Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keindahan pulau

Posted by afzan On Saturday, October 30, 2010 20 comments


sesekali bercuti ke pulau dengan keluarga dapat juga menghilangkan stress. namun jangan pula pergi ke pulau pinang itu lain pula ceritanya.




tak dapat tengok penyu sebenar, penyu pasir pun jadilah. thanks to brother mat salleh ni sebab semangat dia menghasilkan penyu tu. memang art!




memang seronok dapat bercuti di sini, selain udara yang segar & air yang crystal clear mat saleh kata; dapat juga buat snorkeling melihat keindahan hidupan marin. tapi aku agak menyesal sebab tak boleh snorkeling, sape nak jaga rizmi ye dak?


p/s: sebenarnya banyak lagi nak tunjuk tapi sikit-sikit sudahla. nanti takde pulak gambar untuk entry yang mendatang :)

Rizmi dan Spongebob

Posted by afzan On Thursday, October 28, 2010 32 comments


ini yang membuatkan aku naik marah bilamana tengok tv dalam jarak dekat. tak bagi tukar channel satu hal, pagi petang siang malam terpaksa melayan disney channel, ceria, nickelodeon paling tidak cartoon network. nampaknya kena beli tv yang boleh sangkut kat dinding lepas ni, baru boleh menjamin kesihatan mata rizmi dalam jangka panjang ye dak? aku taknak bertambah seorang lagi ahli rumah yang pakai kanta mata, adeh!

Kisah si sibur-sibur!

Posted by afzan On Tuesday, October 26, 2010 22 comments


ni masa aku mula-mula dapat kamera. tak reti lagi apa itu shutter, aperture, iso mahupun depth of field. itu tak termasuk dengan rule of third lagi : ) kira main ambil je untuk kepuasan diri. sekarang bolehla sikit-sikit tapi kena asah lagi

Lunch di Tanah Rata

Posted by afzan On Saturday, October 23, 2010 15 comments

sambungan...

Sudah penat mengutip daun teh, kami mula bersiap-siap untuk mendaki lebih atas lagi. misi kami hari itu bukanlah untuk mengeteh semata-mata, tapi ingin berjumpa dengan family akakku yang nun berada di kulim. rendezvous kami adalah di tanah rata. mengeteh itu hanya aktiviti sampingan orang kata. 

* * * * *

dingin, memang dingin! tengah hari tu tanah rata dilitupi dengan kabus yang tebal. bulu roma aku dah menegak naik untuk memerangkap haba walaupun tidak sebnyak mana. aku mula menyesal kerana tidak membawa jaket hari itu. ini semua gara-gara kawanku yang mengatakan cameron tidak sedingin dulu. cis pedooh betul!



aku dah cakap, memang sejuk. tengokla semua pakat peluk tubuh menahan kesejukan. rizmi je maintain, dengan jacket tebal sambil exercise tangan bermain handphone, apa lagi nak?



wah sungguh romantik mereka berdua, walaupun sudah hampir 32 tahun berumahtangga namun kehangatan cinta masih terserlah. ini yang kita mahu : )




rizmi masih belum jemu exercise jari nampaknya. sangat kusyuk bermain game. takpe yang penting dia tidak berlari ke sana sini, itu memang memenatkan!




sekali pandang macam tugu pun ada. apa yang penting gaya kaki itu memang tidak boleh blah! hahaha! tangan semestinya ada ferrari kegemaran.


dah lama menunggu, akhirnya family akakku sampai. masa itu, tanah rata sedang bermandikan hujan! ahhh, makin sejuk rasanya. memang tahap gigil. semua orang berpeluk tubuh dan menyumpah tak bawak jaket. mulut pun dah mengeluarkan asap kepal-kepal bila bercakap. tunggu masa nak jadi air batu je. perut dah mengeluarkan lagu keroncong, menandakan waktu lunch sudah tiba. harap-harap gulai lemak ayam kampung bolehla memanaskan badan yang tengah menggigil ni, cis!



mereka sudah tiba! sampai-sampai terus makan nasik. memang enak makan nasi beramai-ramai bersama keluarga. nasi seperiuk boleh habis :P




 tengokla belakang tu, hujan dan kabus menurunkan suhu yang sedia ada dingin. memang lepas ni kalau datang lagi kena bawa jacket. tidak boleh tidak!




kakak, kalau dengan kaki ayam memang tidak dapat dipisahkan. feveret dia katanya! berlemi je mulut makan ayam kampung gulai lemak.


bersambung....
p/s: ceh bersambungla pulak. ingatkan dah habis. cis!

