Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Bulan!

Posted by afzan On Friday, January 28, 2011 31 comments



Bila sebut nama bulan, mesti teringat lagu nyanyian yuna - Oh bulan! bukan apa, minggu lepas sedang aku nak masukkan kereta dalam car porch, aku terpesona dengan keindahan bulan malam tu, bulan penuh orang panggil. 2 hari lepas tu, on the way gi tesco bulan nampak besar, macam sangat dekat dengan bumi. tapi apakan daya, aku takde kamera pada ketika itu. kalau tak tak payah aku bersusah payah crop untuk dapat size sebesar ni.cis!


Barang Antik

Posted by afzan On Wednesday, January 26, 2011 18 comments



Dulu kalau nak menjerang air, memang berpeluh jugakla. kena hidupkan api dan sediakan kayu api bagai. tapi sekarang, letak air dalam cerek, petik suis dapur dan tunggu sampai cerek berbunyi - ini pun boleh dikira cara lama jugak. cara paling baru bukak pili terus minum. apaadahal ye dak?




aku pernah merasa hidup bercahayakan lampu minyak tanah ni. dulu lebih dikenali dengan panggilan lampu ayam. aku tak pasti mengapa orang dulu-dulu memanggilnya dengan nama sedemikian rupa. mungkin lampu ini sesuai untuk memanaskan ayam-ayam di dalam reban agaknya. apa yang pasti kita memerlukan skill yang tinggi untuk menyalakan lampu ini. bukan calang-calang boleh buat :)




aku pasti orang dah tak berapa nak pakai mentol lampu berwarna kuning ni. bukan sahaja menggunakan tenaga elektrik yang tinggi, malah penggunaanya pun tak berapa baik untuk situasi membaca buku. orang sekarang lebih suka guna lampu pendaflour sebab cahayanya putih. jimat pun jimat ye dak? kalau nak romatik apa salahnya guna lampu macam ni :P

Kisah Belalang

Posted by afzan On Saturday, January 22, 2011 26 comments


aku bukan nak bercerita panjang atau apa, cuma dulu masa kecik-kecik aku memang suka menangkap belalang ni. tak kirala spesies belalang kunyit, atau belalang yang kecik-kecik tu (x tahu nama). tangkap, lepas tu buang kaki tunjang dia nah mereka dah tak boleh melompat lagi. memang kejam! tapi kalau suruh aku tangkap belalang tempur aku surrender awal-awal :)


p/s: sudah agak lama aku tak update, aku semakin sibuk dengan rutin seharian dan koleksi gambar pun dah lama tak tambah-tambah. tak boleh tidak kena tambah gambar baru boleh buat entry baru ye dak?

Bearded Dragons

Posted by afzan On Sunday, January 16, 2011 15 comments



Bearded dragon atau dalam bahasa melayunya "naga berjambang" adalah spesis cicak yang berasal dari hutan kering di australia. spesis cicak ini dikatakan antara spesis cicak yang sangat hebat memanjat. tapi mereka tidakla ada kuasa supernatural sepertimana cicak-man - boleh buat backward & forward. haha!




mungkin disebabkan kulit-kulit yang seakan jambang dibawah dagunya maka mereka menggelarkannya naga berjambang. sekali tengok adala iras-iras naga dalam cerita Merlin tapi naga tu ada sayap dan agak segak juga. sapa tak pernah tengok cerita ni, baik kamu tengok di tv3, sekarang dah masuk musim ke-3.

Dulu & Kini

Posted by afzan On Thursday, January 13, 2011 48 comments

Pada entry yang lepas, aku ada menceritakan tentang betapa kentalnya rizmi memotong rambut tanpa perlu aku menemaninya lagi di kerusi. kini beban yang aku pikul sudah menjadi ringan. tidak perlu aku bersusah payah memegang kaki-tangan-kepala rizmi semata-mata untuk bergunting, tidak sepertimana sebelumnya. namun entry kali ini bukanlah hendak menceritakan keberanian dia duduk berguting sorang-sorang, tapi aku hanya ingin melakukan sedikit survey, barangkali :)



Dulu, rizmi memang kerap berambut panjang. dengan rambutnya menutupi dahi adalah fesyen yang sinonim bagi kanak-kanak yang sebaya dengannya. bukan apa, takkanla kecik-kecik dah pandai belah tengah ye dak? kalau belah tepi nampak skema pula nanti. ulat buku orang panggil. walaupun rizmi membaca pun tak reti lagi. hahaha!




Kini, rizmi tampil dengan fesyen terbaru. orang di luar menamakan rambut ala beckham, tapi aku prefer tores. bagi aku zaman beckham dak berakhir dan tidak releven lagi untuk diceritakan pada tahun 2011 ini. yang pasti, aku memang tak berapa berkenan kalau rizmi menyimpan ekor macam sesetengah kanak-kanak lelaki zaman sekarang

Ok, survey bermula. sapa yang suka DULU dan sapa yang prefer KINI. cast your vote now :P

Rizmi sudah besar!

Posted by afzan On Tuesday, January 11, 2011 28 comments


pejam celik pejam celik tak sangka rizmi sudah besar. dulu bukan main payah kalau nak potongkan rambut dia. siap berpegang bagai. tapi sekarang, dia dah boleh duduk atas kerusi sendiri. aku senyum nipis - BANGGA!

