Friday, July 30, 2010

Karnival Lipis oh Karnival Lipis

Karnival lipis datang lagi, kini lebih hangat daripada biasa - hangat ke? sbb takde go kart pun.. kecik2 dlu aku ingat lagi ada pertandingan go kart sekitar bandar lipis. mmg masyuk, maklumla itu je pun hiburan yang ada! tapi skang tidak kalah gak acara yang dipertontonkan..paling meriah sekali adalah kat merchandise stall. pergh mantap!makin ligat org kita berniaga.



 pergh gaya lagak seorg professional je adik ni. mendada bola tak hengat..



rizmi paling excited sekali. mengarah pemain gaya rafa benitez. sana, pass bola kat sana. main 1-2-1



tekak dah kering sorak bagai nak rak. tapi satu gol pun takde. ceh! apa-apapun pekena air dulu baru king (tiru adek dah besar punya ayat)



nanato dan mommy bergaya dengan payung strawberry yang dibeli di cameron hari sebelumnya


rizmi kini sudah bertenaga semula



aku pun tak faham napela kitorg obses dengan menda ni, asal nampak crocs stall mesti nak carik jibbitz. nak carik jibbitz nak carik jibbitz. "mommy jgn tertinggal lagi eh cam kat pesta konvo haritu. rugi woo seploh hinggit"



banyak gak jibbitz kat sini. rambang mata! (ayark nanato, awat aok amik gambo tak sharp ni weh? ni mesti kantoi kat focus ring ni)

Thursday, July 29, 2010

Bila kami berada di PD


Ni ada beberapa keping gambar yang aku sempat snap masa pergi kenduri kawin aleen di PD. wah beach wedding tu.. anyway, congrats aleen & selamat pengantin baru. walaupun dah hampir sebulan tapi better late than never kan?so sempat gakla berjumpa kawan2 lama kat mrsm dlu. tak ramai, tapi kira okla tu.


 
macam biasa, rizmi memang tidak pernah diam. ada aja aktiviti yang ingin dilakukan


gambar rakan2 wife aku merangkap kawan aku gak. dari kiri: acab, moon, jun, goku & wani. ni memang geng pecah perut kat mrsmkp satu ketika dulu


masih menunggu aleen yang tak pernah letih ngan photoshoot. rizmi dah berapa kali minum air dan nak terjun laut. nak kejar fish katanya


rizmi dah boring. tidak keruan lagaknya. kami masih belum dapat bergambar dengan aleen lagi. jam menunjukkan kol 4++ dah ni. alahai~~


finally berjaya gak kitorang bergambar ngan pengantin.  
Disclaimers: gambar ni bukan milik aku. dapat di FB selepas di tag oleh photographer yg in-charge utk wedding ni


waktu untuk pulang. pastu kami melepak kat pantai teluk kemang sambil minum air kelapa & makan goreng pisang. thanks ali sebab belanja ^^



Saturday, July 17, 2010

Zooming trough the skies

Sebenarnya aku takde gambar baru nak di upload. dah lama tak gi "menembak", skang ni sibuk dgn writing & research. tu yg terpaksa slow down skit. godek punya godek hdisk, akhirnya ada gak gambar utk disharekan. gambar2 ni aku amik masa nak balik dari KK. so layankan je:

masa ni baru kol 6.35pg, kalau kat semenanjung baru nak bgn subuh ni, haha


zooming through the skies. baru take off dari KK airport. lepas je seatbelt indicator off, terus aku on kan camera


nak tido mata lak takleh lelap. rizmi & mommy tgh dok syok layan mimpi. ajib jgn citerla, dah berdengkurpun..aku lak tgh dok lenguh riba rizmi. tapi sempat gakla snap beberapa keping gambar


dah nak sampai senai. kalau tak silap ni kat pasir gudang kot. sbb banyak je tankers come and go


takde kena mengena ngan tajuk di atas. sbb gambar ni di ambil hari sblmnya kat KKIA - architecturenya sgt unik

Saturday, July 10, 2010

Rumah kuning tepi jalan



Baru je 2 minggu lepas balik kampung skang dah rasa rindu nak balik semula. yela bila balik kg boleh makan macam2; nasi lemak zaidah, gulai masam ikan patin kg melaka - perghh mmg tip top, ayam kampung, ulam2 yang rare & etc. tapi apakan daya, kami dok jauh diperantauan. kalau dok dekat je, mmg confirm tiap2 minggu blk kg.. next two weeks kami akan balik kg lagi. yeay!! kali ni nak makan durian lak. tunggu rumah kuning, aku akan kembali..

Sunset View @ Mutiara Rini



Gambar ni sempat aku capture ketika meneman wife aku berbuka puasa kat restoran chinese muslim, mutiara square khamis lepas. maklumla bulan puasa dah nak dekat, so skang ni sibukla kaum2 hawa ganti balik pose yang kantoi tahun lepas. anyhow we did enjoy our meals there - including ikan siakap masak taucu.. hahaha

p/s: picture taken using my precious hp ^^
© aku, dia & lensa
Maira Gall