Tuesday, November 30, 2010

Sand painting


daddy, rizmi & mommy - sama-sama memerlukan. kalau takde kerak-kerak pasir di situ, agak-agak mesti korang ingat aku dah buat vandalism. yela menconteng di semen yang tidak kering. tapi apakan daya itu hanyalah pasir semata-mata!




oohh, rupanya se kecil ini yang buat mural ni. tapi bukan di dinding bangunan, itu tak baik orang tua kabor! rizmi kamu memang ada art, sesuai dengan nama kamu Rafael Khwarizmi Rizq : ) supposedly kenala jadi pakar matematik bukan?

Friday, November 26, 2010

The art of strumming



tidak semua orang pandai bermain guitar, hanya segelintir sahaja yang mampu mengalunkan melodi indah. aku misalnya memang fail dalam instrument tali seperti ini. tangan agak kekok untuk merencanakan chords. cis!



walaupun string kekurangan satu, tapi apaadahal! asal boleh memainkan lagu "anda rasa gembira" itu sudah lebih dari cukup :)

Wednesday, November 24, 2010

Viewing the horizon


sekali tengok boleh buat kisah epik-chenta macam ni. satu yang tidak faham mengapa ada sponsor pada payung tu. adeh! ahh mereka memang pandai belakon. credit to rizmi & nanato :)

Monday, November 22, 2010

Bilamana kami berkumpul

fuh, genap seminggu aku menyepi tanpa berita - bukan merajuk atau apa cuma sibuk berhari raya. walaupun aidiladha tidak segah mana, namun pulang ke kampung sudah menjadi satu kemestian, tradisi orang kata. waktu-waktu macam ni boleh berhimpun beramai-ramai ye tak? paling tidak pun dapat melihat sendiri bagaimana lembu atau kerbau dikorbankan, ayam? - ahh sudah acap kali. dah tak rare!


  
dulu raya puasa tak sempat nak berposing sakan. nah sekarangla waktunya



dua jejaka yang masih bujang trang tang tang. availability? kurang pasti tapi yang pastinya sorang itu masih single.




kami tetap dengan tema purplish-maroon, recycle dari raya puasa lepas. ahh, baju masih elok ntah-ntah masih boleh digunapakai raya tahun depan : )




aksi senyap di depan lensa. ni memang gaya favorite rizmi buat masa ni. abang baju biru tu tak puas hati ke apa? cover sikit aircond tu.




masih kekurangan satu family di situ. tak dapat cuti dengarnya. tapi takpe raya taun depan insyaAllah ada sessi lagi. p/s: rizmi cuba membulatkan matanya : )

Thursday, November 11, 2010

Daun Bambu

Petang semalam aku memulakan operasi pencarian daun bambu selepas disyorkan oleh kebanyakkan rakan-rakan blogger dalam mengubati chicken pox yang menyerang rizmi - thanks kepada kalian semua atas tips-tips yang diberikan dan doa yang tidak putus-putus agar rizmi cepat sembuh, sangat hargainya!

bertemankan nanato yang agak arif dan tahu selok-belok daun bambu ni beserta gambar di tangan yang di google, kami pun menuju ke arah utm. aku tau di sana banyak pokok-pokok yang di tanam, mungkin salah satunya pokok bambu. setelah meredah dari satu kolej ke kolej yang lain akhirnya kami bejaya jumpa dengan pokok bambu.mission accomplished!



macam ni daun bambu rupanya, harap dapat menjadi rujukan untuk sesiapa sahaja di kemudian hari. lepas ni aku dah tau mana port baik punya nak cari daun ni : )




rizmi menunjukkan daun yang bakal digunakan untuk mengubat chicken poxnya. ada orang tumbuk daun ini dengan beras untuk dijadikan bedak, ada yang rendam dan mandi dengan airnya. aku pilih option pertama.


p/s: kelakarnya, rizmi tidak suka daun ini disapukan pada badannya. "eeiiiii yekkk...!!", rizmi menjerit sambil berlari-lari. geli agaknya. aku dan mommy hanya mampu ketawa melihat telatahnya! : )

Tuesday, November 09, 2010

Kesian Rizmi..

