Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senja di Putrajaya

Posted by afzan On Wednesday, September 01, 2010 8 comments

Kepala pening, tekak kering, hidung berair. dekat nak raya ni kesihatan aku sedikit terjejas. mungkin ini penangan perubahan cuaca yang tak menentu agaknya. yela sekejap hujan sekejap panas. dan dalam dua hari ni aku sedikit perlahan untuk online - takde mood orang kata. tapi aku gagahkan untuk update blog walaupun sesekali aku terbatuk "leking-leking" bunyinya.

Lets pictures do the talking:


sampai putrajaya agak petang jugala, biasala kalau gi putrajaya tak lepak kat dataran tak sah orang kabo. dapatla amik bangunan perdana putra ni buat kenangan



alang-alang dah ada kat dataran, amik gambo masjid putrajaya pulak. tapi tak masuk dalam pun, sebab badan berpeluh-peluh kejar rizmi kat dataran



hari semakin gelap, lepak pulak melihat keunikan masjid besi. cantik jugak designnya!



bangunan apa pun aku tak cam, tapi dekat-dekat ngan area masjid besi gakla



senja makin berlabuh, kelihatan langit berwarna keemas-emasan. dulu masa aku kecik-kecik kalau senja-senja ni mak aku tak bagi dok luar rumah, sebab setan berkeliaran katanya. tu kaler langit jadik merah tu. haha. orang dulu-dulu memang banyak pantang larang. nak tergelak pun ada bila teringat balik.


ahhh sudah.. batuk makin menjadi-jadi, tekak makin gatal. kalau ada strepsils pun cara gakni.  idea-idea pun dah makin menipis, mana taknya tengah ada idea pastu leking-leking barang tiga empat kali, terus terlupa. aku ingat stop sini dulula..

bersambung...

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

bulan ni senja takpe main luar..
setan kena ikat daaa...


hehe..


p/s cantik gambar senja tu ! saya xpandai main dgn iso lah; full auto jek..

MRS. K said...

singgah jab...

cantik gilak gambo2 kat sini

afzan said...

thanks kak azrina & Mrs K

kak azrina: rugila ada kamera mahal guna auto je. hehe. takpe try je apa2 yang patut. tapi teknik blur tu (amik gambar muffin & kuih) dah mantap!

kakngah said...

cantik nya gambar..
pndai shoot!

N A N a t O said...

mantap la u nih...ajar i skit boleh?

afzan said...

kakngah: thanks.. bolehla skit2. still in learning process

nanato: boleh, balik raya ni bersiap sedia

~najwa~ said...

gambar cantik..yg last THE BEST!!

afzan said...

masih ada sambungannya najwa. tunggu~~
anyway, thanks :)