Thursday, September 30, 2010

Kata mesti kota!

Hari ini genap empat hari mommy rizmi meninggalkan kami (aku & rizmi) di rumah, berikutan menghadiri khursus di sungai petani. sepeninggalannya, kesihatan rizmi tidak seberapa baik - demam pada dua hari pertama. dan aku dengan tabah berjaga malam melayan kerenah rizmi yang asyik merengek takala gering. berkat doa dan kesabaran, akhirnya rizmi mampu melakarkan senyuman dan kembali aktif pada hari ketiga. dan sepertimana yang dijanjikan, aku sepertimana ayah-ayah yang lain mengotakan janji untuk membawa rizmi pergi beri ikan makan pada petangnya. padan muka aku, itulah berjanji sangat!


selepas aktiviti memberi ikan makan, kami berjogging untuk mengeluarkan peluh petang itu. tengokla kaki seluar yang disingkatkan, memang betul-betul jogging ni!



ahh sudah, dah melekat pulak kat tiang lampu tu. nampak senyuman yang terukir di raut wajah selepas janjinya telah di kotakan



taraa~~ inilah tempatnya kami selalu mengadakan aktiviti bagi ikan makan. dah ada nama rupanya tempat ni! aku ingatkan tasik talapia pada awalnya :)



mereka asyik bergambar nampaknya. berbekalkan sejambak bunga konvo di tangan.ini baru art namanya


p/s: petang ini kami akan menyambut kepulangan orang tercinta pulang ke rumah. selamat pulang, kami rindu sangat pada kamu! :)

Tuesday, September 28, 2010

Malam di Putrajaya

sambungan..

entry kali ni ada sambungan dari entry sebelumnya - senja di Putrajaya. kalau ada senja tentula ada malamnya. ye dak? tapi takdela malam sangat. dalam jam 8 lebih sikit je. tak elok bawak anak kecik (rizmi dalam kes ni) keluar malam-malam - pesan orang tua-tuala. aku masih ingat segala pesan nenek moyang aku sehingga kini. tapi kali ini boleh dikecualikan sebab nenek & atuk ikut sekali. haha!


jalan masih lengang. waktu-waktu macam ni tak ramai lagi yang keluar. aku syak dalam jam 9 lebih mesti penuh orang kat sini beraksi di depan lensa




dalam perjalanan pulang sempat lagi berhenti ambil gambar masjid putrajaya bilamana malam. masa senja manala ada lampu warna warni cenggini. :)



macam kenal je gambar ni. masakan tidak, gambar ni pernah sneak peek masa entry salam lebaran tempoh hari. kira dah basila eh untuk entry kali ni. alahai!



disebabkan aku tidak membawa tripod malam itu, maka hasil yang aku dapat kurang memuaskan. mana boleh orang yang normal seperti aku ini pegang kamera selama 5saat tanpa ketar ye dak?

Saturday, September 25, 2010

Anak-anak Aidilfitri

Hari ni genap setengah bulan kita menyambut aidilfitri & sudah 16 hari jugakla kita boleh makan siang - itupun bagi sesiapa yang masih belum sempat berpuasa enam.Raya ke-16 aku syak ramai yang hanya tinggal serdak kuih raya je. maklumla hari-hari orang datang beraya mengalahkan artis glamornya. haha. nasib baikla dua hari lepas dah masuk gaji, boleh jugakla buat beli kacang-kacang ngan air gas untuk jamu tetamu lepas ni. 

aku masih lagi dalam mood raya. tu pasal entry kali ni masih berbaur raya lagi. rayakan sebulan, jadik kita sambut sebaik mungkin. raya ke-2 petang aku mula berangkat pulang ke kampung halamanku kat lipis. sampai kat rumah kuning, atuk & nenek dah tak sabar-sabar nak main ngan rizmi. keesokkan harinya kitorang pun memulakan edisi beraya ke rumah sedara mara terdekat. banyak gakla umah yang kitorang pergi. kira berkepuk jugakla poket rizmi ngan duit raya.

