Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cahaya malam

Posted by afzan On Saturday, December 04, 2010 8 comments

Tik tok tik tok, dah masuk bulan disember. cepat sungguh masa berlalu, tanpa kita sedari tup-tup dah hujung bulan. tak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru - awal muharam, bukan 1 january je tahun baru :P hujjung-hujung tahun ni a.k.a cuti sekolah mesti banyak kenduri kahwin sani sana-sini sampai tak terkejar nak pergi mana satu. apa relevennya hujung tahun ni dengan tajuk entry kali ini? jawapannya - tidak! cuma hari ni dalam tengah tunggu org pasang kabinet, mengarang seperenggan dua tidak menjadi masalah kan? paling tidak dapat juga mengasah bakat membuat karangan yang telah lama aku tinggalkan, kali terakhir masa aku form 5 dulu. itupun sebab ada subjek penulisan. 



waktu malam adalah waktu yang paling leceh untuk mengambil gambar especially kepada yang suka ambil gambar tak pakai flash macam aku - ini membuktikan yang aku bukannya flasher! :) yela nak beli flash-gun masih tak mampu. haha.. banyak aspek yang kita kena ambil peduli - shutter, iso dan aperture misalnya



oho, begini rupanya sumber cahaya tu. barula tau ambil kat mana. sapela yang beli lampu dinding macam ni. aku tengok macam tak efisyen je dari sengi lighting distribution kat situ :) 
 
p/s: keadaan terlalu bising dengan bunyi drilling yang amat menganggu frekuensi pendengaran manusia normal seperti aku. cis!

8 comments:

Jamiel said...

hu3..
x pakai flash..
tapi gambo steady..

afzan said...

jamiel: tangan pun kena steady gak.. ketaq skit terus hilang mood gambar. haha

iKhRam said...

penah blaja masa sem 4 tntg kamera.. tp sebab tak minat, baca unutk exam jer.. tp ada kelebihan juga klau tau perkara2 mcm nie.. teruskan usaha dalam minat nie.. apapun gambar mr afzan tak pernah mengecewakan..

teruskan k?

adrenalina said...

kalau mlm biasenya nak pakai iso,shutter n aperture yg mcm mana?cantik gambar!!!

afzan said...

adrenalina: bergantung kepada apa yang kita nak capture. misalnya;

untuk capture moving object, better guna shutter yang tinggi & iso yang tinggi jugak (tapi ada grainy la pada gambar). f kecil (aperture besar), so gambar tak blur nanti disebabkan movement tu

untuk stationary object: shutter rendah, iso rendah & f tak kisah nak besar atau kecil :)

Cikbelog said...

bila terbaca perkataan shutter,aperture terus jadik stress sebab trauma dengan exam. Bukan senang rupanya nak jawab soalan berkaitan kamera kalau tak expert. hee


nice pic :)

afzan said...

cikbelog: eh sekarang dah ada subject pasal kamera ke kat university? sbb tak pernah tau pun ada. at least bila dah blaja, adala idea sikit kan?

p/s: aku hanya belajar melalui internet :(

Nazirul said...

gila semua gambar.nice!