Mengisi masa lapang

Posted by afzan On Thursday, October 21, 2010 24 comments


Begitu asyik mereka bermain catur sehinggakan tidak sedar dua orang awek sedang memerhati gelagat mereka. inilah cara yang sesuai untuk mengisi masa lapang, tidak hanya dengan melepak tidak tentu arah :)
 

Tingkat-tingkat awan

Posted by afzan On Tuesday, October 19, 2010 20 comments


Bukan mangkuk tingkat je boleh bertingkat-tingkat, awan pun mampu bertingkat kalau kena pada caranya : )

Pagi yang keemasan

Posted by afzan On Monday, October 18, 2010 10 comments

Jam dah menunjukkan pukul 6.45pagi. kebiasaannya waktu-waktu begini aku dah mula memanaskan enjin kereta demi menghantar wife tersayang pergi kerja. tapi pagi itu agak lewat sedikit. aku dah berkira-kira mesti kereta dah membanjiri jalan. aku kurang selesa driving dalam keadaan sesak ni, sebab ia betul-betul menguji kesabaran!

pagi tu agak lain, cerah semacam je. walaupun masih awal, tapi langit sudah keemas-emasan. tanpa berlengah aku keluarkan handphone - bukan nak menelefon atau apa, cuma untuk merakam gambar pagi itu. cis!


jarang dapat melihat suasana bergini di awal-awal pagi. mungkinkah aku bertuah pagi itu?




kantoi nampak kekotoran dekat windshield di situ. takpe, suasana pagi tu yang penting. lain-lain aku tak ambil peduli

Rizmi melangkah ke zoo lipis

Posted by afzan On Saturday, October 16, 2010 9 comments

Last entry aku ada bercerita tentang zoo lipis, tapi tak sempatla pulak nak upload gambar pada entry tu. yela entry tu pung pang pung pang aku citer pasal zoo last-last gambo pasal rumah lama kat bukit bius. tu yang tak syok sikit tu. takpe entry kali ni, aku janji tiada gambar pasal rumah lama tu lagi :)

* * * * *

Tiket dah di bayar, RM2 satu kepala. "murah juga, ni kalau bawak satu kampung pun tak ada hal", bisik aku. takpe kita masuk dulu tengok apa yang ada kat dalam. rizmi dah tak sabar-sabar berlari ke sana ke mari. punyala hepi, dapat tengok haiwan katanya! selalunya kalau kat utm, tak ikan talapia, rusa. dua haiwan  tu je yang dia dapat tengok dengan jarak dekat. ada juga haiwan lain yang dia tengok pada jarak dekat, tapi kat channel animal planetla. mana syok, tak boleh pegang-pegang. tak real!

cis! tak banyak mana pun haiwan. adala beruang, rusa, seladang, merak, monyet, memerang, arnab, buaya, helang, burung-burung, pygmy marmoset dan lain-lain (kalau list sampai sudah tak habis cerita). tapi berbaloila dengan RM2 yang di bayar. apa yang penting, dapat tengok kepuasan rizmi melihat & belajar mengenai haiwan-haiwan di sekelilingnya. itu sudah cukup!



aik, belum apa-apa dah duduk ke kak? penat kot sebab kena kejar rizmi ke sana ke mari. bukan tau duduk diam anak bertuah tu




tengokla, dari satu sangkar ke sangkar lain di berlari. memang tak menang kaki macam ni. walaupun kami berempat (aku, mommy, nanto & adek dah besar) tapi masih belum cukup kuat untuk melawan kederat rizmi yang satu!




