandi air terjun kota tinggi
hahaha..

anyss said...

Salam,
Cantik!!!!!! pandainya amik gambar

mesti best berendam situ... sejukkkkk!

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

NuSaNa NoSa 91 said...

wooo~ bestnya.. jeles2.. bila la dpt gi kt sana.. T__T

afzan said...

Red Apple: pergi seronok, nak masuk dalam tu kurang seronok. banyak kena kuar duit. haha!

nadzirah: yup, lepas ni layan desaru pulak. eh, pesta layang-layang kat pasir gudang bila eh?

afzan said...

white rose: cikgu, tolong agak-agak ye. haha! siap nak berposing bagai. agak2 boleh femes cam cikgu shida tak?

ejai: ada net? itu memang tahap tingkat yang paling tinggi tu.

afzan said...

adrenalina: nak buat macam mana, buat muka kelatla jawabnya. haha. takpe, morale of the story: upon leaving make sure, segala juadah bagai telah dimasuk dal boot kereta :)

misz beauty said...

best nya air terjun... beauty suka... teringin nak gi sana... insyaAllah one day akan sampai...;-)

sarah abadan said...

last time pergi air terjun kota tingi tahun 2003...dah lama tak pergi sana even hometown saye kat kota tinggi..kehkehkeh

cik nur said...

cantek sgt sune gambar dekat blog nie sssuuukkkaaa:)

Shatra said...

Iar terjun ni mmg best di potretkan.n saya suka foto 3rd tu..power siot...

afzan said...

beauty: mana-mana air terjun pun best. give a try :)

sarah: balik kg nanti mesti teringin nak pergi semula ye dak?