Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila kaki mula melangkah

Posted by afzan On Friday, August 27, 2010 6 comments

Selepas berehat dalam seketika, kami mula bertolak ke Putrajaya. saje je pergi ke sana, nak jalan-jalan makan angin. boleh juga bergambar sekeping dua. alang-alang dah ada kat bangi ni, baik juga menjenguk ke sana. bukan senang nak sampai. lagipun tak jauh mana, lebih kurang 15min je perjalanan. nasibla tak jammed, kalau tak mau aku buat u-turn. tak tahan dok lama-lama dalam kereta, boleh panas punggung! sampai-sampai terus gi ke dataran putrajaya - tempat ni famous orang kata. rizmi paling seronok sekali , belari ke sana ke sini tanpa mengenal penat lelah. kami yang berpeluh badan mengejar dia.. rizmi oh rizmi..!!


mak & abah bergambar berlatar belakang bangunan perdana putra. agak romantis!



dedek berlari ke sana ke sini di dataran putrajaya. mula-mula mommy yang kejar, lepas tu atuk pulak. atuk dah penat ganti dengan mina. last-last ibu kejar semula. orang lain dah penat, tapi rizmi tetap maintain!



akhirnya atuk berjaya juga menangkap rizmi. memang tak lepasla pas ni. haha. kunci rizmi atuk, jangan bagi lepas. kalau lepas penat nak menangkapnya semula.



berlatar belakang masjid putrajaya ketika senja mula berlabuh



pancuran air yang tidak pernah kenal erti jemu memancut demi menghidupkan suasana di putrajaya



berada di tengah-tengah pancuran air pancut dapat menyejukkan badan selepas penat mengejar rizmi. hati yang panas pun boleh jadi sejuk!



mereka masih handal berposing & aku hanya mampu memicit shutter. inilah akibatnya kalau menjadi photographer. gambar sendiri tidak dapat di abadikan :)



apa yang atuk & rizmi pandang pun aku tak tau. mungkin burung agaknya. rizmi pantang nampak burung, cepat je dia menoleh!

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Jenuh nak mengejar Rizmi; lebih2 lagi bulan posa ni ..hehe

afzan said...

nasib baik hari tu sehari sebelum berpuasa. takla rasa penat sangat nak mengejarnya.. kejar-kejar minum air dulu ^^

Malek Ku said...

cntik gmbar

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Rizmi memang kanak2 yang ceria,
Seronok dapat berjalan2 bersama keluarga,
macam kenai aja atuk dengan nenek ...

Webmaster@Echam said...

Salam wehhhh.. cantik gambo2 aok ambik...

afzan said...

kak lipislady: kenai ke atuk ngan nenek? kalau selalu berurusan kat pejabat pos & PPD tu memang kenal sangatla tu.. haha

echam&malek: thanks mate.. bolehla skit-skit.. masih dalam pembelajaran lagi neh