Monday, August 30, 2010

Bilamana jalur gemilang dikibarkan

Pandang kanan - takde. pandang kiri - takde. pusing belakang pun takde.toleh semula ke depan - hmm baru ada satu. payah betul aku nak nampak jalur gemilang kat atas jalan raya kali ini. tak macam tahun-tahun sudah, pandang kiri kanan tentu ada sahaja bendera-bendera kecil dilekatkan pada kereta & motor, tidak kira di depan, tengah-tengah atau belakang.

tapi tahun ini agak berbeza sedikit. sambutan kemerdekaan ke-53 kali ini ada sedikit suram. di iklan-iklan tv pun tidak banyak iklan pasal kemerdekaan. tidak tahula kalau aku silap - sebab selalunya, boleh dikatakan setiap masa tv di rumahku hanya memaparkan channel 611, 612, 613, 614 mahupun 615 gara-gara rizmi punya kerja. nyaris-nyaris aku nak beli satu lagi tv semata-mata untuk tahu berita semasa! tapi disebabkan kemungkinan besar tiada bonus tahun ini, aku ambil keputusan waras dengan melupakan saja hasrat itu.


aku bersikap optimistik. mungkin di sebabkan kehangatan raya semakin hampir dan sebab itulah sambutan  kemerdekaan kali ini suram. walau bagaimanapun, masih ada juga dikalangan kita yang masih utuh mengibarkan jalur gemilang.syabas!

jalur gemilang tersergam gagah berkibar di kejiranan aku. ada jugak yang mewakili wing kami dalam mengibarkan jalur gemilang. takdela rasa tak patriotik sangat!



empat jalur gemilang di tempatkan di empat tiang sebagai tanda alu-aluan kepada penghuni yang melaluinya



satu ketika dulu kita sering melihat kereta-kereta memasang bendera kecil, kini sudah tiada lagi - mungkin tahun ini tiada bendera percuma agaknya. namun apa yang pasti, abang lori ini menunjukkan jika mahu semuanya jadi



dalam kesesakan lalulintas aku sempat lagi mengambil gambar ini.. apa yang pasti aku masih lagi mencintai negara tumpah darahku ini
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53!

Friday, August 27, 2010

Bila kaki mula melangkah

Selepas berehat dalam seketika, kami mula bertolak ke Putrajaya. saje je pergi ke sana, nak jalan-jalan makan angin. boleh juga bergambar sekeping dua. alang-alang dah ada kat bangi ni, baik juga menjenguk ke sana. bukan senang nak sampai. lagipun tak jauh mana, lebih kurang 15min je perjalanan. nasibla tak jammed, kalau tak mau aku buat u-turn. tak tahan dok lama-lama dalam kereta, boleh panas punggung! sampai-sampai terus gi ke dataran putrajaya - tempat ni famous orang kata. rizmi paling seronok sekali , belari ke sana ke sini tanpa mengenal penat lelah. kami yang berpeluh badan mengejar dia.. rizmi oh rizmi..!!


mak & abah bergambar berlatar belakang bangunan perdana putra. agak romantis!



dedek berlari ke sana ke sini di dataran putrajaya. mula-mula mommy yang kejar, lepas tu atuk pulak. atuk dah penat ganti dengan mina. last-last ibu kejar semula. orang lain dah penat, tapi rizmi tetap maintain!



akhirnya atuk berjaya juga menangkap rizmi. memang tak lepasla pas ni. haha. kunci rizmi atuk, jangan bagi lepas. kalau lepas penat nak menangkapnya semula.



berlatar belakang masjid putrajaya ketika senja mula berlabuh



pancuran air yang tidak pernah kenal erti jemu memancut demi menghidupkan suasana di putrajaya



berada di tengah-tengah pancuran air pancut dapat menyejukkan badan selepas penat mengejar rizmi. hati yang panas pun boleh jadi sejuk!



mereka masih handal berposing & aku hanya mampu memicit shutter. inilah akibatnya kalau menjadi photographer. gambar sendiri tidak dapat di abadikan :)



apa yang atuk & rizmi pandang pun aku tak tau. mungkin burung agaknya. rizmi pantang nampak burung, cepat je dia menoleh!

Wednesday, August 25, 2010

Rizmi pre-raya photoshoot

"Pon pon pon pon..!" bunyi horn motor posmen nyaring kedengaran kat luar - tandanya baju melayu yang nenek poskan dah sampai. yeay! akhirnya siap gak baju melayu serba purplish maroon untuk dilaram pagi raya nanti - ibu, daddy & rizmi sedondon. barula nampak 1family, PM kata. senang nak cam dari jauh.

