Sunday, December 26, 2010

Bata? ceh!

"Bata? kah kah kah. takde jenama lain ke?", mesti ramai yang mentertawakan korang bilamana korang membeli kasut, sandal, selipar atau seumpanya di bata. sekarang tidak lagi, sebab Bata bukanlah satu jenama kasta rendah yang boleh dipandang enteng pada si pemakainya. namanya setaraf dengan jenama-jenama elite yang lain - aku tak mahu sebut, aku pasti korang boleh namakan.
Bata di asaskan oleh Tomáš Baťa pada tahun 1894 di Zlin kini lebih dikenali sebagai Czech Republic. pada asalnya, pasukan tentera memakai kasut ini sebagai kasut  rasmi ketenreraan mungkin disebabkan atas dasar kualiti yang baik yang mampu menyerap bunyi semasa berjalan. patutla bila aku memakai kasut bata je, kadar bunyi tapak kaki aku semasa berjalan kurang beberapa decibel. setelah perang dunia pertama meletus, jenama bata semakin berkembang dan menjadi satu jenama terkenal sebagai pengeluar kasut antarabangsa dan  ia semakin menular ke seantero dunia sehingga ke hari ini. ok cukup, aku takmo cerita banyak tentang sejarah yang lain-lain korang boleh baca di link yang aku berikan kat atas :)



lepas ni bilamana ada orang sindir korang pakai kasut bata, korang senyum sinis kat diorang dan biarkan mereka terpinga-pinga kenapa. hanya orang yang celik sejarah tahu dari mana asal-usulnya :)


p/s: aku pada awalnya mati-mati ingatkan bata jenama kita. batu-bata mungkin! ceh..~~

29 comments

Mohd Firdaus said...

hahhaha..ingatkan jenama malaysia..rupa2nye bukan..

nelisainhawasams said...

whhooaaa!!!

bgusnya!

afzan said...

firdaus: same goes here. dari kecik sampai skang bata melekat di kaki. jenama lain? boleh tolak tepi!

afzan said...

ain: lain macam je terkejutnya? pasni blh pegi beli, tgh sale lagi ni

ain said...

hehe.. baru taw sejarah bata cane.. hehe. ain xkesa pon psl brand kasut... pape jela. cap ayam pon xpe jnji cantik n ain suke. trs je beli. xpena tgk brand pon kekadang. haha

white rose said...

tu laa...

kena blajar sejarah2 kasut ni...

cap CAPAL pun bukan made in malay...apatahlagi CAP SELIPAR JEPUN, dah sah2nye dari jepun...


p/s: awat? tak suke dengan nyaahh ka?

Anonymous said...

ha a la..bru tau..ngeee~
dulu2 layan bata..skg......msuk kdai die pon x dh..ish3
*batu-bata je la pkcik..hehehh

Misz-ella said...

kwn sya kata BATA stnd for Buy and throw away. Apa da ....

iKhRam said...

ada orang beli kasut tgok pada jenama
ada orang beli kasut tengok pada harga
ada orang beli kasut tgok pada warna
ada orang beli kasut tengok pada tapaknya..

saya membeli kasut tengok pada rupa..
kalau ada yang runcing2 di depannya.. itulah yang saya puja..

BATA
untuk pilihan kasut ke kuliah
atau ke sekolah
yer.. saya pilih bata..
sebab berpatutan
selesa
dan mudah disarungkan..
senang bila nak kejar budak yang bermasalah.. buat jahat kepada saya..
tak perlu risau dengan mesalah kasut pecah..
sebab kalau rosak, beli kasut yg lagi satu
sebab harganya murah..
tp semua kasut bata masih lg sihat
dan boleh berbakti sehingga bakal guru muda ini menjadi guru yang realiti


yang benar
ikhram

afzan said...

ain: yup, begitulah al-kisahnya. tula kasut ni jenama tak terkenal pun kadang-kadang kualiti dia tip top gak

afzan said...

white rose: selipar jepun tak best. selipar bintil-bintil jugak yang menjadi pujaan hati

afzan said...

kakchik: iskh, takpe dia suka kasut mahal2 nak buat camne kan? aku dari dulu layan bata. yang penting selesa

afzan said...

ikhram: kadang-kadang rupa cantik tapi finishing dalam agak hampeh tak selesa nak pakai. apa yang penting kena tgk kaki jugak. jgn jadi org perempuan kebanyakkan beli kasut atas dasar cantik. last2 dalam stor je duduknya

aDfeez said...

nice pic!!! it tells everything :D

eVy-D-YaNa said...

uh, bata mmg best...skrg pn mmg pakai bata sbb selesa..heee~ ;)


Talk of A Soul

N A N a t O said...

sekali baca..ingat kan batu bata td...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

laaa... baru ku tau...

hisssh kalau ada warehouse sale BATA ni, kReen tak lepaskan peluang..

dari selipar, sandal & kasut sekolah memang murah !

Mr.TN_SkY said...

uuu...bata!

adrenalina said...

baru tau jugak rupanya BATA ada sejarah dengan perang lagi...n mmg ingat jenama M'sia jugak. dari kecik masa skolah..hinggalah dah kerja skarang mmg suka pakai kasut Bata...sbb selesa!!! (ish dpt aper2 komisen tak sbb tlg iklankan?hahah)

misz beauty said...

selipar jepun bata kan best buat basahan... tak salah pun guna bata... jenama sejak dulu...=)

afzan said...

adrenalina: takde komisyen pun. just buat suka-suka. kalau bata sponsor kasut untuk tahun baru ni cara jugak. voucher pun jadi!

afzan said...

evy-d-yana: selesa di kaki dan tidak lupa di poket juga. :)

afzan said...

kak reen: aisheh lepas ni target bata la eh untuk anak2 gi sekolah

nanato: batu bata ok jugak, boleh buat tambah bahagian belakang rumah

EIGHT IS SAMANIAH said...

mak eden suka bonar pakai kasut bata..eden pakai kasut pasar malam je..huhu~sadisss

Ain Shdn said...

haha. ingatkan batu bata tadi. cakaplah selipar bata . aah! selipar bata memang tahan lama. :)

afzan said...

samaniah: bini eden pon sama. sekapal la kita yek?

afzan said...

bulat: yola selipar bata. batu bata tu benda lain. kalau boleh di pakai kat kaki, memang bagus untuk orang menhidap kencing manis. takdela kena paku karat nanti

deem said...

gila!!baru ku tau yg bata bkn jenama malaysia.thnx for tis blog.hehehe.anyway saya memang suka beli kasut/sandal bata.selesa dan thn lasak.cuma ia cepat rosak sebab hari2 aku pakai mcm takda kasut lain.esok nk g beli kasut bata :)

afzan said...

deem: satu cara nak bagi selipar bata tahan lama - gi bawak jumpa cobbler kasik jahit tepi dulu. aku selalu buat macam tu :)

© aku, dia & lensa
Maira Gall