KEPADA WARGA JOHOR SELAMAT BERCUTI HARI NI :)
 

Birdies

Posted by afzan On Sunday, January 09, 2011 26 comments


burung-burung ni tengah asyik membersihkan diri masing-masing. tidak menghiraukan keadaan sekeliling. yang penting mereka perlu nampak segak demi para pengunjung




aku datang pada  waktu silap ke? semuanya pakat-pakat takmo pandang kamera. cis!




yang ini pun sama. membelakangi aku. tak boleh jadi ni, aku mesti bertindak mencari gambar muka burung. tidak boleh tidak.




finally, here he goes. you really make my day. aku berjaya juga merakam gambar burung yang sedang memandang kamera. agak-agak boleh jadi model churchurp tak? kaler dah hampir sama, jambul pun ada.

p/s: sebenarnya aku takde idea nak post apa. mungkin ini dapat mengembirakan para pembaca tegar blog ni. terima kasih :)

Air Terjun Kota Tinggi

Posted by afzan On Thursday, January 06, 2011 23 comments

Sepertimana yang aku pernah cerita, aktiviti pertama kitorang tahun 2011 ni ialah pergi berkelah di Air Terjun Kota Tinggi. lepas subuh, aku dan orang rumah bersiap-siap menyediakan juadah bagai untuk berkelah. aku  seperti biasa tugasan aku adalah membuat sandwich manakala wife pulak tung-tang tung-tang menyediakan nasi lemak. nanato dan rizmi masih lagi enak di buaia mimpi.

* * * * *

bersiap lebih kurang, kami bertolak 15 minit sebelum pukul 10. dalam lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya sampai jugak ke tempat nak dituju. terima kasihla kepada GPS handphone ku kerana telah banyak membantu dalam memberikan direksi. tanpanya mungkin aku sesat di ladang kelapa sawit. haha! 

sampai-sampai orang masih tak ramai. bagus! agak terkilan kerana bayaran masuk agak mahal, aku melabur kira-kira RM27.50, RM7.50 untuk dewasa & RM5 untuk parking. tapi takpe, alang-alang dah sampai masuk jela kan. apala sangat RM30 kalau nak banding dengan pengalaman yang bakal rizmi dapat buat pertama kalinya mandi-manda kat air terjun, ye dak? 

atas faktor wife aku yang sedang berbadan dua, kitorang just lepak kat bahagian bawah je, malas nak panjat bukit naik sampai air terjun ke tingkat berapa ntah. dan untuk kali yang keduanya aku terkilan, boleh pulak periuk nasi lemak tertinggal kat rumah. sambal, telur, timun bagai ada, tengok-tengok nasi pulak yang takde. cis! nasib baikla sandwich yang aku buat dapat menampung kelaparan kami yang tidak breakfast pagi tu. ceh!



 sekumpulan geng-geng remaja cina sedang seronok bermain air di situ. memang seronok, tapi tak tahannya batu-batu kat sini licin amat. aku berapa kali tergelincir jatuh.




rizmi memang tak suka mandi kat tempat air yang mencurah laju ni. berapa kali aku ajak dia masuk, dia tak mahu katanya. sedangkan shower dalam bilik air pun dia tak nak, ini kan pula air terjun. ceh!




amoi sedang mengambil gambar pasangannya yang bertenggek di atas batu betul-betul di depan aku, dan pakcik berbaju merah tu pula sibuk mencari gambar menarik agaknya. ah jangan macam-macam, dia ambil gambar anak dia la kat bawah tu. betul aku tak tipu!




memang kami 1Malaysia hari tu. tak kira jenis kulit dan bangsa, semuanya mandi-manda di tempat yang sama. sesekali awek india ni (aku agak kalau tidak singh) sempat menjeling ke arah aku. ceh kan kantoi di situ.




tidak hanya terikat nak mandi air terjun sahaja, sape-sape nak main water sliding ala-ala bukit gambang atau sunway lagoon pun ada. tapi takla segah taman tema air yang aku sebutkan tu :)




nak balik barula aku sempat merakam gambar pintu masuk ke air terjun ni. maka betullah kepada sesiapa yang meneka air terjun kota tinggi pada entry aku sebelum ini. nak hadiah tak, nak? haha.


p/s: kepada sesiapa yang gambarnya ada di sini dan tak mahu aku menyiarkannya, bolehla bagitau. nanti aku turunkan gambar tu. gambar aku dengan keluarga? itu biar kami je yang simpan dan tengok. haha!

93? - Penangan buku biru!

Posted by afzan On Tuesday, January 04, 2011 25 comments


No aku : 2130, currently serving : 2037! pehh, kalau congak-congak, dekat seratus jugak ni depan aku. ni la penangan buku biru dalam kata lain ASB pada awal-awal tahun ni. semua pakat-pakat nak update buku tengok berapa dapat. kalau bukan kerana aku nak bayar bill kad kredit yang due 2 hari lagi, memang dah lama aku blah. tapi apakan daya, aku PASRAH! memang aku membazir sebahagian hidup aku hari ini. ceh!

p/s: amboih senyum nampak, taula dapat banyak dividen tahun ni. paling kurang sebulan gaji ye dak?

Aktiviti pertama 2011

Posted by afzan On Sunday, January 02, 2011 24 comments




Tahun baru kali ni aku tak berkesempatan nak ambil gambar bungan api. bukan apa, malam di ambang tahun baru tu aku hanya berada di rumah bersama keluarga. lagi syok begitu dari berasak-asak di tempat orang yang ramai. apa-apapun, hari esoknya aku memulakan aktiviti pertama 2011 dengan berkelah di air terjun. haha! air terjun mana? cuba teka, mana tau betul. jawapannya di entry akan datang :)

SELAMAT TAHUN BARU 2011