melihat haiwan dengan jarak yang dekat. kali ini rizmi mampu di kawal. mungkin dia sudah penat agaknya. ataupun mungkin dapat "upah" dari ibunya tadi. haha




dalam banyak-banyak zoo, zoo ini yang sangat unik. kena panjat bukit yang maha tinggi. memang semput lepas ni.  p/s: dalam banyak-banyak gambar baru sekali aku interframe itupun gambo belakang je. cis!




mereka bertiga sangat kacip! kacip fatimah tak boleh merapat macam ini sekali




aku tak bedooh bukan. memang kat lipis ada zoo dan inilah buktinya!

Outing bertiga sangat asyik!

Posted by afzan On Wednesday, October 13, 2010 10 comments

Roti gardenia masih banyak lagi yang tidak luak. expired date pun dah sampai hari itu - kalau buat breakfast pagi esok boleh mendatangkan cirit-birit. dengan cepat aku memberi pendapat, "jom bawak rizmi bagi makan ikan!". orang rumah aku mengangguk malas tanda setuju. mungkin terkilan sebab tak dapat tengok drama Chinta petang itu. "ala, bukan best pun. asyik-asyik mati je siapa yang rapat dengan Chinta", aku bagi alasan, ringkas dan padat.

sebaik sahaja sampai pintu gerbang UTM, rizmi mula senyum sampai telinga. macam dia tahu arah ke mana yang kami nak tuju. lepas rizmi angkat tangan pada pak guard lebih kurang, kami pun terus menuju ke tasik utm - port kami bertiga selalu menghabiskan masa bersama bilamana ada kelapangan dan ada roti yang tak habis di makan.



roti dah ada di tangan, ikan dah menanti di bawah sana. apalagi, mulakan operasi cepat. tengokla mereka berdua, bertapa gembiranya dapat bagi makan ikan. jelas terpampang kegembiraan di wajah mereka!




amboih, sempat lagi ye makan goreng pisang! rizmi masih lagi asyik melayan kawan-kawan ikannya




bilamana roti sudah habis di tangan, inilah masanya rizmi berposing di depan kamera. chewaahh!!





ok, waktu untuk pulang. nanti-nanti kita datang lagi.

Jaya kini dalam sejarah

Posted by afzan On Monday, October 11, 2010 9 comments




 Suatu ketika dahulu, Jaya bergitu sinonim sebagai pusat membeli-belah ternama di pahang barat seperti lipis, jerantut, raub dan bentong - bentong aku tidak berapa pasti! tapi apa yang pasti kini nama itu hanya tinggal kenangan dan telah diganti dengan pasaraya aktif yang tidak seberapa aktif!
p/s: jaya dan jaya jusco adalah dua nama yang tidak bersangkut paut antara satu sama lain




sekali tengok macam iklan ubat nyamuk pun ada! adek dah besar tak pernah jemu menjadi bahan ujikaji aku dalam mencari panorama yang menarik. thanks mate!

Ngeteh di Cameron

Posted by afzan On Friday, October 08, 2010 20 comments


"Dah lambat ni", bisik akau sebaik mengerling jam di tangan yang memperlihatkan angka 8:22 pagi. orang sekarang dah kurang pakai jam analog, rata-rata pakai digital. bukan malas atau tak reti tengok jarum jam, tapi lebih tepat, cepat dan modern kata mereka. sekali tengok dah tau pukul berapa. tidaklah terkial-kial membaca jarum jam panjang dan pendek. aku tidak terkecuali, namun aku masih mengetengahkan sentimental lama dengan membeli jam yang mempunyai fungsi analog dan digital sekali gus!

