Friday, December 17, 2010

Warna-warna si rama-rama

Alang-alang dah sampai melaka, apa kata singgah sebentar kat taman rama-rama. manala taukan boleh jumpa rajah brooke ke, bolehla gebang sikit-sebanyak kat orang kampung. bukan apa, dah banyak tempat aku pergi: cameron, gunung kinabalau, kuala lumpur, etc tapi tak tersempat-sempat nak masuk tengok rama-rama. terkilan jugakla sikit-sikit sebab tak dapat tengok spesies paling berwarna-warni dalam dunia ni - dalam jarak dekat & banyak misalnya.



aik belum apa-apa lagi dah penat ke? macam mana tak penat, baru balik dari merewang kat taman buaya. tu yang kena ambil nafas lebih sikit tu. tenaga breakfast pagi tadi dah habis digunapakai agaknya




jangan tanya aku ini spesies apa, sebab ini bukan bidang aku. yang aku tau, dalam banyak-banyak dialah yang paling besar sekali saiznya. mungkin dia boleh dikategori dalam golongan raja kot




baru aku tau, rupanya bukan senang nak tangkap gambar rama-rama. yela nama pun bintang, sekejap terbang sana sekejap hinggap sini - tak reti nak diam. nasib baik tahap kesabaran aku agak tinggi juga hari itu, credits to rizmi sebab dia tak buat hal nak berdukung :)




yang ni aku suka tengok warnanya, garang dan berbelang-belang macam harimau. ni kalau corak ni dicetak pada baju kelawar, aku yakin pasti ramai wanita-wanita di luar sana akan membelinya. aaauummm!




satu kepuasan kalau dapat ambil gambar ketika sayapnya sedang kembang. barula kita dapat menikmati corak dan warna yang tercetak atas sayapnya. walaupun nampak agak polcadot tapi masih menawan!




agak kecewa kerana tak banyak spesies rama-rama yang aku jumpa. asyik-asyik kaler hitam hitam dan hitam lagi. yang rare memang langsung tak jumpa. nasib baikla taman ni ada jugak memperlihatkan binatang-binatang reptilia lain sebagai hiburan.

p/s: harga tiket: RM8 (dewasa), RM5 (kanak-kanak), RM3 (video/camera)

32 comments

me3rma said...

susah nak tembak..tapi hasil cantek..ho3

afzan said...

terima kasih cikgu :)
tapi kalau lens 50mm ada kat tangan, berbokeh rama2 la kita yek?

Meooo Comicore Club said...

cantiknye gambr :D

kakrose said...

rama-rama..semua orang suka.tapi sayang..hidupnya tak lama..

Zeanne said...

butterflies!i loikeeeeeee!hehe

yangyuyu said...

cantiknya...eh ini bukan guna 50mm ke bro?

Puan Besar Shag Yahaya said...

Wahh~ Chun lah shoot semua! Kiki :D Satu kepuasan bila dapat shoot rama rama dgn chun! :D

Entri Baru :
TDBC - Day Three ;)

putrasharif@gmail.com said...

tengok bftrly yg cantik2

No name said...

yang tengok pun rasa puas.. bila nmpak pic cantik mcm nie...

N A N a t O said...

waaa...speechless..T___T

afzan said...

yangyuyu: tak ini guna kit lens je. tetiba haritu gatai tangan pulak tukar lens.hehe. mungkin atas faktor nak zooming kot

afzan said...

kakyon: macam pernah ku nyanyi je lagu rama-rama ni. mungkin di tadika agaknya :)

ej said...

hoh.. cooooooollllll!!! steady la bro.. ko dapat bayangkan tak kalo ko ader macro, pastu ko tembak kat mata die ke, sesungut die ker? aduh.. meleleh air liur aku rasanya dah nih..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

cantikkk..

pernah snap lebah hinggap di bunga masa di CH bbrapa bulan lepas..


suka sangat gambar tu..

afzan said...

nanato: eh bukan kamu suka cakap ke tapi kurang tulis. so how?

afzan said...

lizzie: kepuasan mata memandang ye dak? anyway, thanks for compliments

afzan said...

ejai: aku cuba bayangkan, yang aku tau kalaula ada macro di tangan, memang aku tembak sesungut dia. itu aku berani jamin!

Noor Fatin said...

takot rama2 :(

haidi takeAfoto said...

salam..lawa bro..bile nak menurun ilmu ni bro..hehe

nak menuntut ni..gmbr sume cun2 ni...

iKhRam said...

hai mr afzan..
bebas manusia tak mungkin sama bebas si rama2.. sebab itu berunutng dijadikan sebagai manusia walaupun kulit tidak berwarna bercorak seperti rerama..

seperti biasa, pujian terhadapa gambar yg sungguh2 mengkagumkan.. teruskan mencari gambar2 yg menarik dan menjadi halwa mata..

teruskan k? selamat maju jaya dan sampaikan salam ikhram kepada adik rizmi yg comel tu..

yang benar,
ikhram

http://bilaorangnogoroceloteh.blogspot.com

afzan said...

fatin: takut? macam rizmi je. asyik-asyik .."kakut".. bila rama2 terbang kat dia. hehe

Ellen said...

wah..cantiknya rama2 ni..akak suka sangat..hehe

afzan said...

kak rin: apa lagi boleh dah upload gambo lebah tu. share anak beranak tengok :)

afzan said...

haidi: nak menuntut. cari gua dulu bro, gua baru boleh menuntut dengan aman tanpa hingar bingar kota :)

afzan said...

kak ellen, shatra & shag: thanks :)

Unknown said...

hASIl yg menarik....
tahniah :)

Sakinah said...

gojes la u punya picca!!!

dayah SnoW Heuka said...

cantik sgt2 heee

afzan said...

kin: ingatkan gajus tadi, terkedu aku seketika :)

Anonymous said...

ni mmg superb cantek ni!...la mane gamba buaye??? haiwan kesyangan tu

afzan said...

nadey: buaya? buaya kat taman buaya tu ke? sabar nadey sabar :P

TRUE LOVE PHOTOGRAPHY said...

semua cantik-cantik!!

© aku, dia & lensa
Maira Gall