kat lipis rizmi tiada pilihan kawan, tidak sepertimana jengka - hanya dua orang sepupu perempuan yang boleh dibuat teman! kiranya rizmi cucu sulung lelaki di rumah kuning! amboi main dengan aweks tu. yang selebihnya rizmi banyak meluangkan masa bersama mak & bapak sedara bujangnya - acu, ayah teh, umi na & umi de.


 tiga sekawan yang tidak berapa nak kawan. hanya rizmi & kakak je sangat kacip. kuding boleh tolak tepi! nota kaki, dari kiri: rizmi, kakak & kuding



rizmi & kakak memang tidak boleh dipisahkan. kuding? kesian membawa diri!



mereke cuba membuat ala-ala gaya peace! tengokla tangan sorang-sorang masih rigid dengan posture jari masing-masing, terutamanya rizmi! alahai anak bapak..



siapa berlari paling laju? yang pastinya kuding setiasa berada di tempat terakhir. rizmi toksah cakapla memang jaguh bab-bab lumba lari ni.



penat berlari kita buat gaya-gaya comel sikit. ironiknya, jika mereka bergambar bertiga, rizmi memang tidak boleh duduk di sebelah kuding. mereka berdua memang tak ngam! terpaksala kakak menjadi orang tengah.



umi na & acu tidak mahu ketinggalan bergambar bersama. ni apa kes anak-anak di tinggalkan di belakang? kang hilang dalam celah-celah pokok tu.



gaya angkat tangan ke udara. menandakan sekejap lagi kami ingin pulang ke rumah kuning. cukupla edisi untuk kali ini :)

Monday, September 20, 2010

Pagi raya di perantauan

Chewah..tajuk dah gempak. ingat betulla beraya kat oversea. last-last over the bridge je.cis! hahaha. ayat mula kenala gempak, first impression tu penting orang kata. tapi memang betul pun, tak tipu. raya tahun ni memang beraya kat perantauan - kampung wife. sistem gilir le katakan. barula adil dan saksama. tahun depan kampung keh pulok (aceh.. tetiba je keluar loghat lepih!)

disebabkan aku hari ni malas nak pungpang-pungpang lebih-lebih, ni aku tunjukkan sedikit sebanyak kenangan beraya di kampung bini aku.


tu dia anak buah aku. ni tak termasuk 5 lagi yang tak sampai lagi dan 1 yang tengah dok merajuk. bayangkanla satu kepala RM10. boleh pecah tabung jugak gayanya



family wife aku. maaf ye, kelima-lima "anak dara" ni dah berpunya. tinggal tiga orang bujang kat atas tu yang masih available. aik yang si kecik duduk ngan atuk tu cam kenal je sapa.



geng-geng menantu yang suka menghabiskan beras bila balik kampung. hahahaha! tengok perut pun dah tau. amboi kerusi cam kerusi penyimpan mohor besar raja-raja je nak wat announcement raya



bergambar dengan pasangan masing-masing. klasik! aisheh.. rizmi masih lagi tidak berganjak. cayalah..



bila semua di satukan. macam tak muat je frame ni. last-last aku gak yang tertinggal.. ni antara koleksi aksi selamba yang berjaya dipraktikkan. cuba kira berapa jumlah peace yang berjaya di spot?



bilamana anak-anak dah besar panjang. senang sikit nak jaga. tak migrain, ye dak?



geng berbaju merah. amboi merah mak ngah! yang paling obvious kat situ, songkok tinggi tak hengat, memang art!



amboi penuh je angpow kat poket tu pok cham. pasni bersiap sedia untuk di pow oleh anak-anak buah



ni apa kes tak habis merajuk lagi ke uyin? si emak yang terpaksa buat senyum ketat. dalam hati punyala menyirap. haha



tiga dara pingitan. amboi kak long senyum sampai ke telinga. mula-mula malu nak bergambar. tapi bila dah dapat, amboi~~

p/s: petang raya kedua akhirnya dapat jugak aku merasa beraya di rumah kuning!

