Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Congrats Nanato

Posted by afzan On Sunday, August 15, 2010 2 comments

Haritu agak kelam kabut, pukul 10 baru bangun. penat semalam masih terasa. banyak mende yang belum settle lagi. yela, hari ni dah janji dengan nanato nak amik gambar konvonya. subuh-subuh tadi dia, mak & abah berangkat ke Dektar. kami masih lagi belum bersiap, lepas mandi lebih kurang dan breakfast lunch (sebab makan nasi) akhirnya kami sampai ke Dektar dalam pukul 11+. masa tu dah kelam kabut sebab nanato call kata mereka dah nak keluar dari Dektar. tapi sempat gakla kami beli bunga sebagai tanda perhargaan kepada nanato. congrats sis...


sesekali aku terlupa nak snap banner yang terentang megah kat UKM. apa-apapun yang ni ok gak apa?



bergambar bersama parents tercinta memang satu kemestian, tapi apakan daya tempat limited. no choice, sini jela pun tempat yang tak nampak kelibat orang yang ramai di background




still di tempat yang sama cuma perspektif yang berbeza. rizmi dah jadik cam tugu negara je lagaknya



ayoo rizmi, tengok apa tu? patutla belakang tu takde orang, sah-sah ada signboard - "Had di sini sahaja" - classic~~



yang baju pink ni bilala agaknya nak merasa 2nd convocation ni? maybe next year agaknya



rizmi memang suka bertenggek di atas batu tu. tak tahu kenapa, mungkin dia merasakan dirinya tinggi sedikit daripada biasa



nenek kemas memerhatikan kerenah rizmi. tak penat-penat melompat ke sana ke mari. nenek hanya mampu tersenyum :)



sedapnya dapat makan ais krim setelah penat menunggu majlis konvokesyen tamat. esok dah pose. so makan puas-puas dulu



bersambung... lepas ini dengan aksi-aksi golongan berjubah unggu pula!

2 comments:

adek dah besar said...

gua suka tengok muka risk...
comel macam ayah chU DIA

afzan said...

yeke? bukan ayah chu muka dah kena makan hari ke?
sbb jauh perjalanan dari lepeh ke merbok dengarnya