Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daun Bambu

Posted by afzan On Thursday, November 11, 2010 18 comments

Petang semalam aku memulakan operasi pencarian daun bambu selepas disyorkan oleh kebanyakkan rakan-rakan blogger dalam mengubati chicken pox yang menyerang rizmi - thanks kepada kalian semua atas tips-tips yang diberikan dan doa yang tidak putus-putus agar rizmi cepat sembuh, sangat hargainya!

bertemankan nanato yang agak arif dan tahu selok-belok daun bambu ni beserta gambar di tangan yang di google, kami pun menuju ke arah utm. aku tau di sana banyak pokok-pokok yang di tanam, mungkin salah satunya pokok bambu. setelah meredah dari satu kolej ke kolej yang lain akhirnya kami bejaya jumpa dengan pokok bambu.mission accomplished!



macam ni daun bambu rupanya, harap dapat menjadi rujukan untuk sesiapa sahaja di kemudian hari. lepas ni aku dah tau mana port baik punya nak cari daun ni : )




rizmi menunjukkan daun yang bakal digunakan untuk mengubat chicken poxnya. ada orang tumbuk daun ini dengan beras untuk dijadikan bedak, ada yang rendam dan mandi dengan airnya. aku pilih option pertama.


p/s: kelakarnya, rizmi tidak suka daun ini disapukan pada badannya. "eeiiiii yekkk...!!", rizmi menjerit sambil berlari-lari. geli agaknya. aku dan mommy hanya mampu ketawa melihat telatahnya! : )

18 comments:

Webmaster@Echam said...

Kesian ke Rizmi. Semoga cepat sembuh...

Jamiel said...

Hope ia berkesan dan dia cepat sembuh..

Fuziani JSR said...

Semoga cepat sembuh....

afzan said...

Echam & Fuziani: thanks, harap-harap macam tu la. minggu depan dah nak beraya ye dak? takut tak dapat banyak duit raya je. aisheh raya haji mana ada org bagi duit raya

afzan said...

Jamiel: Alhamdulillah, kudis cacarnya dah hampir kering. ada dua tiga lagi yg masih berair

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga cepat sembuh...sian sayang aunty ni

N A N a t O said...

cepat babik dedek..nasib baik la sy kena itu daun bambu kan..

Nafisa81 said...

kat utm??kat kolej mana?pokoknyer besar cam pokok kayu kann..

AngahSayang2314 said...

la kesian dia kena cik kem pop yer... moga cepat2 sembuh

afzan said...

lydia: thanks aunty lydia, bolehla bawak ole2 dari doha :)

afzan said...

nanato: thanks ya! esok gudluck in your mtest. apa sangatla mtest tu. kata dah study buku published by mok soon sang

afzan said...

nafisa: kat KDSE kalau tak silap. belakang cafe. yup pokok dia ala-ala pokok kayu. org utm gak ke?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalau cari di rumah orang india..gerenti ada pokok ni.

banyak khasiat tau! Ubat gigi pun dah ada guna daun bambu @ semambu @ neem nih.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sebenarnya masa tengah gatal, sebelum pecah memang elok digaru-garu guna daun ni.


baunya ...tak syedap..

afzan said...

kak rin: yup rumah org india banyak, sacred katanya pokok ni :)

Sara Mysara said...

insya Allah,,,,

AngahSayang2314 said...

rizmi dah sihat ke???

afzan said...

angah: alhamdulillah, rizmi dah sihat :) boleh beraya sakan org kata