Friday, September 17, 2010

Warna-warni di malam raya

Huh dah hampir 2 minggu aku tak online - maklumla sibuk berhari raya. sampai blog pun dah naik sawang. takpe baru dua minggu, belum 2-3 bulan. kalau hari raya ni tak hantar entry berbau raya tak lengkap orang kata. takpe orang hantar gambo kuih-kuih raya, aku lak nak posting gambo bunga raya. eh silap bunga api. budak-budak memang suka "bunga api merdeka" ni. cantik kata mereka! memang cantik pun kalau tak takkan aku sanggup terhegeh-hegeh mengangkut tripod semata-mata nak amik gambonya :)



rizmi suka tengok bunga api ni, tapi dia takut-takut berani je. siap kita kena tutup telinga lagi



macam mana aku boleh tak perasan wat setting fully manual kat kamera aku. sib baikla aku sempat set iso, aperture & shutter speed pada angka yang agak baik settingnya. boleh gakla layan tengok bunga api. cis!



mintak-mintak raya haji ni ada orang bakar bunga api lagi. boleh aku numpang sekaki


p/s: nasib baikla takde orang main meriam buluh kat kampung aku. kalau tak boleh gak aku upload gambo yang rare!

Sunday, September 05, 2010

Salam Lebaran

Hari ni dah hari ahad. lagi lima jam lebih skit dah boleh berbuka. esok isnin, kemudian selasa dan seterusnya. rasanya tak lama je lagi kita akan berhari raya - kurang empat hari je lagi. sekolah dah mula tutup pintu pagar. bebudak dah mula uya sana uya sini gembira sebab dapat baju raya & dah berkira-kira berapa dapat gaji raya kali ini. makbapak budak mula pikir nak beli itu nak beli ini - last minutes preparation, orang kabor dapat harga runtuh. aku dua tiga minggu lepas dah settle semua benda hal-hal raya ni. bukan apa, aku malas nak bersesak. mulala nanti hangin satu badan. biar susah awal, janji sekarang dah boleh goyang kaki sambil layan disney channel (rizmi punya penangan - yang ni memang aku akur).

Blog-blog kengkawan dah mula up entry berbau raya. aku pun taknak ketinggalan. jadi dikesempatan ini aku nak mohon sepuluh jari tanda ampun & maaf kalau ada terkasar bahasa , terlanjur kata secara langsung atau tak langsung sepanjang tiga bulan aku berblog ni.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari afzan, mommy & rizmi

p/s: terima kasih daun keladi kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu mengunjung blog ini, esok-esok datangla lagi :)

nota kiri: terkilan dengan iklan raya ada santa claus naik beca!

Wednesday, September 01, 2010

Senja di Putrajaya

Kepala pening, tekak kering, hidung berair. dekat nak raya ni kesihatan aku sedikit terjejas. mungkin ini penangan perubahan cuaca yang tak menentu agaknya. yela sekejap hujan sekejap panas. dan dalam dua hari ni aku sedikit perlahan untuk online - takde mood orang kata. tapi aku gagahkan untuk update blog walaupun sesekali aku terbatuk "leking-leking" bunyinya.

Lets pictures do the talking:


sampai putrajaya agak petang jugala, biasala kalau gi putrajaya tak lepak kat dataran tak sah orang kabo. dapatla amik bangunan perdana putra ni buat kenangan



alang-alang dah ada kat dataran, amik gambo masjid putrajaya pulak. tapi tak masuk dalam pun, sebab badan berpeluh-peluh kejar rizmi kat dataran



hari semakin gelap, lepak pulak melihat keunikan masjid besi. cantik jugak designnya!



bangunan apa pun aku tak cam, tapi dekat-dekat ngan area masjid besi gakla



senja makin berlabuh, kelihatan langit berwarna keemas-emasan. dulu masa aku kecik-kecik kalau senja-senja ni mak aku tak bagi dok luar rumah, sebab setan berkeliaran katanya. tu kaler langit jadik merah tu. haha. orang dulu-dulu memang banyak pantang larang. nak tergelak pun ada bila teringat balik.


ahhh sudah.. batuk makin menjadi-jadi, tekak makin gatal. kalau ada strepsils pun cara gakni.  idea-idea pun dah makin menipis, mana taknya tengah ada idea pastu leking-leking barang tiga empat kali, terus terlupa. aku ingat stop sini dulula..

bersambung...
© aku, dia & lensa
Maira Gall