Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Roda-roda panas

Posted by afzan On Wednesday, August 04, 2010 6 comments

Seperti kebiasaan, shopping dengan membawa rizmi pastinya memerlukan ketabahan yang tinggi tidak lupa duit yang lebih. yang pastinya, ada sahaja benda yang tidak termasuk dalam shopping list terpaksa di beli. hipotesis di sebelah adalah benar dan terjadi (again) pada aku semalam. bagai sudah planning dan sepertimana kejadian-kejadian sebelumnya, rizmi sekali lagi menggunakan taktik yg sama (menangis bagai tiada kesudahan) bilamana ternampak mainan di toys department. dan aku sekali lagi dengan muka kelat memujuknya namun gagal yang aku dapat. maka dengan tidak semena-mena aku terpaksa membeli set ferrari hot wheels yang harganya agak "in" juga jika dibandingkan harga mainan yang cuba aku kaburkan dalam sessi memujuknya. adeh..!!


antara koleksi kereta yang rizmi miliki. sebenarnya ada banyak lagi, tetapi disebabkan kereta2 tersebut berada di bawah meja, kerusi mahupun tv rack maka ini jela yang mampu ditunjukkan buat masa ini



bukan satu atau dua tapi lima ferrari yang berjaya dimiliki rizmi pada petang semalam. tokey minyak pun berpeluh camni. namun apakan daya sudah rezeki rizmi agaknya.



jika diamati betul2 macam kenal je lokasi ini. ya inilah tempat perperangan bala tentera rizmi yang lepas. mungkinkah selepas ini tiada lagi perang saudara berikutan pertambahan 5 lagi koleksi kereta mini sehingga petang semalam.



antara koleksi kereta mini rizmi. rasanya keberangkalian pertambahan koleksi adalah tinggi jika dibawa rizmi pergi shopping sekali lagi. ^^

6 comments:

adek dah besar said...

ahh... nantikan kereta rare dari achu dedek!

afzan said...

ni yg "in" bestfren ngan acu ni
slalu dapat habuan

N A N a t O said...

kehkehkeh..mina x sekaya acu...x ley la nak in sngt mcm nih ngn dedek...miena ble in bila tym bagi mkn vitamin je...kehkehkeh...

afzan said...

belum kaya lagi. bla poket dah in bulan depat mmg dedek akan jadi sangat kacipla

MommyRizmi said...

bestnya jadik dedek..asal gi jusco/tesco jer, daddy nak belikan mainan...kat ibu, daddy tak offer pape pun..uwaa!!

afzan said...

yeke?bukan nike sniker menanti ke?ayark~~