Belum sempat raya, rizmi dah melaram dulu. ingat nak fitting je. last-last dia rasa seronok plak. terus beraksi depan kamera dengan gaya tersendiri. alamak, tak surprise la raya ni sebab orang dah tau baju kaler apa.


rizmi dengan gaya duduk yang ala-ala melukah. sib baikla pakai pampers, takdela exposed sangat. apa-apapun kereta tetap di tangan



masih lagi duduk tapi dengan aksi berbeza. vrooooomm, vroooomm tak sabar katanya nak balik kampung. boleh tengok ayam. maklumla kat bandar susah nak jumpa ayam hidup. "anak-anak ayam" ramai!



alahai rizmi.. sungguh payah nak amik gambarnya, tangan kaki tak duduk diam



dah bukak bunga silatla plak.. yah yah yah yah katanya. nak ajak bersilatla tu apa lagi



dedek, cover-cover skit gigi tu. malula orang nampak..ya macam tula, nice!! hahaha



bila dah penat beraksi, camnila jadinya. pasni daddy belanja minum peel fresh eh. takpe, dedekkan puasa yang yuk je~~

Saturday, August 21, 2010

Semalam di mutiara rini

Aku baru je sampai rumah lepas ambil wife aku kat hospital - itulah rutin aku dan rizmi setiap hari. travelling from mutiara rini to HSA and drive back to mutiara rini. tapi apa nak buat, itu dah tanggungjawab aku yang bergelar suami. nak tak nak kena buat jugak. masa tu jam menunjukkan baru pukul 12.40 tengah malam. awal lagi. rizmi lak dah dibuai mimpi, on the way to HSA tadi dia tertido dalam kereta. kesian dia. tiap-tiap hari kena jadik kelendan kelindan aku. haha.

sebab mata masih tak ngantuk lagi, aku ambil keputusan nak ambil gambar malam di mutiara rini. saja nak buat eksperimentasi menggunakan "shutter mode". setting lebih kurang, aku pun snap satu gambar depan rumah aku.


punyala malas nak pegang kamera, spoiler myvi menjadi mangsa. boleh tahan gak! tapi gate lak block view kat situ. ceh~~  note: off flash with longer shutter exposed

arrggh.. takleh jadik, spoiler spoiled gambar pertama aku. akupun menggagahkan diri mengangkut tripod yang masih terbungkus rapi. first time guna - agak janggal! lepas belajar lebih kurang, hasilnya pun boleh tahan ^^


just nice takde benda-benda aneh dalam gambar lagi. pasni bolehla aku angkut tripod gi mana-man je especially when shooting at night.


p/s: eksperimentasi berjaya! credits kat rumah-rumah depan ni sebab sanggup jadi subjek aku

Thursday, August 19, 2010

Aksi golongan berjubah unggu

sambungan...



semua pakat-pakat senyum dengan berbekal bunga di tangan masing-masing. aku tertanya-tanya di manakah scroll nya? :)



congrats nanato...! wah sangat cantik sekali bunga itu. sape yang bagi eh?



antara pengikut tegar blog ini.. congrats tika leh..! siap ada special greeting lagi :P



geng-geng berjubah ungu if not mistaken. siap tubuhkan fan club lagi tu. mantap!



thumb-up from prof. enjoy your day girls~~



aksi-aksi yang agak typical. masih tercari-cari pose yang agak killer, tapi apakan daya mungkin menghormati kehadiran bulan puasa keesokan harinya



boleh tahan. tapi perlu kick lagi. tak faham kenapakah v-sign wujud di situ. harap bukan lambang illuminati di situ. hahaha. kalau tak kena condemn nanti



sebahagian daripada golongan berjubah unggu. semuanya senyum lebar dengan kejayaan masing-masing. p/s: the other day aku nampak golongan berjubah PINK. erk..biar betik?haha.. mmg UKM pernuh dengan variasi warna-warna jubah



menyahut saranan PM ke arah merealisasiakan 1Malaysia



last but not least.. lambung motarboard dulu. barula ada gaya-gaya orang dah habis belajar. p/s: buat penat aku bagi ruang sebesar alam kat atas tu, last-last mereka lambung topi tak sampai sejengkal :P
anyway, congratulations to all of you! (click pic to zoom in)


p/s: lepas ni golongan berjubah unggu bakal bergelar bapak budak & mak budak.. haha

Sunday, August 15, 2010

Congrats Nanato

Haritu agak kelam kabut, pukul 10 baru bangun. penat semalam masih terasa. banyak mende yang belum settle lagi. yela, hari ni dah janji dengan nanato nak amik gambar konvonya. subuh-subuh tadi dia, mak & abah berangkat ke Dektar. kami masih lagi belum bersiap, lepas mandi lebih kurang dan breakfast lunch (sebab makan nasi) akhirnya kami sampai ke Dektar dalam pukul 11+. masa tu dah kelam kabut sebab nanato call kata mereka dah nak keluar dari Dektar. tapi sempat gakla kami beli bunga sebagai tanda perhargaan kepada nanato. congrats sis...


sesekali aku terlupa nak snap banner yang terentang megah kat UKM. apa-apapun yang ni ok gak apa?