Masuk hari ni dah genap 3 hari rizmi kena cacar air, orang putih panggil chicken pox. dan dalam masa 3 hari ni juga rizmi tidak berselera untuk makan. kesian melihatnya, dia lebih banyak menghabiskan masa berbaring tidak seaktif sebelumnya. paling aktif pun mengajak aku bermain gusti-gusti. itu memang favorite rizmi! 

setiap hari rizmi akan mengadu, "ma,ma,ma cakiit..", "aduii, cakitnyaa..", "ciaann cakiitt..". aku berdoa semoga rizmi cepat sembuh dan ceria seperti sebelumnya.



Rizmi sedang melayan kartun di youtube. budak zaman sekarang selain disney channel, nickelodeon, ceria kini youtube pula menjadi tempat hiburan mereka melihat kartun. calamine lotion kelihatan di segenap ceruk badan rizmi




rizmi lena diulit mimpi selepas kerap bangun di tengah malam kerana kegatalan. setiap malam pasti begitu. moga-moga dia cepat sembuh, paling tidak sebelum raya

p/s: sesiapa ada petua regarding chicken pox bolehla dikongsi di sini. selain pantang makan & minum air kelapa apa lagi ye?

Monday, November 08, 2010

Warna malam Diwali


tunggu punya tunggu punya tunggu, orang bakar bunga api tak muncul-muncul. adeh!




lepas jam 12.00 tengah malam barula diorang start menconteng langit. cis, macam menyambut merdekala pulak lepas countdown baru orang bakar! buat penat aku tunggu seawal isyak!




asap dah menyelubungi segenap pelusuk troposphere. mungkin ini adalah salah satu punca jerebu melanda negara baru-baru ni ye dak? hahaha.

Thursday, November 04, 2010

Rizmi berbaju tidur



setiap kali pulang dari taska pada sebelah petangnya, pastinya rizmi sudah bersiap-siap dengan baju tidonya. harap-harap dia tidak berlari ke sana-sini kelak bajunya perlu ditukar kerana berbau peluh : )
dah besar rizmi sekarang ni dan sudah pandai beraksi di depan lensa!

p/s: rambut sudah panjang, minggu ni kita pergi gunting. raya kenala rambut kemas ye dak?

Wednesday, November 03, 2010

Bienvenue à Paris!


Bonjour...! wah tajuk dah gempak, ingatkan betulla dah sampai paris last-last eiffel tower miniature je. ceh buang karan je, ye dak? wife aku dah sampai, aku & rizmi bila lagi? harap-harap kami akan sampai jugak kat sini satu hari nanti. mana tahan tengok gambo je! :P

Monday, November 01, 2010

Kuala Lipis bandar bersejarah


sebut je kuala lipis, memang batu ni jadi semacam tanda kemasyhuran lipis itu sebenarnya. kalau batu bersurat famous di terengganu, lipis pula terkenal dengan batu tanda 0km ini. sampaikan mat salleh pun dok berebut nak bergambar tepi batu ni



macam mana tidak digelar bandar bersejarah, tengokla masjid jamek ini kukuh berdiri semenjak 1888 dan masih diguna-pakai. masih teringat kecik-kecik dulu aku berulang-alik belajar mengaji di sini : )




istana hinggap, jangan tanya aku apa ada di dalam sebabnya aku pun tak pernah masuk lagi. nak cuit pagar pun tak berani inikan pula nak menapak ke dalamnya. aku taknak cari pasal!




nadi bandar kuala lipis dulu, kini dan selamanya. kalau takde pejabat pos ni takde maknanya kad-kad hari raya korang akan sampai kat destinasi yang tertera. itu dulula, sekarang dah canggih - pakai e-mail & sms! tapi kalau nak renew roadtax ngan lesen sure datang sini lagi ye dak?




bangunan tm tu bukan bangunan lama, sekadar selingan je tu. tapi transmission tower tu memang dari aku lahir dah terpacak kat situ, sejak zaman RTM lagi.
© aku, dia & lensa
Maira Gall