Bunyi motor yamaha sport 2 (lebih dikenali sebagai CAY) mula memasuki perkarangan rumah kuning. kelihatan nanato tersengeh menandakan misinya untuk mengikut kami ke Cameron Highland pagi itu sukses selepas berjaya meminta  day-off dari guru besar sekolah tempatnya mengajar. apa alasan yang diberinya aku pun tak pasti. yang pastinya dia berdo'oh je  lebih! cis..!




amboi punyala jauh gi ngeteh sampai naik ke cameron. taula sejam je perjalanan dari lepih, janganla aok "ek" sangat!




brrrrr.. sejuk bukan main sini. nyesal pulak rasanya tak bawak jaket. cis! tengok kabus kat belakang pun dah tahu berapa suhunya




dua orang pekerja tengah gusar menunggu shift nak pergi memetik daun teh. tak sabor dah tu lagaknya!




shift dah bermula. cargas... cargas..! baik-baik kak, licin je jalan tu, kang tergolek terus hilang dalam daun-daun teh tu




macamla tak nampak siapa di sebalik rimbunan daun-daun teh tu ye dak? takpe, satu percubaan yang agak baik dari model ladang teh kita




nun menghijau daun teh di lereng-lereng bukit. kalau kutip jual kat kedai runcit berapa kira agaknya?




lepas penat mengutip daun teh apa kata kita pekena secawan teh dulu. tapi jangan dok gatai pulak nak merasa masala tea, lain benor rasanya! akibatnya, angin tak henti-henti keluar nanti




 dah lama menunggu, akhirnya rizmi muncul juga. yela tadi masa kitorang dok berkinja kat ladang teh dia boleh plak tido. so terpaksa tinggal dengan atuk dalam kereta :) amboi mommy kita sorang ni hepi lebih nampak


bersambung....


Rumah lama di Bukit Bius

Posted by afzan On Wednesday, October 06, 2010 7 comments

Setiap kali aku pulang beraya ke kuala lipis, tidak sah rasanya kalau tidak pergi ke mini zoo kuala lipis. termasuk kali ni, dah dua kali raya berturut-turut kami beraya berhari raya kat mini zoo itu. nak kata happening & banyak binatang - tak sebanyak mana pun, boleh di kira dengan jari berapa ekor. namapun mini zoo ye dak? mungkin ada sesuatu yang menarik kami berkunjung ke sana.

tapi entry kali ini aku bukanlah nak cerita pasal zoo ni. aku bukannya channel national geographic nak cerita pasal binatang ye dak? aku cuma nak highlightkan PM 1Malaysia kita di lahirkan kat kampung aku ni. bukan apa, on the way (mat saleh kata) ke mini zoo, aku lalu kat bekas rumah SUK ni. jadi dah alang-alang aku ambil beberapa keping gambar. tak sangkala pulak PM pernah dok kat sini. wah makin glamer lipis ni. dulu orang tak kenal pun mana letaknya. dulu, kalau tanya lipis kat mana semua pakat buat muka ketat. tapi lepas datuk siti meletup, terus nama lipis senang nak cari dalam peta Malaysia. chewahh!



Dekat sini la PM 1Malaysia kita dibesarkan sebelum berpindah ke Pekan. amboi adek dah besar daring lebih nampak!




amboi siap buat pantun 4 kerat lagi, bagi sesiapa yang tak jelas pantun berbunyi : "anak lipis dewasa di pekan, turunan waris pemimpin ternama, alhamdulillah syukur kita lafazkan, satu malaysia rakyat diutama". ni bodek ke apa? haha




senibina agak klasik jelas terpapar unsur-unsur british-melayu. mana tidaknya, bangunan ini sudah berusia 90 tahun, memang klasik!


p/s: tiada unsur-unsur politik dalam entry ini, jangan salah faham!aku cuma nak highlightkan kesenian senibina, itu sahaja. :)

Menikmati keindahan alam

Posted by afzan On Sunday, October 03, 2010 12 comments


ambil gambar berlatar belakangkan gunung paling tinggi di Malaysia memang sangat asyik. tapi tidaklah seasyik sepertimana berada di puncaknya



jika berjalan janganla asyik medongak! sesekali kena pandang ke bumi juga. tidakla terjelepok akibat tersandung akar pokok