bergambar bersama parents tercinta memang satu kemestian, tapi apakan daya tempat limited. no choice, sini jela pun tempat yang tak nampak kelibat orang yang ramai di background




still di tempat yang sama cuma perspektif yang berbeza. rizmi dah jadik cam tugu negara je lagaknya



ayoo rizmi, tengok apa tu? patutla belakang tu takde orang, sah-sah ada signboard - "Had di sini sahaja" - classic~~



yang baju pink ni bilala agaknya nak merasa 2nd convocation ni? maybe next year agaknya



rizmi memang suka bertenggek di atas batu tu. tak tahu kenapa, mungkin dia merasakan dirinya tinggi sedikit daripada biasa



nenek kemas memerhatikan kerenah rizmi. tak penat-penat melompat ke sana ke mari. nenek hanya mampu tersenyum :)



sedapnya dapat makan ais krim setelah penat menunggu majlis konvokesyen tamat. esok dah pose. so makan puas-puas dulu



bersambung... lepas ini dengan aksi-aksi golongan berjubah unggu pula!

Thursday, August 12, 2010

Ada apa dengan pesta konvo UKM

Makan ikan keli bakar kajang sudah menjadi satu kemestian bila kami bertandang ke bangi. rasanya memang tip top, terbaik dari ladang orang kata. yang peliknya, kajang femes dengan sate kajang, tapi kami langsung tak amik pot pasal tu hanya bertumpu kepada keli bakar je. thanks mira sebab belanja :) len kali boleh belanja lagi. apala sangat keli bakar tu ye tak?

Lepas je makan, kami (aku, mommy, rizmi, nana & mira) terus gi pesta konvo UKM - nak gak tengok semeriah mana pesta konvonya, mana la tau boleh jumpa dengan peserta imam muda ke, boleh gak tanya confirm ke puasa jatuh hari rabu?haha.. kalau terjumpa barang-barang rare memang dah pasang niat nak beli, buat pakai raya orang kata bagi adek panas punggung skit bila tengok ^^


seperti kebiasaan rizmi memang suka berlari-lari ke mana aje dia pergi membuat aku berpeluh dahi nak mengejarnya



dah penat berlari minum air mango dulu. minum puas-puas, lusa dah nak puasa. nana & mira buat-buat senyum sebab nak cover penatla punya pasal



kalau pesta konvo takde bunga & anak patung pakai jubah bukan pesta konvo namanya!



perghhh.. RM1 je satu. beli jangan tak beli. pakai belakang kira. memang banyak jibbitz yang rare



banyak borong jibbitz kak..nanti boleh pakai gi hospital eh..



penat berjalan kat pesta konvo lepak-lepak jap tengok orang main bola



. rizmi dok bersorak bilamana pasukan dia menjaringkan gol, dan pastu cubit mina bila pasukan dia bolos



tak tau pasukan mana main. yang pasti, kami terhibur dengan permainan pantas ala-ala game BPL dan setidak-tidaknya 3 gol berjaya dijaringkan


Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan!

Ramadhan tiba lagi. kali ini aku berpeluang mengucapkannya secara public tidak sepertimana sebelumnya - hanya forward sms-sms yang agak bombastic kepada rakan-rakan terdekat. nak buat  ayat sendiri rasa tak seindah mana. tapi kini semuanya telah berubah, aku boleh ucapakan salam ramadhan kepada sesiapa sahaja tak kira di mana dan pada bila-bila masa.

Di kesempatan ini, aku, mommy & rizmi  ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada pembaca-pembaca tegar yang tidak bosan datang ke sini,  keluarga, rakan-rakan dan semua muslimim dan muslimat. semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapatlah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadah kita agar mendapat keberkatan-Nya. 






Selamat Berpuasa!

Sunday, August 08, 2010

Sudah sampai ajalnya..

Tadi apabila aku ingin menjemur baju - aku agak terkejut melihat ada sesuatu yang ganjil yang tidak sepatutnya berada di tempat itu - di dalam washing machine. setelah di amati betul-betul, maka sahla dia (pendrive) berada di tempat yang salah pada masa yang salah. mungkin sudah takdirnya ditulis begitu, maka aku pasrah.

dia menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan bagi makhluk yang dikategorikan dalam spesisnya.



R.I.P - Sunday, 8th August 2010, 12.30 pm.
cause of death: drowning


p/s: rasa-rasa boleh replace dengan yg baru tak since kingston provide lifetime warranty?

Saturday, August 07, 2010

Ke mana kita?

Mencari erti sebenar kehidupan. mungkin ada sesuatu menanti di ufuk sana. harap-harap sesuatu yang berbaloi dapat digapai. apapun isnin ini kami akan berangkat ke bangi - meraikan kejayaan seorang insan. congratulations nanato on your graduation day!. banyak list yang perlu dilakukan. tak gitu mommy? harap aku masih utuh di hari pertama puasa.. 


berjalan sambil mendukung rizmi memang perkara yang memenatkan. namun berbaloi bila diambil kira sudah sekian lama tidak turun mengeluarkan peluh. aktiviti yang sihat org kata!

© aku, dia & lensa
Maira Gall